Terkejut burung aku tengok bahawa blog ni dah diwartakan (perkataan baru aku jumpa dekat Dewan Bahasa Pustaka tadi ) dekat dua tahun...otak burung lame gile. Memang dah taraf otai blogger la katakan macam Cikgu gila merangkap mastermind aku, padahal baru nak berjinak-jinak dengan dunia yang tak seberapa maya ni.
Setelah aku pikir balik, baru aku teringat kenapa aku buat blog, sebab terpaksa. Korang buat blog semua dengan niat dan hati yang tulus suci. Aku pulak dulu kene paksa dengan lecture. Kalau tak kene pakse memang sampai sekarang aku takde niat nak buat blog.
Lecturer beb pakse aku dan classmate yang lain buat blog. Aku ingat lagi ayat ugutan die " kamu semua kalau nak lulus dalam subject ni, kamu kene buat blog, ceritakan mengenai subject ni kat blog kamu semua. Kalau kamu berdegil juga, kita jumpa lagi semester hadapan". Aku pun ape lagi balik terus bukak laptop connect wifi search macam mana nak buat blog...Hampir dua hari pening-pening lalat dengan blog, baru la blog aku ni direncanakan ( ni satu lagi perkataan).
Dulu name blog ni bukan macam sekarang, sekarang dah alami revolusi kemajuan. Ni die senarai nama blog aku. Tapi sayang aku tak ada history mengenainya termasuk entry-entry lama.
- Diriku Seorang Pelajar (July 2009-2010)
- Diriku Seorang Musaffir (2010- Julai 2011)
- Diriku Seperti Burung (Julai 2011 - sekarang )
Kalau korang perasaan ada satu benda je yang dikekalkan dari dulu sampai sekarang iatu perkataan Diriku. Saje je aku bold perkataan tu bagi korang semua nampak. Kenapa aku kekalkan? Sebab nak bagi sign kat pembaca yang menulis di entry ni adalah manusia biasa atau orang. Bukan mahluk halus atau burung.
Menurut kamus Dewan Bahasa - Diriku merujuk kepada kata ganti ketiga bagi seseorang bukan seekor dan sebuah. (Poyo betol aku ni.haha).
Aku terjumpe blog aunty india sebelah rumah dengan tajuk blog berbahasa tamil, setelah aku terjemahkan kat bahasa melayu ni tajuk blog die - "Aku Wanita India". Macam mane aku tahu tu blog die? Sebab aku perasaan gambar die pakai sari tengah cangkung basuh baju pakai tangan depan rumah die. Tu memang aktiviti die setiap hari depan rumah sambil mulut membebel-bebel sorang-sorang. Aduh lari tajuk pulak..sorry ea.
13 comments:
boleh tahan lama la tu..hehe
lama-lame sangat, tapi apakan daya baru nak berjinak-jinak
happy bw,hehe
ada jugak eh lecturer suruh buat blog eh.. terbaiklah..
amir:terima kasih sebab bagi semangat
aiman: ye tol tak tipu lecturer aku memang paksa wat blog.
skrg femes blog nie... credit to your lecturer arhh..hihiihi.. kan bru nampak kebaikan lecturer tu...
mane ad femes..biase je. Tu la dulu suke maki lecturer sekaran baru nampak lecturer tu mulia sangat-sangat
hebat,,hehhe..taraf2 otai dah ni...nasib baik lect suruh kan.kalau tak,mesti tak tau smpai sekarang mcm mana nak buat blog..hehehe
sama macam my lec la...suruh buat blog...huwawawwa
Zoul: tu la kalau aku mula dari dulu memang dah otai, tapi malang tu tak berlaku
ila: ye ke same? Entah-entah kite ni dulu classmate yang sama haha
perg.. boleh jumpe jiran punye mmg gempak tui
cam kenal je zul ni: ceh member aku ni, ye aku jumpe jiran sebelah rumah punye blog
sERIOUS ke mak cik tu ada blog?
Post a Comment