Thursday, 14 July 2011

Dugaan masih kuat lagi


Apa la nasib aku ni....setan-setan di keliling masih kuat menggoda. Menntang-mentang la korang belom kene jel lagi, so ari ni korang berpakat besar-besaran sesatkan aku dengan penuh kesungguhan.

Cerita ini bermula pagi tadi, kalau yang duduk kl mesti korang bangun lewat ari ni sebab pagi-pagi hujan. So ape la ramai la yang menarik semula selimut untuk qado' tido. Aku pun terlewat pegi keje, bangun kul 9.19am. Sebenarnye saje je bangun lewat, ari-ari datang awal so aku plan nak buat taik dengan bos aku ari ni. Jadi aku datang bos dah cekak pinggang tengok aku. Jadi macam biase aku cakap aku naek public transport.Alasan semata-mata.

Aku plan nak nak buasepuasa ari gigih aku niat malam tadi sebelum tido.Namun puasaku kecundang di tengah hari. kate puase tapi aku menipu lagi. Menipu tu dah macam sebati dengan hidup ni. Dem punye setan, berjaya mengugat keimanan aku ari ni...Korang bayangkan ari ni sahaja dah banyak kali si setan ni menggoda aku dengan makanan seperti kepsi, nasi lemak dan kuih muih. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali terjadi ari ni. Tergugat iman kot. Tambah lagi semalam aku tak makan malam konon nak diet...padan muke aku ari ni perutku bermain keroncong live band.

Aku apa lagi tak tertahan dengan nafsu haiwankelaparan macam kucing yang tak makan sebulan. Nasi lemak, ayam kepsi, kuih donat serta karipap aku belasah sorang sorang. Time tengah makan aku teringat plak aku terlupa baca doa buka puase apalah lagi doa makan. Abis aku makan dengan setan. Jadi aku selebrate majlis ni dengan setan....ish ish teruk aku.

Tak pe ari ni tercapai gak la aku nak puasa tapi setengah hari....macam dulu-dulu zaman belum baligh lagi. Nasib baik bukan ramadhan lagi, kalau ramadan maut aku kene pelangkung kat kepala.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...