Monday 23 July 2012

Sila pastikan

Hari ni dah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa....sesape yang jarang-jarang puasa macam aku ni yang setahun sekali je puasa tu pun di bulan ramadhan masih lagi gigih sesuaikan diri dengan keadaan tubuh badan dengan kekurangan tenaga akibat daripada puasa sehari suntuk...


Tapi bagi yang sering zikrullah dengan ingat Allah beribadah sepanjang masa di bulan Ramadhan, insyallah badan akan mendapat tenaga dalaman untuk menempuh hari-hari di bulan Ramadhan ini..

Bagi yang tak tahu macam aku ni, ramadhan diambil dari perkataan ''ramadha'' yang bermaksud sangat panas. Memang tradisi daripada zaman nabi bulan Ramadhan memang terkenal dengan kepanasan yang menyengat jiwa...korang sendiri boleh rasa kan, try la terpacak kat tengah matahari 5 minit dah la jangan lelama nanti pengsan pulak, apemacam rasa cam nak pitam kan...

Umat Islam dulu masa ramadhan berperang menentang musuh. Bagaimana mereka mendapat kekuatan untuk menangani musuh walaupun diri berpuasa?? MasyAllah, dengan kuasa Allah mereka menjadi sangat kuat bahkan kekuatan mereka tidak dapat ditandingi dengan bantuan daripada Allah, tiada yang mustahil.

Umat Islam sekarang, bila mewakili negara ke sukan bertaraf antarabangsa pada bulan Ramadhan mulalah untuk skip puasa dengan alasan banyak latihan preparation untuk bertanding....mengelakan tidak bermaya dan letih, pi lah, kalau macam tu baik tak payah mewakili untuk perkara-perkara berkaitan, baik mewakili diri untuk merebut pahala dan ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni...

Balik pada perkongsian kita, di waktu panas Ramadhan pastikan lah untuk banyak minum air pada waktu berbuka lebih-lebih lagi pada waktu bersahur. Pengalaman aku sendiri, akibat selalu minum air sejuk dan manis waktu berbuka menyebabkan aku sering sakit tekak, jadi kene la minum banyak air masak...jadi untuk prepare untuk hari berikutnye, aku dah standby mineral water berbotol-botol untuk diminum...

Saturday 21 July 2012

Bestnye Ramadhan kali ni

Ari ni dah 1 Ramadhan...perasaan tak Ramadhan kali ni aman dan damai je. Pagi ni pun tak panas seolah-olah seluruh alam meraikan bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.


Tidur awal malam tadi memudahkan aku untuk bangun awal pagi, seawal 4 pagi aku dah segar tak boleh lelap mata dah digunakan untuk bertahajud kepada Allah Yang Maha Esa...lepas tu bersahur pukul 5:00 pagi tadi...memang genting gak la, kan sunah melewat-lewatkan sahur...


Friday 20 July 2012

Tradisi Solat Jumaat

Antara sunat pada hari jumaat ialah datang awal ke masjid untuk menunaikan solat jumaat...Kat Malaysia ni memang dah cukup bagus ramai di antara kita datang awal untuk merebut pahala jumaat di awal waktu...sesape yang datang lewat susah sikit la nak cari port untuk duduk terpaksalah selit menyelit bersesak-sesak.

Yang bagusnye ramai yang amik kesempatan datang awal untuk berzikir, bertahmid dan  bertasbih...masyAllah banyak ganjaran di sisi Allah. Tapi tak kurang juga yang tekun membuai mata
dilena mimpi ketika sedang duduk...umpama sedang bertafakur.

Paling mengiurkan pabila sedang khatib membaca khutbah, tetiba terdengar dengusan kuat daripada mereka
membenarkan/menidakkan khutbah yang dibacakan kkhatib. Boleh pulak macam tu kan...
Tidur semasa khutbah memang menjadi kebiasaan bagi yang tidak sempat qailulah sebentar sebelum masuk waktu.

Thursday 19 July 2012

Persiapan ramadhan...

Dah dekat nak puasa...Ramadhan menjenguk pintu hati masing-masing. Bagi umat Islam, inilah bulan bonus dalam kalender islam untuk meraih ganjaran berlipat kali ganda daripada biasa. 

Baguslah kalau tengok kat siaran tv banyak sudah berunsurkan Islam lebih-lebih lagi dekat TV9 dan AlHijrah. Tahniah buat stesyen berkenaan, kerana sedikit sebanyak membantu umat Islam di Malaysia meraih penghayatan ilmu di rumah, dengan itu meraih kekuatan Islam di sanubari.

Hari ni dijangka untuk melihat anak bulan Ramadhan samada puasa start hari sabtu atau ahad. Kalau hari sabtu puasa, dah tentunye malam sabtu ni dah start solat terawih....tak sabar rasanya untuk solat terawih.

 Di bulan ramadhan ni juga conform boleh jaga solat sunat dhuha dan tahajud, sebab ape, kan bangun sahur awal pagi, lepas makan boleh la solat sunat dhuha sebentar dan menelaah bacaan Al-Quran sebelum solat subuh di masjid atau surau.

Tak sabar rasanya....menanti ramadhan kali ini. Aku plan nak kerja di bazar ramadhan memandangkan aku still tak dapat kerja lagi kan, sedikit sebanyak boleh menambah duit poket di bulan Ramadhan ni, pikir-pikir balik susah pulak nak solat fardu dan terkejar-kejar untuk solat maghrib dan isya di samping tidak sempat berbuka puasa bersama keluarga... Terpaksalah lupakan niat di hati...

Kalau dipikirkan susah juga mencari kerja bersesuaian dengan tuntutan Islam...ada memang ada tetapi jarang-jarang. Aku lebih suka kalau kerja tetapi ada masa untuk solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan lepas tu sambung balik kerja. 

Apa-ape pun aku tetap berdoa untuk dapat kerja yang bersesuaian dengan diri aku ni. Cume cepat dan lambat je, aku berserah dekat Allah, sebab dengan rahmat-Nya memberi aku puluang pekerjaan untuk memperoleh rezeki.

Tuesday 17 July 2012

Teruk aku kene hentam

Semalam petang aku ada viva or presentation pasal Final Year Project aku kat UiTM Shah Alam, live streaming at faculty of Mechanical Engineering. Project aku pasal automotive suspension detail in active suspension. Berkaitan la dengan Control Engineering.  Sesape yang bukan budak engine memang blur pasal ni.



So aku prepare bukan main lagi untuk presentation petang semalam. Ada 2 orang panel yang akan evaluate pasal pebentangan poster. Aku memang expect akan kene teruk pun sebab sebelum ni pun aku pernah kene...jadi kali ni lagi teruk...

Lecturer ni tak paham aku buat ape pas tu buat-buat paham then hentam and attack aku semacam je...aku punye la bengang last skali dekat 1 jam aku dah down, Tak larat nak expalain dengan orang tyang buat-buat paham tapi tak paham ni. 

Nak nangis gak la last sekali sebab macam tak mampu dah nak hadapi, die tengok mata aku dah merah then die bla terus tinggalkan aku...macam tak de perasaan dan perikemanusiaan betol la, die buat macam kite ni bodoh tak tau ape-ape pasal project kite...

Last sekali aku gi toilet, tenangkan diri dulu. Pas tu time second examiner plak, aku try nak up balik dari down tadi tapi x boleh la. Aku explain sikit je, then terus aku cakap ''i can't proceed sir''. Die pun cakap ok takpe die paham....Mujur la time aku kene attack die ada perhatikan aku...mungkin die kesian kot...

Ape-ape pun semua dah settle. aku nak procced dengan thesis then terus balik jb, tak nak pikir dah. Aku dah abis belajar.

Monday 16 July 2012

Solat yang sukar

Dah memang menjadi kewajipan umat Islam untuk solat 5 waktu sehari semalam...teringat pula lagu Sepohon Kayu...memang kene lagu tu dengan orang yang sering mengabaikan solat...pada yang dah menjaga solat tu, syukur alhamdulilah, tapi manfaatkan solat tu dengan berjemaah baru diyakini dan afdal.


Korang rase tak kalau solat sendirian macam tak kyusyuk, terbit pula dalam hati cukup ke rakaat yang aku buat tadi? tadi sujud sekali ke dua kali? Macam dah tertinggal je tahiyat awal?? Dah timbul banyak persoalan dan mainan minda...paling tak boleh bla, aku dah solat ke belum? dan ada amik wudhu tak sebelum solat?? 

Macam-macam kan permainan syaitan dengan tanda tanya. Kali ni nak kongsi pengalaman yang tak cukup
asing bagi semua iaitu menunaikan solat subuh...mesti banyak pengalaman kan??? Solat subuh merupakan solat
yang paling sukar di laksanakan  leh umat Islam termasuk aku sendiri...

Paling liat dan paling malas nak buat tapi kene buat juga sebab ia wajib...kalau solat subuh hukumnya sunat, conform
ramai tak buat umpama puasa sunat yang jarang-jarang oorang buat termasuk aku ni. Even klu penat sangat bangun
kul 12 tengah hari kene buat juga solat subuh.

Korang pernah  dengar tak jika hendak menilai kekuatan umat Islam nilailah dengan solat subuh jemaah di masjid dan
surau. Jika hari ni korang pergi masjid and surau kat mane-mana di Malaysia ni nampak tak bape saf je yang online.
Paling teruk pun ada la imam dengan sorang makmum...yang lain syahid lagi di atas katil. Itu lah kelemahan kita yang
sering mengabaikan solat subuh jemaah.

Kita memang tak baik tapi kita kene cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Kalau nakk zaujah yang baik
kita kene la jadi baik dulu. Baru syok rumah tangga kan...

Sunday 15 July 2012

Drama melayu

Bile bukak tv....mesti drama melayu kat tv 24 jam dari 6 pagi ke 6 pagi esoknye..tak abis-abis.Nasib baik la aku bukan peminat drama-drama melayu kat tv tu....Kalau tak, memang melekat la depan tv 24 jam...semua kerja termasuk solat tah ke mane...



Agak-agak la untung besar ke director drama melayu ni sampaikan nak lewat-lewatkan solat...lagi-lagi kalau time maghrib tu, lagi tak boleh bla dari pukul 7 malam ke 8 malam...maghrib katekan la pukul 7;15 agak-agak la pukul bape nak solat maghrib kan...

Bak pepatah dulu kala tepuk dada tanya iman masing-masing. Adakah cukup beriman kita dengan keEsaan Allah ataupun beriman dengan drama melayu di kaca tv..

Lagi satu trend orang melayu kita, terlampau taksub dengan drama melayu sampaikan sanggup menamakan bayi yang dikandungkan dengan nama lelaki kacak dan wanita cantik yang melakonkan watak di drama melayu. Paling tak boleh bla skali, ade ke patut namakan anak dengan Ana Lulu...tak sanggup panggil...

Ape pun nasihat aku jangan la taksub sangat dengan drama melayu kat tv tu sampaikan anak dan laki terabai kat rumah dan yang paling penting jangan tangguhkan solat kerana drama melayu...
Nasib baik la kat dalam kereta jarang-jarang orang pasang tv, kalau tidak maunye terbabas terbalik eksiden...ishhh...

Saturday 14 July 2012

Berhenti sementara

Tinggal seminggu lagi bagi umat Islam utuk menyambut bulan yang dirahmati allah Ahlan Wasahalan Ramadan Al Mubarak. Bulan yang penuh baraqah dan keberkatan untuk hamba-hamba-Nya.


Macam ayat penceramah jemputan ayat aku kali ni...bile lagi kan nak tunjuk yang ktia ni soleh lagi berilmu agama...lepas ni nak tanye ape-ape pasal agama jangan segan silu inbox je bukan kat aku tapi kat FB Ustaz Azhar Idrus. 

Ape yang kene berenti sementara ni??? Melantak 24 jam dah tentu, tak pasal-pasal kene penampar 10 pak imam masjid tengok korang mengkedarah durian di tengah hari. Bagi aku plak, aku kene stop berenang meredah swiming pool untuk sebulan ni bagi meningkatkan amal ibadah yang tak berapa nak cukup ni...mane boleh bersuka ria senang sebab nanti batal puasa...

Bagi seseorang yang ketagih renang macam aku ni dah tentulah payah sikit nak urgent stop tetiba kan...takut nanti aku terlupa masa puasa tak pasal-pasal terjun kat kolah air rumah...harap-harap dijauhkan...nauzubilah.

Lepas ramadhan ni, nak target 1km ++ berenang henti-henti...selama ni nak berenang 1km pun semput nak abiskan sampai semua jenis kuak aku dah buat termasuk kuak  anjing, kuak kupu-kupu, kuak terlentang dan macam-macam lagi,..

Ok la korang nanti ada masa jom turun kat kolam renang UTM Skudai..tu je yang dekat dengan rumah aku ni. Tapi mahal sikit la RM5 bagi student. Kalau orang luar macam RM7 je sebab penah dengar ada orang tak puas ati bayar mahal kat sini...ok cukup tak boleh cite lelebih...nanti kene saman pulak

Untuk renang ni aku ada target, ala-ala angan mat jenin kononnye nak amik bronse medal certificate baru boleh belagak dengan korang semua...haha gurau je...saje je nak jadi life guard biar semua awek terkesima tengok abang kacak jadi life guard.

Kalau long term planning plak, aku nak bukak swimming lesson class kat jaybee ni... macam kurang sikit la penghayatan orang Melayu dengan renang ni..padahal renang ni sunah Nabi Muhammad. Aku nak hire abang-abang kacak dan awek-awek cun jadi employee setia kat aku bagi attaraction for customer...pandai tak aku planning.

Friday 13 July 2012

Mission untuk mencari kerja

Untung la sape yang dah ada kerja tetap...kadang-kadang pikir kerja tanpa academic qualification sama payahnye dengan ada academic qualification tetapi tiada pengalaman..orang tetua selalu cakap; bukan susah nak susah, bukan senang nak senang...


Kalau nak hidup senang, bukan saje berdoa 24 jam minta pertolongan Allah ibarat menanti hujan duit dan makanan...tetapi perlulah berusaha mengunakan 4 kerat tulang tangan kaki membanting tenaga untuk sesuap nasi...ayat aku ni skema semacam je kan...

Jadi nak cerita sikit pasal riwayat hidup ni untuk tatapan anak cucu dan juga para blogger...minggu ni ada la dekat 3 company yang menjemput aku ke interview...tapi company cap ayam la kat jb ni...tak leh bagi tau name company...tak pasal2 tak dapat kerja pulak aku ni.

First time interview...confident semacam je, interviewer pun pelik tengok aku bersemangat waja yang tinggi untuk bekerja...bagus la kan

??
Seco

nd interview aku plak kene bantai dengan engineer di company B...tak boleh bla...
yang paling tak tahan ''awak ni ape yang tau, semua tak boleh'' tapi nasib baik dengan nada lembut tapi sindiran sinis... aku pun senyum tersipu malu,..haha


Dalam hati aku, memang la dah tentu aku ni baru abis belajar, conform la fresh macam ikan baru jual kat pasar semua fresh...takde experience...cerewet tol la engineer ni...tak boleh kutuk banyak-bbanyak nanti aku gak nak jadi kuli bawahan die kan...

Harap-harap ada la cmpany minat nak masuk meminang aku ni...banyak gak aku try jobstreet, jobmalaysia, mudah, email company sendiri...aku rase ada la dekat 200 application yang dah aku antr...tapi silapnye, aku kurang update pasal application aku tu, tu la pasal aku diam dieorg lagi diam...

Thursday 12 July 2012

Fresh Graduan

Alhamdulilah dah abis belajar aku. Pengalaman dengan gagal subject, dapat markah rendah, tension dengan lecturer, tidur lewat, bangun lewat, ponteng kelas, tak de duit dan lain-lain semuanye berbaloi bile nak abis belajar ni...bile pikir balik macam nak gelak terguling-guling je.



Sape sangka dalam 4 tahun ni macam macam ragam aku buat bak kate orang, resam padi semakin berisi semakin tunduk, resam orang makin berisi semakin tak tak nampak kaki...ada ke macam tu?
Lame gak aku belajar dari tahun 2008 hingga 2012. Dari seorang budak hingusan kepada remaja hensem rebutan ramai.

Jadi ape aku buat sekarang??? Menjadi persoalan kepada mak bapak aku, kucing kesayangan aku dan jiran tertangga yang suka pasang telinga...dok perhabis beras je kat rumah, sikit-sikit pow duit mak....mentang-mentang mak aku cap duit, sesuka aku je pinjam duit tanpa bayaran balik..

Omputih cakap, welcome to industry club...dalam pikiran aku, abis la aku lepas ni time keje kene buli dengan orang-orang lame dan kaki pengaruh dalaman syarikat umpama company ni bapak dieorg punye. Jadi sekarang aku dok mencari kerja sebagai serorang engineer tak kesah la engineer ape asalkan boleh tutup mulut semua orang.

Zaman sekarang aku rase bukan orang yang cerewet dalam kerja tapi company tu sendiri memilih dalam mencari kerja. Antara criteria nya adalah; mestilah lelaki yang hensem, kacak, comel dan bergaya sahaja yang layak untuk sesi temuduga..rate bagi aku pulak 2/10 susah sikit la nak dapat seat for interview kerja cam ni.

Pikir-pikir balik jadi mamat operator kilang lagi senang tak perlu resume, tak perlu bergaya dan tak perlu cakap omputih. Yang utama tak perlu kelulusan degree dan sewaktu dengannya. Pandai bawak fortlift? Ada lesen memandu? Boleh angkat berat? Boleh kerja dengan habuk? Kalau semua boleh, esok jugak masuk kerja...kan senang tu...

Anyway doakan aku dapat kerja yang sesuai untuk aku...kalau blogger lain yang nak hire aku kerja part time update blog mereka pun aku terima. Kalau nak hire aku sebagai dedicate employee kat company bapak koorang pun dialu-alukan...nanti aku drop resume ak ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...