Sunday 27 November 2011

Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Tahun 1432 telah meninggalkan kita, buku catatan amalan kita telah ditukar dengan yang baru. Lembaran yang lama penuh dengan titik hitam telah ditutup dan kelak akan dibuka ssemua setibnya kita semua di Mahsyar..


Di tahun yang baru ini marilah kita semua memohon petunjuk daripada Allah untuk mendapat keredhaan-NYa, mendapat rezeki yang halal lagi bermanfaat, menjadi anak yang soleh, menjadi mukmin/mukminin yang sejati dan patuh kepada ajaran-Mu yang disampaikan oleh Rasullulah kesayangan umat Islam Nabi Muhamaad saw. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat baginda. Semoga kelak, akan mendapat syaafaat terus ke syurga..
~amin~

Tuesday 22 November 2011

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.


Depetik daripada
Bissmilahirahmanirahim Grup home page..

Perkongsian yang menarik untuk tatapan semua...Semoga semua sifat diatas kita elak untuk kebaikan diri kita sendiri.
InsyAllah

Sunday 20 November 2011

Peringatan buat diri

Lumrah hidup manusia yang tidak sempurna lagi sering melakukan kesilapan tidak kira melakukan dosa kepada Sang-Pencipta, ibu bapa dan rakan-rakan.


Sesungguhnya orang yang paling celaka dan malang ialah orang yang panjang angan-angan. Dia mengharapkan syurga dan keampunan Allah tapi hakikatnya amalannya adalah amalan orang-orang fasik dan sentiasa menderhakai Allah. Dia memasang angan-angan yang tinggi, bahwa dia akan diampuni Allah, pada masa yang sama dia tidak melakukan amalan untuk mendekatkan dirinya pada Khaliq. Dia meninggalkan Solat Subuh Berjemaah di masjid, dia meninggalkan solat fardhu berjemaah di masjid, dia meninggalkan membaca Al-Quran, dia tidak berselawat dan mengingati Rasulullah SAW, solatnya di akhir waktu dan banyak membuang masa dengan melakukan kemaksiatan pada Allah SWT. Amat malangnya orang seperti ini, lebih-lebih lagi apabila dia memasang angan-angan dia akan diampuni Allah sedangkan amalan hariannya membelakangkan Allah SWT. Astargfirullahal ‘Adzim.

Dipetik daripada : Magfirah Weblog




Ya Allah, Engkau jauhkanlah diriku ini daripada sifat sombong, ego, bongkak, dan angkuh...Sesungguhnya sifat sebegini adalah daripada syaitan. Ya Allah berikanlah  aku sedikit kesabaran dalam mentaati perintahmu dan mencari redha-Mu selagi nafas dikandung badan. Ya Allah Engkau jagalah tutur kataku supaya tidak menginggung perasaan orang lain dan dibenci ramai...amin ya rabbal alamin

Sunday 13 November 2011

Habis sudah cuti

Mid term break kali ni dihabiskan dengan sia-sia...tak bebaloi la dengan satu homework pun tak siap...cam ne nak cover minggu ni...dengan ada 2 test minggu ni...komitment luar lagi...memang parah minggu ni..
Tu la sape surh time cuti ari tu tak belajar dan buat semua homework tu...abis la.

Korang macam mane? Cuti conform la best kan...tapi yang tak best tu cuti tak membuahkan hasil pada kerja yang melambak kat u tol tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...