Sunday, 31 July 2011

Sehari Sebelum Ibadah

Diam tak diam, celik tak celik, sedar tak sedar dan burung tak burung  tinggal beberapa jam lagi kita akan menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu  berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau berpuasa di bulan syabaan dan syawal tu  tak kira sebab tu bukan rukan Islam.

Biasanya kita sebagai orang Melayu beragama Islam dan menetap di Malaysia tak kira di Sabah dan Sarawak, sehari sebelum puasa begitu diambil berat untuk melakukan aktiviti yang masih boleh dilakukan sebelum Ramadhan menjelma. Nanti kalau dah Ramadhan dah tak digalakkan untuk melakukan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi di siang hari. Orang cakap makruh mahupun boleh membatalkan puasa, abis nanti kene ganti puasa. Antara aktiviti tersebut ialah:
  • Tidur secara lebih-lebihan di hari Ahad ni, mentang-mentang hari ni cuti, memang ramai yang abiskan masa dengan berselimut di bawah atas katil. Lebih-lebih lagi cuaca di sekitar Kuala Lumpur mendung. Memang syoknye.

  • Mandi banyak kali bagi meningkatkan kesegaran dan tahap kewangian badan sebelum puasa. Ramai gak ambil kesempatan hari ni nak mandi laut dan swimming pool. Nanti dah puasa tak boleh sebab akan tertelan air  dengan banyaknya dan semestinye tak boleh kencing dan kentut dalam air nanti batal puasa.

  • Makan sehingga kembung perut yang dah sedia buncit.. Orang cakap bagi menikmati makanan sebelum berpuasa, nanti dah puasa teringin pulak. Conform hari ni McD, KFC, Pizza Hut dan kedai Cik Kiah akan dibanjiri dengan pelanggan yang luar biasa untuk makan lebih-lebih lagi nasi lemak dan roti canai pagi ni memang laku abis seperti cendawan goreng tumbuh selepas hujan.

  • Menipu dan mengumpat buat kali terakhir hari ini...dah cukup-cukup la menipu dengan mak bapak kita. Esok dan seterusnye dah tak digalakkan untuk menipu dan mengumpat ye. Kurangkan mesyurat tingkap bersama tetangga yang sering mengata keburukan jiran india sebelah rumah.
  • Bagi yang tegar menghisap rokok pula, hari ni memang kene hisap puas puas, sejam satu kotak kene isap ataupun non stop smoking..pergh memang boleh bawak maut punye.  Dah macam kapal api...ini boleh mengurangkan ketagihan di bulan puasa. Ni aku tak tahu, agak-agak je tak pernah feel.

  • Minum sepuas-puasnye, korang minum sepuas-puasnye sebelum berpuasa. Daripada air panas, air tin, air kotak, air manis, air sejuk mahupun air mineral semua kene sedut, bagi mengurangkan rasa keinginan di bulan puasa, tapi jangan sudut gam sudah la..

  • Bagi yang ada awek, hari ni boleh dikatakan untuk date buat  kali terakhir sebelum Ramadhan menjelma. Time ni la korang kene lepaskan rindu dan bermanja-manja dengan awek korang.Kalau benda ni korang buat mase bulan Ramadahan memang conferm akan dipandang songsang serong  oleh masyarakat.
Owh lupe nak bagitau malam ni jangan lupa pegi masjid atau surau berdekatan untuk solat terawih...malam ni juga jangan lupa tengok pengumuman darurat  berpuasa oleh atuk yang dirindui di kaca tv. Esok pukul 5.00 pagi jangan lupa bangun sahur...Dah alang-alang bangun awal pagi tu apa salah buat solat tahajud sikit...Esok jangan buat buat lupa puasa bila tetiba korang minum dan makan serapan sarapan
eh macam mak-mak pulak pesanan ni...

Ok ye jangan lupa pesanan dari burung.

    Saturday, 30 July 2011

    Lazatnye Kene Gigit

    Malam tadi aku alami pengalaman manis bersama Cik N***. Puas satu badan aku kene gigit, aku pun layan...sedap beb. Sampaikan ke subuh tak boleh tidur menghayati setiap gigitan daripadanya.

    Peperangan di dalam kelambu hampir menyebabkan kami berpeluh-peluh....masing-masing termengah-mengah semput. Lame aku tak rase keseronokan di waktu malam.

    Dah cukup, tak payah lebih lebih...mesti korang pikir bukan-buan dan tak senonoh, dasar otak blues. Haha,
    Cik N memang menguji kesabaran aku malam tadi...aku ni memang pantang dicabar, nahas aku kerjakan.
    Cik N pun memberikan tentangan yang hebat dengan membawa rakan-rakannya yang lain menikmati kelazatan badan aku ni

    Habis satu badan aku ada lovebite oleh Cik N dan rakan-rakannye. Lovebite ni meninggalkan kesan yang gatal-gatal dan lebam seluruh badan. Ape kejadah dieorang isap darah aku, bukan boleh mengandung punm, memang spesis drakula yang tak mengenang budi..Tak hargai langsung jasa aku membesarkan anak-anak cik N di takungan mangkuk tandas....ni balasan aku..memang tak kenang budi.

    Ihksan En Goggle
     Korang boleh tahan ke kalau macam ni? 
    Aku tak boleh tahan memang aku lempang sekor-sekor







    Friday, 29 July 2011

    Jumaat terakhir

     
    Ehsan En Goggle
    Ermm..Gambar ni takde kaitan dengan entry kali ni...cume sedikit kekecewaan malam tadi.

    Hari ini jumaat terakhir di bulan Syaaban bersamaan dengan 28 Syabaan. Lepas ni jumaat di bulan Ramadhan, dah tentunye puasa wajib yang kita semua akan lalui bagi yang beragama Islam. Lepas ni jumaat akan datang pasti akan dimeriahkan lagi dengan kenikmatan berpuasa dan termasuk keletihan sekali..


    Macam tak percaya minggu depan dah mula berpuasa. Dan hari ahad ini dah start solat terawih kat masjid-masjid dan surau berdekatan dengan rumah korang. Hari isnin awal pagi kita semua akan bangun pagi untuk mengambil keberkatan dan kelebihan bersahur. Dan semestinya maghrib di hari Isnin kita semua akan menikmati saat-saat berbuka puasa dengan membasahkan tekak yang kering tanpa air untuk sehari suntuk.

    Selamat Datang Ramadan....Ahlan Ya Ramadhan

    Thursday, 28 July 2011

    Pilihan hidup

    Khamis terakhir sebelum Ramadhan menjelma. Minggu depan punya khamis dah tak boleh kunyah cadbury candies dah macam sekarang sebab dah puasa.

    Malam ni ada tiga perancangan yang aku masih lagi pikir-pikir sampai sekarang. Sakit  kepala nak pikir mane yang lagi berpaedah bagi aku. Nak pilih yang mana? Kene pilih satu je diantara ketiga-tiga itu. Kalau badan ni boleh dikerat tiga, boleh la pegi semua tempat.Ni die pilihan iktihar hidup untuk malam ni:

    • Pilihan pertama - Of course la tengok bola Malaysia vs Singapore malam ni kat  Arena 801 jam 8.00 malam untuk mengutuk aksi perlawanan. Nak pegi stadium tak de member dan tiket dah abis (alasan semata-mata). 

    • Pilihan kedua- member ajak pegi swimming kat UIA malam ni jugak sebab semalam dengan selumber die cancel nak swimming dengan aku. Pilihan ni pun tak boleh lepaskan, kalau tidak bile lagi nak swimming, minggu depan dah terawih malam kat masjid, tak kan aku nak terawih kat swimming pool.
     
    • Pilihan ketiga- pilihan ni baik alim sikit la. Malam ni malam jumaat, nak pegi masjid Al-Khairiyah  ada bacaan yasin bagi menyambut kedatangan Ramadhan.
    Nak pilih mana satu...kesemua pilihan ni berlaku pada masa yang serentak. 

    Tuesday, 26 July 2011

    Evolusi Blog Burung

     Mase tengah bosan, aku buka dashboard  profile blog ni. Dan aku jumpa ni.?

    Terkejut burung aku tengok bahawa blog ni dah diwartakan (perkataan baru aku jumpa dekat Dewan Bahasa  Pustaka tadi ) dekat dua tahun...otak burung lame gile. Memang dah taraf otai blogger la katakan macam Cikgu gila merangkap mastermind aku,  padahal baru nak berjinak-jinak dengan dunia yang tak seberapa maya ni.

    Setelah aku pikir balik, baru aku teringat kenapa aku buat blog, sebab terpaksa. Korang buat blog semua dengan niat dan hati yang tulus suci. Aku pulak dulu kene paksa dengan lecture. Kalau tak kene pakse memang sampai sekarang aku takde niat nak buat blog.

    Lecturer beb pakse aku dan classmate  yang lain buat blog. Aku ingat lagi ayat ugutan die " kamu semua kalau nak lulus dalam subject ni, kamu kene buat blog, ceritakan mengenai subject ni kat blog kamu semua. Kalau kamu berdegil juga, kita jumpa lagi semester hadapan". Aku pun ape lagi  balik terus bukak laptop connect wifi search macam mana nak buat blog...Hampir dua hari pening-pening lalat dengan blog, baru la blog aku ni direncanakan ( ni satu lagi perkataan).


    Dulu name blog ni bukan macam sekarang, sekarang dah alami revolusi kemajuan. Ni die senarai nama blog aku. Tapi sayang aku tak ada history mengenainya termasuk entry-entry lama.
    •  Diriku Seorang Pelajar (July 2009-2010)
    masa ni entry aku hanya berkaitan dengan subject berkenaan, dan yang review blog ni hanyalah lecture aku. Bayangkan kotak shoutmix dan follower pun takde. Tak reti punya pasal. Memang niat nak bagi lecture baca sorang je dan nak lulus subject berkenaan
    •  Diriku Seorang Musaffir (2010- Julai 2011)
    mase ni aku dah lulus subject berkenaan, jadi blog pun entah ke mana, terpaksa buat kan, tu la jadi macam hutan belukar.  Entry-entry lama banyak aku buat buang lagi-lagi berkaitan dengan subject berkenaan. Tinggal sikit-sikit je kalau korang perasaan. Bukak blog pun jarang yang amat sebab aku tak nampak apa fungsi blog ni bagi aku
    • Diriku Seperti Burung (Julai 2011 - sekarang )
     Sekarang aku dah nampak kehebatan blog ni. Sebelum aku bergiat aktif, aku suka baca blog-blog orang lepas tu terus jatuh cinta dengan blog kesayangan ni. Mula la aku menulis dan menaip karya entry-entry setiap hari yang dihasilkan melalui pengalaman aku.

    Kalau korang perasaan ada satu benda je yang dikekalkan dari dulu sampai sekarang iatu perkataan Diriku. Saje je aku bold perkataan tu bagi korang semua nampak. Kenapa aku kekalkan? Sebab nak bagi sign kat pembaca yang menulis di entry ni adalah manusia biasa atau orang. Bukan mahluk halus atau burung.

    Menurut kamus Dewan Bahasa -  Diriku merujuk kepada kata ganti ketiga bagi seseorang bukan seekor dan sebuah. (Poyo betol aku ni.haha).

    Aku terjumpe blog aunty india sebelah rumah dengan tajuk blog berbahasa tamil, setelah aku terjemahkan kat bahasa melayu ni tajuk blog die - "Aku Wanita India". Macam mane aku tahu tu blog die? Sebab aku perasaan gambar die pakai sari tengah cangkung basuh baju pakai tangan depan rumah die. Tu memang aktiviti die setiap hari depan rumah sambil mulut membebel-bebel sorang-sorang. Aduh lari tajuk pulak..sorry ea.





    Monday, 25 July 2011

    Kenangan Syiling Malaysia

    Ikhsan En Goggle dan Bank Negara Malaysia

    Aku baru dengar berita ni tadi kat berita.. BNM nak keluarkan edisi terbaru kereta silap duit syiling versi negara Malaysia...kalau korang was-was dengan aku amik ni baca dulu Bank Negara Malaysia. Sekarang korang boleh percaya kan.


    Aku ingatkan kereta je ada edisi terbaru, rupa-rupanye duit syiling pun ada gak. Duit syiling yang aku simpan bertabung-tabung kat atas almari ni nak buat ape nanti. Nak buang kat dalam perigi buta kah atau aku nak gune untuk main spirit of coin?. Ape kejadah buat semua tu, aku rase duit syiling ni sesuai aku tukar kat kedai mamak dan beli topap handphone, lagi ada faedahnye.Boleh call awek lame-lame


    Korang bayangkan la duit syiling ni dah berabad kite guna. Banyak kenangan duit syiling ni mase kecik seperti:
    • curik duit syiling bapak beli aiskrim
    • buat peluru main tembak-tembak
    • tertelan duit 10sen mase kecil abis tercekik-cekik
    • berebut duit syiling dengan kakak
    • bersepah-sepah bawah katil, time sengkek cari balik
    • sedekah kat pasar malam dan tabung masjid
    • bayar duit tol yang berharga RM2.60 dengan duit syiling sahaja
    • pedajal apek cina kedai handphone beli topap RM30 dengan duit syiling
    • beli gula-gula 10sen 2 bijik
    •  main tekap-tekap duit syiling atas kertas
    • kunyah duit syiling time lapar
    • isi minyak moto dengan duit syiling
    • baling duit syiling kat perigi keramat
    • selalu maki cashier supermarket sebab solap duit  syiling
    Aduh, ni je aku ingat...memori zaman dulu dah didelatekan ke recycle bin. Tak ingat dah. Ape-apu pun lepas ni kite kene simpan duit syiling ni untuk tunjuk kat anak cucu cicit nanti. Baru nanti cucu korang rase atok die cool mase muda.


    Cash Deposit Machine

    Hari ni kerja aku banyak dihabiskan kat bank...Bank apa tak perlu lah tahu nak amik tau. Mane-mane tempat kat Malaysia ni  pun ada bank. Dan aku conform korang pun pernah mengalami apa yang aku alami. 

    Apa yang aku alami? Korang tahu tak machine cash deposit. Ala mesin yang selalu telan duit kite tu. Mesin tu umpama tempat korang nak simpan duit la atau transfer kat orang lain. Dulu semua kat kaunter je tapi sekarang dah advance tak yah beratur tunggu berpuluh-puluh nombor lagi. Mesti korang ada pengalaman mengunakannye.Senang je kan..tapi ramai di antara kite menyirap naik hangin bile?
    • Beratur lama - kate je dah maju tapi stil kene beratur lama tunggu turn kita lagi-lagi bile kat bank tu cume ada satu je machine cash deposit. Pergh memang menyirap lagi bile orang kat depan kite lama sangat macam nak masuk duit RM 1 juta kat dalam mesin tu. Banyak sangat duit die nak transfer kat orang lain termasuk nak bayar hutang.

    • Duit tak boleh masuk dalam mesin - ni selalu berlaku kat aku. Ada masa sekali masuk je mesin tu dah boleh terima. Tapi ada gak dekat beratus kali mesin tu tak nak terima duit kite. Ingat ape kite buat duit palsu ke? Bile berlaku  ni macam nak tendang mesin tu je tapi tak boleh ada pak guard memerhatikan kite.

    Sunday, 24 July 2011

    The Dog Whisperer

    Ikhsan En Goggle
    Korang pernah tengok tak cerita ni...Cecuba la tengok best kot. Kisah mengenai Cesar Milan seorang pemulihara dan penjinak anjing yang terkenal kat  Los Angles Selatan. Beliau ada pusat pemuliharaan anjing Dog Psychology Centre. Orang ramai sering gunakan khidmat beliau untuk jinakkan dan dispinkan anjing.

    Walaupun anjing tapi aku suke dengan sikap dan cara beliau menjinakkan anjing tapi beliau bukan anjing ea. Cume guru die je anjing. Daripada anjing yang ganas nak membunuh boleh jadi jinak macam seekor  kucing. Nasib baik benda haram, kalau tidak memang aku dah bela anjing. Teringat kisah aku kene kejar anjing baru-baru ni.

    Takpe lupakan je la anjing, aku simpan hasrat nak simpan kucing, silap simpan kucing matilah kan. Bela kucing  pun jadi lah macam cik Eomma ni. Sampaikan blog pun dok cerita pasal kucing. 

    Cume aku je nama blog burung tapi takde pun entry pasal burung. Pegang burung pun tak penah. haha.Mampukah aku nak bela kucing? Tu persolan buat aku. Aku takut kucing tu terbiar tanpa kasih sayang. Ari tu  bile kucing jalanan kencing kat selipar jepun aku pun aku dah sepak terajang, eh mane ada gurau je ea.

    Rumah aku takde kucing tapi jiran aku ada bela kucing. Hebat semua kucing die sampaikan berak mutah darah depan beranda dapur rumah.  Abis kene maki semua kucing jiran sebelah.

    Saturday, 23 July 2011

    Tahniah Malaysia

    Ikhsan En Goggle

    Puas aku menjerit-jerit kat umah sorang-sorang tengok bola. Terlompat-lompat sampai jari kene kipas...owoh sakit gile. Korang bayangkan naik bengkak jari kene bilah kipas. Tapi tak pe aku puas. Walaupun kecundang dek serangan ganas singa.

    Aku bangga dengan jaringan gol di tempat lawan bukan satu tapi tiga. Banyak tu. Takpe wwalaupun kalah kepada singa tapi aku yakin harimau akan bangkit 28 Julai ni membaham singa betina. Jadi singa cuma membawa 2 gol tambahan di Bukit Jalil.

    Walaupun singa mendapat 5 jaringan gol. Tapi aku tak pandang pun gol tersebut sebab bukan rakyat tempatan yang mewakili Singapura menjaringkan gol. Series aku cakap pemain Malaysia lebih baik daripada pemain tempatan Singapura.

    Sepatutnye mereka yang menyokong singa berasa malu sebab tiada wakil dari pemain tempatan yang menjaringkan gol. Yeah Malaysia walaupun 3 gol semua anak jati Malaysia yang menjaringkan gol. Tapi rata-rata penonton kecewa dengan sikap deference Malaysia yang seolah-olah terlelap ketika bermain.

    Ayuh Malaysia bangkit menewaskan Singapura pada 28 Julai ni di Bukit Jalil. Mari kita dari seluruh pelusuk pekan di Malaysia sama-sama menyokong kelab gegasi tempatan yang mula menampakkan kesungguhan.
    Malaysia Boleh...kita semua boleh. Terbaik.

    CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO



    Ehsan dari Wancikgumuzik

    " SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN."


    Hari-hari ada segmen daripada member-member blogger. Ni dah kali ke 3 aku masuk segmen. Segmen kali ni lagi best mengenai SEO yang dianjurkan oleh master blogger wancikgumuzik


    Kenapa join? Aku newbies dalam industri blogspot ni jadi aku tak faham sangat SEO tu apa.
    Jadi aku amik kesempatan ni untuk mendapatkan kefahaman mengenai SEO.

    Banyak kali gak aku baca entry wancikgumuzik ni sebab tak paham apa yang die nak.


    Pandangan aku mengenai wan cikgu muzik

    First sekali aku tengok die memang awesome...memang seorang blogger yang senior. Dan aku rase kat dalam blog beliau boleh la buang shout out sebab beliau dah mempunyai pembaca yang tetap. Kalau korang perasaan banyak blog senior dah tak de shout out sebab tak terlayan dengan karenah pembaca laen.  

    Aku buat blog pun berpandukan tips yang diberi oleh wancikgumuzik dalam tips untuk blogger
    Serius aku cakap Burung pun dilahirkan mengikut kehendak citarase beliau selaku master dalam dunia blogger. Aku belajar dari tip-tip yang diberikan. 


    Terima kasih cikgu...semalam sempat gak aku bertaaruf dengan cikguwanmuzik...baru aku tau yang die duduk dekat je dengan umah aku. Laen masa boleh ajak beliau gi swimming kat UIA kalau aku takde geng nak gi swimming. 

    Aku baca entry beliau dan aku rase entry paling gile yang ini.  Sumpah memang gile. Cume orang gile je boleh buat entry macam ni.  Tak penah aku tengok entry sebegitu. Walaupun separa lucah tapi aku conform entry sebegitu menarik minat para blogger lelaki  yang laen termasuk aku. haha



    Friday, 22 July 2011

    Segmen : Jom Kongsi Entri

    Ni kali kedua aku join segmen dari blogger lain. aku tau segmen ni pun dari member baik blogger aku afzalsukasuki.  Kira nak promote blog aku juga la di kalangan geng blogger yang lain.

    Owner kepada segmen iaitu KizMyself minta aku linkkan post yang terbaik yang penah aku buat. Setelah aku cek-cek kat status blogger aku dapati ada satu je link aku yang ok la, ramai orang baca. Tapi tak la ramai macam korang, aku baru lagi di dunia blog ni. So banyak entry aku tak ramai yang tahu. 

    KizMyself pun pesan suh letak header die kat entry ni. aku letaklah. Ha ni die punye header

    Akhirnya aku buat keputusan nak letak entry pasal

    Yang mengenai pandangan aku mengenai dunia blog ni.
     

    Serius Perangai Macam Shit

    Ikhsan En Goggle
    Hari     : Jumaat 22/07/2011
    Lokasi : Di hadapan Supreme Creation Sdn Bhd, Taman Industri Bolton
    Masa    : 10.20 pagi


    Ceritanya macam ni, aku ke supreme nak mengambil khazanah yang disuruh fotostat semalam, tapi hampeh tak siap lagi. Macam haram, buku yang tak setebal mane pun tak boleh disiapkan. Awek kedai tu cakap petang sikit baru siap.Nasib baik awek kalau tak memang kene maki je dengan aku. Nasib baik la mesin fotostat kat office ni dah jahanam...kalau tidak aku boleh buat sendiri sambil  pejam mata.


    Aku pun balik ke office dengan penuh hampa....di pertenggahan jalan tak sampai office lagi, aku rasekan duit yang aku bawak MYR100 tinggal MYR50 je.Conform aku kene seluk ke tadi, tak munggin sebab aku tak bawak wallet dan aku tak rase kene raba pun. Aku ni memang jenis cuai sikit kalau tak pakai wallet...


    Aku pernah hilang banyak gak la sebelum ni, tapi nak cari pun tak gunalah kan...mesti dah dikebas mahluk kat luar tu. Aku pasrah je dulu. Tapi kali ni tidak, aku rase duit aku tak sampai 10 saat tercicir kat depan kedai. 


    Aku patah balik, alhamdulilah aku nampak duit aku kat lantai, tapi aku rase bukan aku sorang je yang nampak. Ramai orang nampak termasuk lah kucing pun nampak umpama emas yang tercecir di jalanan. . Homaigot aku terlambat, sampai kat situ ada sorang mamat tengah cover line tengok sekeliling dan selipar die jijak duit itu....dan die berjaya mengambil duit tersebut...aku nampak mamat tu aku cam die, umur di lingkungan 30-an dan pendek macam orang kerdil tapi of course melayu dan beragama Islam.


    Aku sempat sampai kat tempat kejadian sebelum mamat tu berambus..Aku tegur die dulu.
    Aku : maaf encik duit yang encik ambil tu duit saya tercicir tadi
    Lelaki kerdil: eh mana ada ni duit saya, saya tak de ambil atau kutip mana-mana.
    Aku naik marah dan aku cakap
    Aku: encik jangan la nak tipu, ari ni jumaat, encik nampak tak penumbuk tangan saya ni. Saya nampak dengan mata saya sendiri

    Die pun campak duit tu terus bla. Buat muke toye die je.
    Kalau die berkata sepatah pun tadi memang kene penumbuk indon aku ni. 
     
    Tak payah la nak mencurik. Tak setimpal dengan apa yang kite dapat kat akhirat kelak setakat 50 je. Kalau nak beli makanan pun dah jadi benda haram....wat apa-apa pun haram. Kalau guna gak duit tu memang haram jadah. Aku pun penah jumpe duit sebelum ni, tapi aku tak pakai aku sedekahkan kat masjid atau surau berdekatan dengan niat orang yang tercicir duit ni dapatkan keberkatan duit yang aku sedekahkan ni. Wah bajet baik aku kan, Tapi ni kisah benar aku tak tipu.

    Thursday, 21 July 2011

    Tips apabila ibubapa tiada di rumah


    Ehsan En Goggle
    Yeah aku merdeka lagi, tapi di sebalik kemerdekaan ada 
    tanggungjawab yang perlu diselesaikan sendiri

    Kali ni nak kongi tips dengan korang yang tinggal sorang-sorang bila ibubapa korang takde kat rumah pegi melancong, outstation dan  balik kampung dalam jangka masa yang lama seperti berhari-hari je.  Series aku cakap tips ni kurang berkesan bagi korang yang memang tinggal sorang tanpa ibubapa atau ibubapa korang pegi kenduri kawen selama beberapa jam.

    Mesti korang tanye kenapa aku asyik bagi tips je kan? Ok jawapan aku mudah je, semua entry kat blog ni berkisarkan dengan pengalaman aku setiap hari. Dan pasal entry kali ni of course la aku ditinggalkan. Ni bukan sekali terjadi tapi dah banyak kali terjadi. Tapi aku cool je. Same la macam korang, macam aku tak tahu ni mesti korang rase merdeka sekejap sebab utama ialah takde sape nak membebel kat korang, boleh bangun lewat sesuka hati dan boleh letak baju kotor merata-rata...haha


    Jom kita review sikit tip yang conform ibubapa pesan panjang lebar sebelum meninggalkan kita kene wat tu, jangan buat itu ni, bla..bla. Wow banyak gile.Aku sempat buat checklist lagi. Dan semestinye jawapan aku ok, jangan risau takde apa-apa berlaku. Yang penting sekali mereka akan call phone setiap satu jam. Ok aku layan je. Antara tip-tip yang dipesan ialah:

    • Bila nak keluar rumah pastikan cermin tingkap dan pintu rumah dikunci, ni memang penting sekali, kalau tidak ada je mahluk asing akan masuk kat rumah kita seperti lipas, semut,tikus, kucing (umah aku tak de kucing) dan semestinya burung.
     
    • Sebelum keluar rumah, kene cek semua kipas, lampu, tv, airkon dan semua perkakas elektrik ditutupp bagi mengelakkan pembaziran ok. Ye la sekarang tarif elektrik naik mendadak, jadi tiap-tiap bulan bil elektrik mahal cam haram je.
     
    • Kalau korang pandai masak makanan, pastikan lepas memasak korang tutup gas bagi mengelakkan kebocoran gas. Aku tak reti masak. Bagi aku dapur tempat makan je bukan tempat masak. Jadi dapur gas memang tak berasap kat rumah ni. Lepas makan, basuh pinggan mangkuk dan cawan. Kalau tak basuh nanti busuk dan berulat ok.
     
    • Lepas bangun tidur kemas tempat tidur, jangan biar berselerak macam nak berperang. Kemas sendiri sebab dah takde orang tolong kemaskan. 
     
    • Lepas mandi pastikan pili air ditutup rapi jangan bagi air menetes menitis bagi mengelakkan pembaziran air merata-rata.
     
    • Kemas rumah paling penting, jangan bersepah macam haram, kalau korang tak buat conform kene bebel berhari-hari lepas ibubapa korang balik.
     
    • Start enjin kereta kalau tak gunakan bagi mengelakkan bateri weak selama 10 - 15 minit. Buat sekali  dalam masa 2 hari. Kalau korang tak buat, conform kereta tak boleh start dah, kene tukar bateri kereta. Aku la dicari lepas tu.

    • Setiap pagi kutip suratkhabar yang dilepar apek cina setiap pagi di halaman rumah. Jangan biar je suratkhabar tu ingat free ke?
     
    • Buang sampah kalau tong sampah penuh di dalam rumah kalau tidak conform busuk satu rumah
     
    • Kalau basuh baju pastikan jemur jangan tak jemur nanti berbau baju yang dibasuh tu. Jangan pandai basuh je jemur kain baju terlupa.
    Alamak, aku lupa la apa yang dipesan. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku tak ingat mana aku letak checklist tu. Nanti kalau aku jumpa aku continue sambung entry ni.








    Wednesday, 20 July 2011

    Saya Blogger Ipta

    Ok ni first time aku join sagment...dengan niat ingin mencari publisiti murahan  tidak silap, saje-saje. 
    Ehsan daripada Si Budak Kurus
    Ikhlas daripada Burung yang montel

    First sekali aku kene follow blog gadis ni dulu.... Si Budak Kurus...ok dah selesai. Of couse la budak lelaki akan follow blogger budak perempuan an. 

    Pas tu aku kene nyatakan aku dari universiti mane?
    Jawapannya: Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Aku amik ape dan tahun berapa die tak mintak jadi tak payah bagi tahu la.

    Tu je kot ynag die nak...Kalau korang nak join boleh la klik logo entry ni ok. Jom join ramai-ramai bagi sokongan kat beliau.

    Ok dah...pas tu publish entry



    Tips Menghadapi Ramadhan

    Ehsan daripada Goggle

    Kali ni aku nak kongsi tip persediaan kita semua termasuk aku sekali untuk menghadapi Ramadhan...Aku tak tahu kenapa kali ni banyak benar entry aku berkisar mengenai Ramadhan. Daripada aku dok buat entry yang tak berpaedah, baik aku bagi tip kat korang semua supaya kita boleh amik manfaat di bulan Ramadhan ini...Kepada yang belum baca entry aku sebelum ni,  kalau rajin korang baca dulu Burung jom aku nak kongsi tip persediaan menghadapi Ramadhan:

    • First sekali korang kene clearkan dulu hutang puasa yang lalu tak kira la korang bayar fidiyah atau ganti puasa. Nanti baru la tak ada bebanan pada puasa kali ni.Mana yang dah clear tu, ambil manfaat puasa sunat di bulan Syabaan ni. Tak kira la korang nak puasa separuh hari, sepanjang hari atau 2  hari bertutut-turut ikut kemampuan korang.

    •  Kepada yang kaki-kaki gossip tu...kurangkan mengumpat orang lain..Tak elok ok. Ni asal jumpe member je, mesti nak bergosip. Nak elakkan bergosip, bile jumpa member tu kurangkan bercakap. Atau pun wat selambe je bila member korang tu panggil

    •  Nanti pas balik rumah, korang kene cari semula kitab  Al-Quran yang dah berhabuk kat atass almari. Sebagai persiapan nak khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ni.

    • Yang penting sekali korang kene surf blog-blog yang berkaitan dengan resepi bulan Ramadhan  seperti Dapur Tanpa Sempadan  untuk mendapatkan idea juadah berbuka...Pada yang tak de masa nak masak kat rumah macam akku, carilah lokasi bazaar ramadhan yang berhampiran dengan rumah.

    •  Dan semestinye korang dah start kene review waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan tempat tinggal korang. Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur boleh review  kat sini Abg Terror

    • Semestinye bulan Ramadhan ni korang kene berjimat cermat dengan penuh hemah. Sebab apa?? Bila dah membazir tu amalan syaitan kan.  Bila membeli juadah berbuka, beli yang patut je, jangan melampaui batas mengikut nasfu makan. Yang penting, bulan Ramadhan ni la korang kene ikat perut  sebaik-baiknye supaya bolehlah kurangkan berat badan dan stanby duit raya untuk anak-anak buah.

    • Korang kene cek balik cara bacaan niat berpuasa tak kira la niat untuk sebulan atau niat setiap hari. Juga bacaan doa untuk berbuka puasa. Ni penting, dan aku yakin ada ramai di antara kita terlupa kan. Ye la puasa kan setahun sekali, mana nak ingat an

    • Rajin-rajin la pegi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan, termasuk aku sekali ok, bukan kat korang je. Kita kena ambil kesempatan ni untuk kenal-kenalan dengan ahli kariah masjid. So nanti tak de la kekok sangat time puasa.

    Buat masa ni, ini sahaja yang aku boleh fikirkan. Kalau ada apa-apa yang korang nak tambah boleh la komen aku...nanti aku edit balik entry ini

    Tuesday, 19 July 2011

    Renang satu kelebihan

     Ikhlas dari Goggle

    Entry kali ni series aku cakap tak de kaitan dengan aku., cuma ada kaitan dengan korang yang tak pandai berenang. Actually  aku baru je pandai berenang tapi tak pro la bro...nak kene selalu practice  baru boleh jadi profesional. Tapi seriously aku cakap korang kene cuba berenang bagi yang tak pandai. Sangat best dan menyeronokkan. Mana yang dah pandai tu nanti boleh kite berlumba sape berenang paling laju. Conform kalau korang cuba memang nak renang lagi dengan pelbagai gaya termasuk kuak lentang. 

    Bukan susah pun...First sekali korang kene buang segala sikap kejantanan takut kepada air. Hello kite bukan kambing ea. Kalau takut sangat kat air tu korang boleh kawan dengan kambing. Same je perangai....sorry sorry aku gurau je.

    Renang ni memang satu kelebihan...cuba korang bayangkan tetiba la banjir besar berlaku, so korang macam mane...tak kan nak menjerit je mintak tolong....kalau korang memang pandai berenang so korang pulak boleh tolong orang laen...

    Kalau korang nak tahu, kite ni memang boleh berenang dan menyelam....semua ada pengalaman. Tak tahu bile? Mase kite dalam kandungan ibu lagi...lama kite berendam or menyelam dalam air. Jadi bayi yang baru dilahirkan masih lagi mempunyai sifat ketelusan kepada air. Kalau korang tak percaya cube test....campakkan anak korang  yang baru berusia beberapa bulan...kalau korang cuba kat anak korang yang dah berusia 5 tahun...conform die menjerit minta tolong.


    Sekarang pun dah femes kaedah ibu bersalin dalam air. Kalau tk percaya boleh baca ni Sihat Selalu, Seri Kasih dan Utusan. Tengok dah dapat informasi berguna. Bagus gak blog aku ni...hehe


    Jadi jangan lepaskan peluang melahirkan anak di dalam air..Tapi korang jangan buat time banjir...bahaya, air banjir sangat kotor, nanti boleh terkena jangkitan kuman..lepas korang dah dapat anak jangan lupa untuk ajar anak korang renang dan menyelam. Aku pun nanti nak ajar anak aku berenang.


    Ikhlas dari Goggle




        

    Monday, 18 July 2011

    Isnin apa yang sering difikirkan

     Ekhsan daripada En Goggle



    Memandangkan hari ini hari isnin, aku ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Isnin. Wah dah macam ucapan hari raya plak. Majoriti kita yang bekerja mahupun belajar seriously aku rase memang tak suka hari isnin. Termasuk aku sekali same je macam korang.


    Setiap kali hari isnin, aku mula la rasa ke-malas-an untuk mengarungi hari daripada pagi hingga ke petang. Selalu bila tiba hari isnin, kite sering harungi dengan kegigihan yang terpaksa. Antara sebab-sebabnye adalah:

     o   First sekali berakhirnya hari ahad, hari cuti yang sering dihabiskan dengan berehat, riadah bersama keluarga, date dengan awek, pegi kenduri kawen, tengok wayang, shopping, maen bowling dan tak kurang juga pegi memancing.


    o   Memikirkan kerja yang bertimbun kat office yang ditinggalkan jumaat lalu, lemah semangat nak teruskan kerja. Bagi yang student pulak mesti pikir assignment tak siap lagi, ad test tak sempat baca buku lagi. 

    o   Sape-sape yang ad appoint dengan doctor kat hospital atau klinik conform kene gigih harungi kesesakan orang ramai. Sebab klinik kerajaan kan tutup masa weekend. Jadi ramai la orang sakit time tu.

     o   Begitu juga dengan bank dan post office. Mesti sesak dengan orang yang nak cash in cek dan tak kurang juga yang nak bayar bil elektrik, air dan astro.


    o       Ok ni permintaan geng blogger lain, keseronokan hari Isnin malam cerita Juvana kat TV3 tu... Jangan lepaskan tengok malam ni last episode. (Aku baru first time nak tengok, haha) korang kene tengok kalau tak tengok korang memang juvana yang sebenar

    Sunday, 17 July 2011

    Tanda Ramadhan menerjah hidup kita




    Diam tak diam, mahu atau tak mahu ramadhan datang lagi megetuk pintu hati kita. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk kite buat persiapan raya menyambut Ramadhan bulan yang dirahmati

    Ada antara kita riang gembira menyambut kedatangan ramadhan ni tak kurang pula yang tidak berapa suka kedatangannya. Antaranya kanak-kanak yang baru nak belajar puasa. Haha, macam-macam alasan dieorang tak nak puasa seperti sakit perut,demam,muntah darah,selsema, sakit kepala, sakit kaki mahupun luka di tangan. Tapi jangan terkejut alasan sebegini juga sering digunakan oleh orang dewasa khasnya lelaki untuk mengelak daripada puasa. Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi



    Terdapat beberapa tanda yang Ramadhan semakin hampir tiba antaranya ialah:
    • Orang yang bernama Ramadhan, Shahramadhan, Nur Ramadhan dan seumpamanya yang paling eksited sekali bile orang mula menyebut-nyebut nama mereka.

    • Semakin ramai orang yang mula untuk berpuasa sunat dengan niat ganti puasa yang tak abis tahun lepas dan berlatih berpuasa untuk menghadapi Ramadhan supaya perut nanti tidak terkejut bila tak makan selama 12jam.


    • Orang yang goyang kaki dah tak senang duduk. Korang tau sape orang yang goyang kaki? Dah tentulah orang yang menjahit tempahan baju. Of course la mereka yang paling sibuk di bulan Ramadhan ini untuk selesaikan semua tepahan baju ini

    • Kalau diperhatikan ada di antara jalan-jalan yang telah dikotak-kotakkan bukan untuk konfiuskan orang ramai tapi untuk tapak bazar Ramadhan.


    • Tidak kurang juga ramai orang beratur panjang di pejabat Majlis Perbandaran untuk dapatkan tapak bazar Ramadhan tidak kira yang pernah berniaga ataupun tidak semua ingin mencuba nasib. Tidak kira jual apa sahaja, semua nak cari duit Raya.

    • Komplek membeli belah dah mula naikan lampu kelip-kelip dan dah banyak kedai yang jual kelengkapan baju Raja seperti songkok,kerongsang, sampan dan of couse la tudung.

    • Kalau minum air, nikmat kesedapan dan kemanisan air semakin dirasai. Sampaikan tidak perlu makan nasi, kenyang makan air.

    • Cuaca semakin panas di tengah hari untuk menguji tahap kehausan kite. Bila buat keje sikit-sikit nak minum air.

    • Bagi sesetengah orang mulalah teringin nak makan macam-macam sebelum bulan Ramadhan menjelma. Kalau boleh semua benda nak makan, kalau tak makan nanti kempunan di bulan Ramadhan. Nafsu makan tahap babeng je yang buat macam ni.

    • Iklan-iklan buah kurma semakin banyak diperkatakan lagi-lagi Yusuf Taiob . Buah kurma dah bersepah kat supermarket senang nak beli

    • Kalau yang rajin pegi surau atau masjid dah tentunye banyak ceramah agama mengenai persiapan menghadapi Ramadhan

    • Bagi ibubapa, saat kepeningan akan mula melanda untuk bekerja keras mencari rezeki tambahan untuk persiapan raya.

    • Bagi yang terlebih eksited, dah start solat terawih dan bangun sahur untuk melatih diri di bulan Ramadhan.

    • Ramai orang berkira-kira bajet bagi bayaran zakat di setiap negeri.

    • Tidak kurang juga, hotel-hotel dah bentang banner diskaun potongan berbuka puasa di hotel

    • Kuih-kuih raya dan serunding daging dah mula dijual di pasaran.

    • Suri rumah dah mula buat timetable hidangan masakan istimewa berbuka puasa bersama keluarga

    • Orang ramai dah mula tengok kalender hijrah tengok waktu berbukan dan waktu bersahur serta tidak ketinggalan waktu imsak bagi yang selalu terbabas bersahur.

    Saturday, 16 July 2011

    Aku Baru-ar


    Aku dah lama bangunkan blog ni. Dah hampir setahun lamanya. Kalau bayi, setahun tu dah boleh berjalan tapi masih menetek susu lagi.Tapi apakan daya blog aku ni seumpana bayi yang cacat, memerlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang.



    Sekarang baru aku tau nikmat berblogger...Aku nampak komuniti yang lagi besar dalam jaringan Oh!Blog, Gengblogger dan innit . Jadi aku ambil peluang untuk menyertai jaringan ini untuk meluahkan hasil seni
    penyampaian kata di blog aku Burung

    Aku juga jadikan senior-senior blogger seperti ayeem ayam, faiz tapit, shah dan hamzah ian sebagai inspirasi untuk menaiktaraf blog aku seperti mereka.

    AKu suka baca blog mereka dan nantikan entry terbaru yang sememangnye lawak tahap cipan. Aku berusaha nak jadikan pembaca blog aku tersenyum sinis bila baca blog aku. Tak payah la nak kelak sampai sakit perut. Tu maharaja blogger je boleh buat seperti ayeem ayam dan afzal. Aku tak mampu lagi.

    Jadi aku masih lagi dalam learning process untuk mantapkan blog aku. Aku juga ambil kesempatan kat sini menggunakan En Nuff bak kate orang dulu dulu sambil menyelam minum air...betul ke?? aku pun tak pasti betul ke tak peribahasa ni..bab peribahasa and pepatah melayu aku memang hancur lebur.

    Jadi korang bantulah aku untuk mempromosikan Burung di kalangan blogger lain...
    Kite saling bantu-membantu. AKu tolong korang, korang tolong aku. Kite kan geng. Terima kasih...
    Kata-kata ikhlas dari aku. Dah jangan nak touch-ing plak.


    Friday, 15 July 2011

    Hari terlampau

    Burung tercekik melampaui batas

    Aku tak tau nak wat entry apa hari ni gara-gara otak jem setelah banyak masa dipeuntukan untuk qoda' tido. Lame nak mapos aku tido ari ni. Korang bayangkan la pas je solat di tengah hari aku terus tido, bukan mengantok tapi frust. Frust sebab apa nak tau, camon la der pasal awek la

    Aku terlupa satu benda, aku lupe gi office pas break jumaat. Terus aku call bos tanya sorry lewat gi keje. Entah macam mane mood die baik ari ni, mungkin nak buat amal jariah kat pekerja ni, die kate tak pe tak payah datang keje. Die suh aku sambuung tido. Macam tau tau je aku tido kan. So dapat green light.

    Aku sebagai pekerja yang amanah, aku ikut kate bos aku yang suh sambung tido..Dapatlah aku bantai balik tido yang terganggu tadi.


    Jadi sekarang aku pening kepala. Rase macam baru pas kene hentak dengan tukul besi je. Aku rase malam ni aku jadi serigala jadian la, sebab tak boleh tidur.

    Thursday, 14 July 2011

    Bile tak boleh Bersih

    Sekarang bahaya...korang baca ni dulu utusan. Kite kat Malaysia dah semakin parah. Bila isu pem-bersih-an menjadi goreng pisang panas, maka kite kene ambil langkah berjaga-jaga supaya kite tak kena masuk jell. Biar en syaitan je yang masuk jel bulan depan. Antara langkah-langkahnye untuk tidak jadi bersih:

    • Mulai malam ni korang tak payah mandi. Aku dah mandi tadi so terlepas. Jimat air dan sabun mandi. Dengan itu korang dah tak jadi bersih. Kekalkan cara ini bile keadaan menjadi tenang.

    • Dah alang-alang tak mandi, tak payah gosok gigi terus. Biar mulut semua orang bau longkang. Bile nak cakap, hembus nafas kat muka orang. Secara automatiknya orang pun lari tak nak bercakap lagi. Kelebihan, boleh mengurangkan kadar pencemaran bunyi yang terhasil bila mengumpat, membebel, melenting, memburung, serta marah.

    • Tak payah basuh baju, seluar, baju dalam, seluar dalam, serta baju lagi dalam. Nak pakai terus pun boleh bawak pegi tido sampai pegi ofis balik esok. Dah pakai, tak payah humban kat dalam tong mesin basuh tapi lipat kemas-kemas simpan dalam almari baju.

    • Buangkan imej bersih dan kemas sebelum ini. Biar korang nampak macam ni.
    Aku tak tahu orang macam ni dipanggil apa, jadi inisiatif aku letak gambar. Cuma gambar lelaki je aku boleh letak, gambar perempuan tak sanggup nak tengok

    Dugaan masih kuat lagi


    Apa la nasib aku ni....setan-setan di keliling masih kuat menggoda. Menntang-mentang la korang belom kene jel lagi, so ari ni korang berpakat besar-besaran sesatkan aku dengan penuh kesungguhan.

    Cerita ini bermula pagi tadi, kalau yang duduk kl mesti korang bangun lewat ari ni sebab pagi-pagi hujan. So ape la ramai la yang menarik semula selimut untuk qado' tido. Aku pun terlewat pegi keje, bangun kul 9.19am. Sebenarnye saje je bangun lewat, ari-ari datang awal so aku plan nak buat taik dengan bos aku ari ni. Jadi aku datang bos dah cekak pinggang tengok aku. Jadi macam biase aku cakap aku naek public transport.Alasan semata-mata.

    Aku plan nak nak buasepuasa ari gigih aku niat malam tadi sebelum tido.Namun puasaku kecundang di tengah hari. kate puase tapi aku menipu lagi. Menipu tu dah macam sebati dengan hidup ni. Dem punye setan, berjaya mengugat keimanan aku ari ni...Korang bayangkan ari ni sahaja dah banyak kali si setan ni menggoda aku dengan makanan seperti kepsi, nasi lemak dan kuih muih. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali terjadi ari ni. Tergugat iman kot. Tambah lagi semalam aku tak makan malam konon nak diet...padan muke aku ari ni perutku bermain keroncong live band.

    Aku apa lagi tak tertahan dengan nafsu haiwankelaparan macam kucing yang tak makan sebulan. Nasi lemak, ayam kepsi, kuih donat serta karipap aku belasah sorang sorang. Time tengah makan aku teringat plak aku terlupa baca doa buka puase apalah lagi doa makan. Abis aku makan dengan setan. Jadi aku selebrate majlis ni dengan setan....ish ish teruk aku.

    Tak pe ari ni tercapai gak la aku nak puasa tapi setengah hari....macam dulu-dulu zaman belum baligh lagi. Nasib baik bukan ramadhan lagi, kalau ramadan maut aku kene pelangkung kat kepala.

    Wednesday, 13 July 2011

    Cool bile bawak motor

    Sape yang tak de lesen memandu tak payah bawak motor. Nanti mak bapak korang gak yang susah.

    Gara-gara lama tak merempit dengan skutter, ari ini aku lepaskan gian bawak motor. Paling tak boleh blah sekali memandu membonceng hrmm....kalau bawak motor kite panggil ape ye? entah la, bm aku spm tak dapat credit cuma dapat debit je. Tapi yang penting aku bawak di tengah panas. Naek pitam aku bawak, sampai terhuyung-hayang....bagai orang mabuk memandu.Lenggan pun dah sunburn. Dan banyak juga kereta hon kat aku sebagai protes keganasan di jalan raya. Dalam ati aku berkata "shiitt punya orang, aku tau la aku bawak moto bagi la keistimewaan sikit, kalau tak puas hati langgar je motor aku". Bawak motor memang best, nah amik korang aku sediakan kelebihan naek motor:

    • Boleh pakai helmet angkasawan sebagai perlindungan untuk kepala korang. Entah bile la kite semua nak jadi angkasawan, at least kalau naek motor tu merasa gak la feel sebagai angkasawan. Kalau nak lagi best dan nak lagi semangat korang pakai la fully suit aerospace...memang berbaloi siap dengan tabung oksigen lagi.

    • Part yang paling nikmat mase bawak motor nak tau ape??? Apa lagi kalau bawak awek korang sendiri...awek sahaja, tidak termasuk nenek, mak, adik perempuan, kakak, serta mak cik. Tapi kalau bawak anak perempuan jiran sebelah rumah conform best. Aku tak penah lagi rase pengalaman ni, kalau nak tau lebih lanjut tanye la blogger lain.

    • Kalau bawak superbike lagi best, ramai awek tunggu tepi jalan nak mintak tumpang. Bukan awek je, mak dieorang pun nak tumpang suruh hantar pegi pasar ikan.

    • Boleh langgar peraturan jalan raya seperti langgar tiang lampu, langgar kucing dan anjing yang melintas, serta potong kereta di garisan lurus.

    • Boleh memandu secara wrong way asalkan tak bertembung dengan kereta dan eksiden.

    • Korang boleh lalu kat laluan sempit yang tikus dan kucing sendiri pun tak boleh lalu kecuali burung. Of course la burung boleh lalu sebab die boleh terbang.

    • Time jem memang orang bawak motor ni la hero...Ciluk sana-sini pas tu terlanggar side mirror kereta orang seperti. Lagi tak bertanggungjawab bile buat tak tau je. Memang shitt...

    • Nature air-cond semasa memandu, jadi tak berpeluh. Kalau nak lagi kuat air-cond boleh bawak lagi laju sampai baju belakang berkibar. (Betol ke berkibar, tak pasti. Nanti korang cek) Macho gile bile awek tengok.

    • Kalau korang berani, boleh buat aksi seperti pejam mata, lepas tangan, angkat kaki kat atas seat, serta aksi superman. Dan yang paling berani boleh telefon masa merempit.

    • Dah tentunya minyak motor murah, save bajet peberlanjaan. RM10 boleh lepas Kuala Lumpur pegi Kuala Selangor.

    • Yang akhir sekali cepat. Jadi boleh bangun lewat untuk pegi keje atau kelas.5 minit sebelum masuk boleh gerak dari rumah. Tak payah risau jem atau lampu isyarat. Redah je semua tu.

    • Sebenarnye lagi banyak, tapi buat sekarang ni je aku nampak.

    Tujuan entry aku kali ni sebenarnya dengan niat esok jalan tak jem lagi, sebab semua naek motor.(Geram gara-gara jem tak tentu pasal tadi). Tak de kereta pun kat jalan kecuali lori dan traller semestinya lori sampah pun kene ada kat jalan raya. Kalau tak de esok, tak de orang nak angkat tong samaph depan umah ni. Dah bertimbun aku tengok.
    Jadi aku tak nak senaraikan keburukan bawak motor sebab takut pulak korang bersara dari bawak motor esok.

    Apa perasaan bila nak ter***

    Seluar berak.Aku masih tak pasti ini memang corak ataupun lelaki ni memang terberak dalam seluar.

    Entry kali ini mungkin kurang menyenangkan tapi berguna di saat-saat memerlukan.Ampun mak ayeem ayam kalau marah...
    Korang pernah tak mengalami emergency case tak ??? Aku tak nak la bincang emergency pasal nak bersalin, orang sakit ke sebab aku tak penah mengalami pun.Tu memang emergency lagi-lagi bila ada ambulans bunyikan siren sambil melanggar peraturan jalan raya.

    Kali ni aku nak bincang mengenai perasaan korang bila nak terkencing atau terberak (ni bukat satement statement mencarut) dan korang mencari tempat nak melepaskan tapi tak de atau tak jumpa. Situasi ni memang selalu berlaku kat semua orang. Tak payah la tipu, termasuk aku pun penah mengalaminye....haha...Lagi-lagi time tengah jem kat jalan raya. Mau terkencing dan terberak dibuatnye....apatah lagi kaki yang mengigil gila menahan...otak pun tak boleh pikir dah. Lagi parah sampai tak boleh bergerak lagi anggota badan. Jadi jangan terkejut la bile korang dengar ada orang besar dewasa terberak atau terkencing dalam seluar atau kain.. Kat sini aku nak ajar tip bagaimana nak control supaya korang tak terberak dan terkencing kat dalam seluar.

    • Carilah tandas dengan kadar segera. Kalau sampai kene ketuk pintu rumah orang ketuklah, kalau tak bagi korang lepaskan kat umah dieorang. Biar padan muka dieorang sape suruh tak bagi tumpang berak.

    • Carilah semak atau belukar berdekatan, kalau tak de air tak pe, kan Islam tu mudah, boleh guna inisiatif lain seperti burung, batu atau daun yang tumpul. Kalau salah pilih, mahunya korang akan alami luka yang serious. Paling penting pastikan tiada orang mahupun haiwan melihat segala aksi yang kurang menyenangkan.

    • Kalau boleh tahan, tahan la lagi. Lapangkan minda dan fikiran, jangan asyik pikir “plis..aku tak tahan kencang kencing”

    • Kalau tak boleh, korang cuba tido, sebab masa tidur, pergerakan dalaman badan semakin kurang.

    Tuesday, 12 July 2011

    Perempuan yang aku maksudkan

    Ni aku perkenalkan perempuan malaya terakhir...tak boleh puji lebih-lebih nanti kene piat telinga.

    Tak pernah wat entry pasal perempuan, ni percubaan pertama. Kalau menjadi aku akan tukar tajuk blog aku "diriku suka perempuan" tak nak la tak best. Nanti orang pikir aku ni bapak ayeem ayam plak.

    Aku terus terang kat sini. Tapi korang kene janji tak kan bagitau kat sape-sape. Biar pecah kat perut blog jangan pecah kat facebook. Aku sebenarnya perempuan silap hrrmm....suka skodeng tengok perempuan...Aku bukan nak cakap aku gila sek tapi dah memang lumrah seorang lelaki kan. Laen la kalau korang abnormal tak straight...Tu memang pelik.

    Ni aku senaraikan kisah aku bermain bersama dengan perempuan:
    • Time kecik aku selalu follow akak aku maen dengan kawan-kawan perempuan die. Macam-macam kiteorang main termasuklah mmasak-masak, dan yang selalu kawen-kawen.

    • Dulu mandi same-same dengan perempuan ramai-ramai tanpa seurat benang pun...korang paham la sendiri.Aku tak nak explain lebih-lebih. Nanti mencarut mengarut plak

    • Tak penah kawan dengan budak lelaki sampai la aku sekolah menengah baru aku sedar yang aku ni bukan pondan perempuan. Lambat tol la aku pikap. Tu la sebab aku ni kaki botol bangku

    • sekarang bile jumpe kawan perempuan lama yang dulu dok pegang-pegang tangan, tukar-tukar baju dan kain tak malu, tapi sekarang muka aku plak merah bile jumpa dieorang.

    • Dulu memang tak de perasaan dengan haiwan perempuan ataupun lelaki. Time tu nafsu jantan aku boleh dikatakan sifir sifar kot.Tapi sekarang tettttt, korang sendiri pikir.

    • Sekarang bila ada aktiviti dengan perempuan, aku lah yang jadi tonggol tunggul. Bila cakap pulak jantung macam nak pecah. Sekarang dah susah nak berinteraksi dengan perempuan.

    • Kalau boleh aku nak flashback to hell my childhood memories. Nak nikmati detik-detik bersama dengan perempuan.

    • Jika dulu aku bernafsu haiwan memang sekarang aku dah jadi gila seks. Tapi nasib baik tidak...bapak ayeem ayam pun aku tak jadi.

    Haiwan peliharaan

    Aku tak mampu nak tanggung berat ular ni...pegang kepala lagi la tak berani...tengkok die je yang mampu sentuh

    Aku ada impian nak bela haiwan peliharaan...bukan nak bela burung, burung yang satu pun tak terjaga..kalau burung yang terbang bebas tak mencabar. Aku nak bela ular sawa. Haiwan eksotik yang dah nak pupus. Seekor cukup la kan...tak payah nak bela banyak...tak cukup bajet nak suapkan mulut haiwan makan. Bukan apa nak bela ular ni, nanti boleh la buat geli-geli.

    Monday, 11 July 2011

    Tercuba dan mencuba

    Aku terjumpa gambar ni masa geladah hard disk lame

    Korang rase layakkah aku kalau masuk imam muda??? Serba putih....dah macam lansuir je aku tengok.
    Ni la first time aku pakai jubah...labuh jubah tu sampai dah tahap sapu lantai....
    Banyak kali aku nyaris terjatuh kalau pakai jubah, kaki dengan selipar memang dah tak nampak la...time ni memang panas yang amat sangat sampai tahap 1 badan berpeluh jantan..paling tak boleh blah skali kat belah kanan tu ad shisha, abis je program semua mabuk isap syisya...Semua sedut...air liur bercampur baur jadinye. Busuk kot..

    Sunday, 10 July 2011

    Seronoknye masa praktikal

    Gambar apa ni aku pun tak tahu...aku goggle nampak tulisan praktikal jadi rembat la untuk dijadikan koleksi blog aku.


    Seronoknye masa praktikal aku dekat sebuah company worldwide (bangla bangga la konon) yang HQ die kat USA. Dapat pengalaman kerja dengan mahluk bangsa asing, belajar benda baru yang lelaki buat dan semestinya perempuan keliling pinggang. Daripada taraf anak dara, bini orang, janda cerai hidup, separa mati hinggakan ke mati, dan tak boleh blah juga setaraf dengan nenek-nenek. Aku praktikal start 3 Jan sampailah 15 April 2011. Bermulalah ke-malang-an dalam hidup aku sepanjang praktikal.

    Aku diamanahkan sebagai kuli bambu, atau sama maksud dengan nya pencacai kat kilang tersebut. Tapi tak la setaraf dengan mat bangla. Jadi aku ada la masa nak membuli orang bangla ni. Macam-macam aku buat kerja scan, fotostat, lap minyak tumpah, kuti kutip skru, ambik barang kat warehouse, lap air tumpah dan termasuklah kerja-kerja lain yang tak masuk akal. Tenkiue bos,, banyak pengalaman aku termasuk bos telah upgrade English version yang aku gunakan secara suke ati mak bapak aku sebelum ini.

    Argh peant penat aku tulis, aku buat point je la bagi korang baca:

    selaam selama 4 bulan aku praktikal, tak penah aku dapat meja beserta dengan komputer macam officer yang lain.Jadi officer lain selalu la berlagak kat aku yang tak de ruang ni

    • dapat elaun sara hidup, macam zaman jepun plak elaun sara hidup ni sebanyak RM500, tapi tak penah cukup gak

    • paling gile sekali, awek2 kat tempat tu menggila bile nampak aku....abis tergendala kerja dyorang (bajet perasaan)

    • aku la manusia yang paling lewat pegi keje dan paling awal pulang ke rumah bile abis kerja...yang best nye tak de pemotongan elaun sara diri..

    • aku ni time praktikal la aku kuat ponteng, aku kira-kira ada lah dekat sebulan aku ponteng, tapi bos aku wat derk je sebab die pun bizi. Sedangkan diri sendiri tak cukup tangan nak urus.

    • Walaupun banyak ponteng, elaun aku tak penah potonng, part yang paling best, end of month aku mintak attendence dari bos aku. Die punya poyo bubuh tanda tangan dari awal bulan hingga ke akhir bulan padahal die tak tau aku banyak cuti.

    Tembikai + Anjing = Tembijing

    Malam ni teringin nak makan tembikai...

    Gara-gara teringin nak makan tembikai kuning malam ini, aku pegi la kedai kat deretan kedai kat depan rumahku...
    Aku amik sebijik buah tembikai dengan harapan balik potong dan terus makan.
    Namun,hapeh semuanye...tembikai tu busuk. Yang telah aku telan aku muntahkan balik "bapak masam tembikai ni". Kurang ajar punye kedai tipu aku jual tembikai busuk. Dengan perasaan setan dalam diriku, aku merempit gi balik gi kedai tersebut mintak tukar tembiakai.Ok fine...fine...dapat tembikai baru. Tu pun aku kene tambah duit lagi. Tiba kat umah, aku potong lagi, tembikai tersebut dah berulat. Dalam ati aku "ada gak yang nak kene tembak malam ni".
    Dengan sepantas kilat aku pun rempit la selaju 150 km/j dengan perasaan marah. Kalau boleh aku nak langar je kedai tu parking kat dalam kedai....aku pun campak tembikai tersebut kat cashier....abis terbarai tembikai tersebut dengan ulat melentik -lentik. Padan muka korang.
    Kali ni aku tak kire aku nak tembikai dua bijik dengan harga percuma.Dan pulangkan semula duit aku. Abis korang bankrupt la pas ni leh gulung tikar.
    Yes aku dapat 2 bijik tembikai dengan percuma dan duit aku dipulangkan balik. Yeah...aku beraya mengugut mengugat bos kedai tu dengan kesetanku.
    Time nak balik pulak....cam aram ada anjing setinggi kepala lutut aku tetiba kejar aku pas aku potong die. Aku dengan terkejutnye bawak la selaju yang boleh untuk kalahkan anjing tu dalam perlumbaan merebut tempat pertama.
    Yes aku menang lagi tapi kali ni sebijik tembikai aku tergolek kat jalan raya terbarai pecah. Anjing tu berenti kat tempat tembikai tu pecah..Dasar anjing yang tolol terperangkap dengan kejatuhan buah tembikai. Nasib baik anjing tu tak meneruskan perlumbaan, kalau tidak memang kepala aku maut dibaham anjing.
    Ni la nasib malang aku malam ni. Tak pe la dapat la tembikai sebijik. Balik umah potong tembikai, cam aram je rase tembikai tu tak manis langsung rase cam air tembikai yang kat warung tepi jalan RM1.. Demm spoil mood aku nak makan tembikai kuning.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...