Sunday, 17 July 2011

Tanda Ramadhan menerjah hidup kita




Diam tak diam, mahu atau tak mahu ramadhan datang lagi megetuk pintu hati kita. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk kite buat persiapan raya menyambut Ramadhan bulan yang dirahmati

Ada antara kita riang gembira menyambut kedatangan ramadhan ni tak kurang pula yang tidak berapa suka kedatangannya. Antaranya kanak-kanak yang baru nak belajar puasa. Haha, macam-macam alasan dieorang tak nak puasa seperti sakit perut,demam,muntah darah,selsema, sakit kepala, sakit kaki mahupun luka di tangan. Tapi jangan terkejut alasan sebegini juga sering digunakan oleh orang dewasa khasnya lelaki untuk mengelak daripada puasa. Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi



Terdapat beberapa tanda yang Ramadhan semakin hampir tiba antaranya ialah:
• Orang yang bernama Ramadhan, Shahramadhan, Nur Ramadhan dan seumpamanya yang paling eksited sekali bile orang mula menyebut-nyebut nama mereka.

• Semakin ramai orang yang mula untuk berpuasa sunat dengan niat ganti puasa yang tak abis tahun lepas dan berlatih berpuasa untuk menghadapi Ramadhan supaya perut nanti tidak terkejut bila tak makan selama 12jam.


• Orang yang goyang kaki dah tak senang duduk. Korang tau sape orang yang goyang kaki? Dah tentulah orang yang menjahit tempahan baju. Of course la mereka yang paling sibuk di bulan Ramadhan ini untuk selesaikan semua tepahan baju ini

• Kalau diperhatikan ada di antara jalan-jalan yang telah dikotak-kotakkan bukan untuk konfiuskan orang ramai tapi untuk tapak bazar Ramadhan.


• Tidak kurang juga ramai orang beratur panjang di pejabat Majlis Perbandaran untuk dapatkan tapak bazar Ramadhan tidak kira yang pernah berniaga ataupun tidak semua ingin mencuba nasib. Tidak kira jual apa sahaja, semua nak cari duit Raya.

• Komplek membeli belah dah mula naikan lampu kelip-kelip dan dah banyak kedai yang jual kelengkapan baju Raja seperti songkok,kerongsang, sampan dan of couse la tudung.

• Kalau minum air, nikmat kesedapan dan kemanisan air semakin dirasai. Sampaikan tidak perlu makan nasi, kenyang makan air.

• Cuaca semakin panas di tengah hari untuk menguji tahap kehausan kite. Bila buat keje sikit-sikit nak minum air.

• Bagi sesetengah orang mulalah teringin nak makan macam-macam sebelum bulan Ramadhan menjelma. Kalau boleh semua benda nak makan, kalau tak makan nanti kempunan di bulan Ramadhan. Nafsu makan tahap babeng je yang buat macam ni.

• Iklan-iklan buah kurma semakin banyak diperkatakan lagi-lagi Yusuf Taiob . Buah kurma dah bersepah kat supermarket senang nak beli

• Kalau yang rajin pegi surau atau masjid dah tentunye banyak ceramah agama mengenai persiapan menghadapi Ramadhan

• Bagi ibubapa, saat kepeningan akan mula melanda untuk bekerja keras mencari rezeki tambahan untuk persiapan raya.

• Bagi yang terlebih eksited, dah start solat terawih dan bangun sahur untuk melatih diri di bulan Ramadhan.

• Ramai orang berkira-kira bajet bagi bayaran zakat di setiap negeri.

• Tidak kurang juga, hotel-hotel dah bentang banner diskaun potongan berbuka puasa di hotel

• Kuih-kuih raya dan serunding daging dah mula dijual di pasaran.

• Suri rumah dah mula buat timetable hidangan masakan istimewa berbuka puasa bersama keluarga

• Orang ramai dah mula tengok kalender hijrah tengok waktu berbukan dan waktu bersahur serta tidak ketinggalan waktu imsak bagi yang selalu terbabas bersahur.

6 comments:

- said...

setuju !
selamay menyambut bulan ramadhan ya :D

Unknown said...

wuahaha..betol jugak kan :D

Mohammed Faizal said...

shalina: selamat menyambut bulan ramadhan
syrup masin: ad lagi banyak tapi ni je yang sempat pikir

Unknown said...

betul jugak ni... hehe.. dah dekat nak pose macam tu la biasanya.

Tinta Lana said...

Semua betul faizal! haahaha. Lana pun prnh bt entry yg lbh kurg sama camni sebelum ni.. :)

Mun said...

haha..btol2.. tanda2 tu mmg ketara ada..ngee~

tak sabar menunggu ramdhn.. time ni laa nak tambahkan lagi amalan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...