Tuesday 30 August 2011

Raya Pertama

Ha..ni la pic kami sekeluarga..
semua pakai baju theme coklat kot
(aku pun tak tahu ni warna ape)

Hai, apa khabar kawan-kawan di dunia maya ni? Aku tahu masing-masing sibuk tengah kacau dodol, bakar lemang dan masak ketupat, termasuk juga diri ni...sampaikan tak sempat nak terjah blog BURUNG ni. MEsti korang pun sama kan? 

Macam mane dengan raya pertama korang? Sempat tak nak solat sunat aidilfitri? Pergi ke ziarah kubur orang tersayang? Ada masa tak cium tangan dan dahi ibu ayah minta ampun dosa selama setahun yang lalu? Dapat lagi ke duit raya dah bujang-bujang belaka ni? Senak tak perut makan banyak di pagi raya?

Hui...macam-macam kalau nak cerita kat sini memang sampai ke esok tak abis lagi. Tapi yang penting, letih la masa raya pertama ni...mane taknye setelah sehari suntuk semalam menyediakan juadah hari raya, ditambah lagi kekurangan tidur hari ini dan malantak banyak sangat bila kunjung-menyunjung di rumah sanak saudara...

Sunday 28 August 2011

Dapat Kad Raya

Aku baru je terima kad raya daripada abang kacak afzal, puas menunggu selama 10 hari perjalanan ke kampung aku di gelang patah ni...dah 2 hari sampai tapi aku baru perasaan semalam.

Mesti si abang posmen gigih menghantar kad raya aku ni dengan melalui jalan bengkang bengkok, lembu melintas di jalan, terpijak taik lembu, merentas denai dan belukar untuk sampai ke kampung tercinta ini...mujurlah abang kacak afzal  dah bagi duit upah tip sebanyak $50 sen.
Ni die kad rayenye 
 Tak pernah tengok tulisan sekacak ni. 


Ayat yang terakhir sekali die kata "Sesenang datang la beraya kat rumah den ya"



Terima kasih abang afzal (tetibe je panggil abang) yang kacak, comel dan menjadi tumpuan para wanita yang masih berstatus anak dara dan andardu...(saje je puji lelebih dengan harapan si abang kacak sudi pula memberi duit raya macam akak Cikkiwi dapat). Cikkiwi mendapat duit raya tersebut bukan untuk memikat kecantikan beliau tapi untuk anak buahnya yang comel gebu aidil (name lelaki tapi sebenarnye perempuan).

Bangga kot aku dapat kad raya ni, khas daripada teman blogger. Member lain pun takdenye baginye kad raya ni...paling ringkas pun ucapan kat facebook, dan yang paling gempak tag name kat gambar mereka berbaju raya dengan senyuman burung...haha

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya kad raya saja,
Duit raya turut lahserta.

Anak burung gagah perkasa,
Amat terkenal di Kampung Sentosa,
Maaf andai terkasar bahasa,
Burung ucapkan Selamat Hari Raya.



Saturday 27 August 2011

Menjelang Raya

Dah dekat nak raya sudah...ramadhan pun sudah nak berlalu pergi. Macam mane dengan ibadah kita? Terawikh, Tadarus Al-Quran, Qiamulail, solat sunat, zikir? Masih dijaga atau hilang entah ke mana. Erm...tepuk dada tanyalah iman sendiri...

Kebiasaanya time nak raye ni la umat Melayu sibuk dengan persiapan raya seperti buat kuih raya, beli  baju raya, tukar perabot rumah baru, kemas rumah, pasang langsir baru, sediakan makanan raya, kereta baru dan tak lupa juga bini baru...

Tak kurang juga yang bergadai nyawa di kala raya menjelma...daripada cedera parah akibat mercun, kemalangan jiwa di jalan raya,  dan kerakusan perangai haiwan yang bunuh membunuh...boleh katakan setiap hari ada je cerita tragis seperti anak tetak ayak, cincang nenek la, bunuh kucing ,campak anak kat sungai la..


Kadang-kadang aku terfikir kita ni dah hilang ke sikap kemanusian? Dah macam drakula pulak bunuh-membunuh ni...tak rase kejam ke? Dah hilang pertimbangan diri ke? Kalau dah rase tertekan tu, jangan lah libatkan nyawa orang yang tak berdosa ni...


 

Friday 26 August 2011

Kenapa Burung

Sejak aku mula aktif berblogging ni, ramai blogger tanye "kenapa burung?", "asal nama burung?", "Ni burung sebenar ke?", "Ni burung ape?"mase aku buat blogwalking. Semua pasal burung, kenape takde pulak tanye  "sape abang kacak ni?", "Sape budak cute ni?" dan "Sape budak hencem ni?" Takde pulak yang tanye cam tu, tak pe la aku tak kesah pun (merendah diri)...memang si Burung lagi menarik perhatian di blog Diriku Seperti Burung. Kalau nak tahu sejarah form 5 pasal blog Burung boleh review kat sini.

Ok kat sini biar aku explain lelebih pasal burung? Kenapa aku ambil name burung...Mai sini, si abang yang tak seberapa hensem ni buat story morry pasal burung. Pada suatu hari, (eh dah macam bed time strory pulak) kite tukar mood la, ada la satu hari yang tak seberapa cerah dan panas terik ni, aku kat rumah termenung memerhatikan halaman rumah yang baru dimesin rumput oleh apek india (apek india ada ke?) sambil merenung masa hadapan...

Lepas die mesin rumput, die kemas dan buang sisa-sisa rumput yang bersepah-sepah di halaman rumah sehingga bersih...huh memang puas hati kerja die tapi cam cilake je mintak upah lebih dekat RM30 hinggit dengan alasan rumput karpet. Padahal luas kawasan halaman tu cume sebesar meja ping pong je. Kalau aku tahu die mahal memang aku tak jemput die mesin rumput. Eh ape yang aku mengarut ni...back to story again

Lepas tu aku perhatikan, aik kenapa ada banyak burung kat halaman rumah ni...ada la dekat 4 ekor kesemuanye...tapi burung ape? Jangan tanye aku, aku  bukan seperti zoologist yang kenal semua spesis haiwan. Burung tu punye la semangat mencari-cari sesuatu kat rumput tu, tak tahu la mereka cari ape? Tak kan cari cacing, ada cacing ke? Lepas aku cek baru aku tahu die makan serangga yang kat tanah tu...

Ok ni bukan dari en goggle, tapi aku yang snap hari tu...
Ada 4 ekor burung masa tu...comel sungguh

Lepas tengok aksi berburung (bukan sekor je tapi ramai) tersebut, aku teralih arah merenung nasib seperti burung ni...lepas makan ni die nak terbang kat mane pulak, bebas ke burung terbang tanpa dilastik oleh budak nakal? Ataupun terbunuh disambar petir ketika terbang? Tu la persoalan yang bermain kat kepala otak aku sehingga kini.

Dari situ la aku mendapat inspirasi untuk pilih nama burung ni. Burung yang memberi maksud seekor haiwan yang boleh terbang tinggi-tinggi bukan otromen je boleh terbang dan juga boleh berak kat cermin kereta atau baju korang... Ok, ada paham? Sudah la, aku tak nak teruskan menulis lagi sebab semakin lame aku tulis semakin skema ayat aku guna...haha..


Thursday 25 August 2011

Khamis yang Ringkas

Ape guna menjadi seorang lelaki kacak, jika membaca Al-Quran pun merangkak-rangkak
Apae guna menjadi perempuan cantik, jika pukul 12 tengah hari tak celik-celik
Ape gua umur besar panjang, jika Fardu Ain Asas pun lintang pukang
Ape guna Allah memberi hidayah, jika nak solat pun sikit punya payah
Ape guna jadi manusia, jika umur Allah bagi kita sia-siakan
Ape guna harta melimpah, jika nak hulur kepada yang memerlukan pun susah
Apa guna pangkat besar, kubur dah dekat pun masih tak sedar
Sumber: Oh! Islam

Wednesday 24 August 2011

Tuesday 23 August 2011

Terasa kenaikan

Terasa kenaikan harga...huh (mengeluh sekejap). Dalam hati merungut " beli barang sikit ni je dah dekat RM50". Duit sekarang dah macam air...laju je...padahal bukan beli barang keinginan tapi keperluan...nak tak nak memang kene beli. Korang rase macam tu tak?


Ni lagi-lagi nak raya., hambik kau, semua persiapan raya dah mencecah ke kos yang paling tinggi dalam sejarah hidup korang. Cube korang cek balik, raya tahun ni la kita bedepan dengan kenaikan harga barangan yang paling tinggi. Taun lepas boleh lega lagi...tapi tahun ni dah paras hidung, tercunggap-cunggap. Tak cukup beb.


Aku yakin ramai yang tengah runsing memikirkan tentang persiapan raya lagi-lagi yang dah berkeluarga dan dah beranak pinak..budak-budak kalau raya memang heppi semacam je..nak itu ini semua baru. Yang kesian kat mak bapak la terpaksa melayan karenah anak-anak.




Monday 22 August 2011

Cahaya Lailatulqadar

Alhamdulilah, kita dah berpuasa sehingga ke 10 malam terakhir Ramadhan. Kebiasaannya dalam 10 malam terakhir ni, orang ramai sering memperkatakan mengenai sebuah malam yang dikenali sebagai lailatul qadar yang lebih berharga daripada 1000 bulan. Cuma ramai sahaja yang memperkatakan tidak mencari malam tersebut dengan bangun awal malam untuk sujud dan bertawaduk kepada Allah.

Kat sini aku nak ceritakan mengenai seseorng hamba Allah yang telah mendapat nur di malam lailatulqadar. Terkejut aku baru mengetahui bahawa orang tersebut telah menghadap Illahi sejak 2 tahun yang lalu. Teringat aku masa sekolah agama dulu, orang tersebut yang dikenali sebagai ustazah Rozita amat tegas dan garang di sekolah tersebut.

Dengan aku aku sendiri pernh kene pukul dengan die sebab tak solat subuh dulu. Piap kene rotan kat tangan...pedih, namun dengan rotanan tersebut menjadikan aku seorang yang tidak lagi mengabaikan solat. Terima kasih ustazah. Namun di dalam ketegasan beliau, tanpa disangka-sangka beliau menghidap penyakit barah otak..

Arwah Cikgu Rozita tersebut sangat beruntung dan bertuah kerana telah menemui malam lailatulqadar.  Aku tak tahu kisah ni namun diceritakan oleh adik aku sendiri...Ya Allah bertuahnya hambamu ini. Adik aku ceritakan ada satu malam di akhir-akhir bulan Ramadhan, arwah tersebut bangkit untuk qiam di awal pagi.

Setelah selelsai solat sunat, arwah tidak terus sambung tidur tapi menyambung kerja membuat kuih raya sebelum menunggu waktu sahur. Masa tengah sibuk sibuk buat kuih raya, arwah terdengarkan orang memberi salam di puntu rumahnya " Assalamualikum". Arwah pun bergegas untuk membuka pintu rumah, namun setelah pintu rumah dibuka tiada siapa kelihatan.


Yang hanya dilihatnya hanyalah pokok-pokok di sekitar rumahnya rukuk menghadap kiblat. Tidak pernah kita semua lihat tetiba pokok yang besar rukuk menyembah pencipa-Nya..subhanallah. Besar sungguh kebesaran Allah.

Sesungguhnya cerita ini bukanlah khayalan dan dongengan, namun realiti yang terjadi untuk kita semua menjadikannya iktibar dan panduan dalam mencari keberkatan malam lailatulqadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Al-fatihah untuk arwah ustazah Rozita.

Sunday 21 August 2011

Jolok SarangTebuan

Mase aku kat kampung tengah  membizikan diri mengemas rumah dan setelah selesai memanjat pokok kelapa belakang rumah, tunjuk rajin sikit di bulan puasa, haha. Ada la adik dan sepupu aku ni entah tak de keje
agaknye, mereka rajin pulak cari nahas dengan menjolok sarang tebuan berhampiran dengan rumah ni.

Ehsan dari Goggle



Ape kejadah mereka pegi usik sarang tebuan tu pun aku tak tahu. Last-last aku plak join mereka menjolok sarang tebuan tu..Tapi aku sekadar menolong membebel kat mereka jauh 30m dari tapak sarang tebuan tersebut, haha. Aku ada banyak masa nak cabut lari kalau kene kejar tebuan.

Sarang tebuan tu kat atas pokok masalahnye, ada 4.5m tingginya. Macam-macam cara kreatif mereka untuk memusnahkan sarang tersebut. Baling mercun bola la, lastik pakai batu tapi semua tak berjaya...tak kene sasaran. Last sekali, mereka guna galah panjang yang diperbuat dari buluh untuk sampai ke sarang tebuan tu. 

Last sekali, memang kene galah tu dengan sarang tersebut...hancur beb. Ape lagi, sang tebuan pun berpusu-pusu keluar sarang ingatkan ada gempa bumi. Mula la mereka mencari sasaran untuk disengat..haha, mencicit-cicit  budak-budak tu cabut lari ketakutan risiko disengat, boleh masuk hospital beb. Orang sekarang masuk hospital cedera main mercun tapi ni cedera disengat tebuan.

Tapi nasib baik tak de sorang pun kene sengat. Dah lari jauh-jauh dekat 200m mereka terbahak-bahak ketawa berdekah-dekah. Ape kejadah semua ni . Utuk adik-adik jangan tiru aksi sebegini ok bahaya, Mereka tak pe memang dah nakal dan terjal sejak dari kecil lagi.

Friday 19 August 2011

Insiden Jumaat

Aduh...jumaat ni terjadi lagi. Terjadi ape? Seliper kene rembat kat masjid atau air wuduk terpercik basah baju. Haha....semua salah. Ala korang yang lelaki mesti tau punye. Yang perempuan pun agak-agaknye tau gak kot. Aku rase korang pun buat gak mase dengar kuthbah, betul tak?

Ape terjadi? Hipotesisnye adalah semakin lame duduk bersila menunggu solat jumaat, semakin sayup-sayup bunyi suara pak khatib membaca khutbah jumaat. Mesti korang dah agak ape die kan.  Conform la tertidur dengan tak sengaja di dalam masjid. Ha, perkara ni la terjadi kat aku selalunye time solat jumaat. Aku tengok kiri tengok kanan semua dah terlentuk-lentuk menghayati alunan mimpi. Akku pun terjangkit la virus yang merosakkan pahala di jumaat hari. 


Lebih memalukan jika pak bilal dah qamat nak solat jumaat korang tak bangun lagi. Memang nak kene lepuk dengan jemaah masjid ataupun bapak korang sendiri. Dah cukup, lepas ni time solat jumaat aku kene tampal soletip kat mata ni tak payah bagi tutup lagi mase dengar khutbah jumaat ni. 

 Rembat dari En Goggle


 

Thursday 18 August 2011

Ruginya Ramadhan ni

    Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.

    Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.

    Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.

    Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.

    Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.

    Kalau malas baca alQuran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..

    Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

    Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

    Kalau malas zikir panjang dalam hati.. la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. ALLAH, ALLAH, ALLAH ..

    Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.

    Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal. [H]

    sumber : Oh!Islam (https://www.facebook.com/ohislam)

      Wednesday 17 August 2011

      Ada-ada sahaja

      Hari ni tak buat entry rabu tanpa berkata sebab sejak 2 menjak ni aku kurang publish post. KAli ni nak list down ragam kita semua pula. Macam-macam karenah kita semua di bulan Ramadhan ni. Antaranya:
      • asal puasa je liat nak bangun sahur apatah lagi solat subuh
      • asal sahur je perut meragam cirit-birit sampai ke berbuka
      • asal pegi bazar ramadhan je, penuh kedua-dua belah tangan dengan makanan
      • asal jem je, mulalah membebel sorang-sorang dalam kereta maki--maki kereta depan
      • asal lewat pulang untuk berbuka je mulalah kelam kabut terpikir sempat tak ni buka kat rumah
      • asal sebelum berbuka, mesti tengok tv tunggu azan maghrib
      • asal berbuka je, mesti liat nak solat maghrib sebab perut kembung
      • asal pegi solat terawih je semput nak abiskan sampai 8 rakaat, witir sambung sendiri kat rumah kalau rajin.
      • asal balik terawih je, mesti bukak tudung saji sambung balik makan
      • asal mengaji Al-Quran je, cukuplah separuh helai je
      • asal shopping raye je, serba serbi nak baru untuk hari raya
      • asal berbelanje je, mesti dekat beratus abis cam ne nak jimat
      • asal cuti di bulan puasa ni je, mesti qoda tidur sampai ke tengah hari
      • asal telefon mak je, tanye mak masak ape hari ni
      • asal telefon awek je, puasa tak hari ni dan dah cuti khas ke?
      • asal dah dekat nak raye je, mesti lemah nak pegi kerja mulalah ponteng kerja
      • asal bukak radio je, mesti lagu raya berkumandang
      • asal bukak tv je, berlambak la drama-drama sedih di bulan puasa
      • asal pegi masjid je, mesti tak lupe nak ambil bubur lambuk
      • asal keluar duit je, nanti mesti lupa bayar zakat fitrah
      • asal dahaga je, mesti kumur-kumur dengan harapan air membasahi anak tekak
      • asal bukak laptop je, jengah blog Burung
      • asal bukak blog je, terjah ke nuffnang tengok uv dan be

      Monday 15 August 2011

      Tak malu ke

      Sape yang terkena harus jadikan entry kali ini sebagai iktibar...sepanjang 15 hari berpuasa di bulan Ramadhan, dah bape kali korang ponteng puasa atau cuti khas? Aku? Of course la penuh + berjaya puasa penuh setakat ni tanpa sakit sengugut atau muntah darah lagi. Korang pulak? Jeng2x...Tak kesah la dah berapa kali kan, tu korang punye pasal la kan, pandai-pandai la nanti nak ganti balik atau bayar fidyah...


      Namun yang aku kesah sekarang adalah kenape mereka ini makan secara terbuka di khalayak DBP ramai..Bukan sekali tapi dah banyak kali aku nampak dengan mata  kasar ini. Setiap hari keluar dari rumah mencari rezeki untuk berbuka, aku nampak la mahluk-mahluk ini makan dan minum secara terbuka..


      Aku pun naik pelik, muka nampak macam melayu tapi tak kan kristian pulak kan? Daripada artis, pak guard, model, buruh pembinaan semua dua kali lima je. Selambe je minum dan teguk air di bulan Ramadhan. Tergugat jugak iman aku tengok mereka ni... Paling tak boleh bla sekali, mereka buat muka tak bersalah langsung.


      Sunday 14 August 2011

      Hero Malaya

      Hero Malaya? Adakah rosyam nor atau farid kamil tak kan pula Lisa Surianti? Adakah kite bangga dengan aksi mereka di kaca tv? Mak suka sanggat, kacak banggat...haha . Pada aku mereka hero hanya pada bidang lakonan, tanpa lakonan mereka normal seperti kita semua.

      Aku rase hero sebenar adalah kita semua semasa kecil. Betul tak? Kalau tak betul korang boleh tanye mak sendiri nakal tak abang masa kecil dulu? Conform mak korang cakap macam nak tercabut jantung jaga korang masa kecil.

      Pantang mak korang leka dan lepa, mesti korang dah kat atas almari atau pokok kelapa belakang rumah. Mak korang mesti dah macam drakula kalau korang nakal sangat. Kalau mak korang tak boleh tahan lagi, memang hinggap la batang penyapu kat kaki. Pas tu sibuk la cakap "ampun mak abang tak buat lagi sambil menangis melalak dan terlolong'. Bile dikenang kembali memang kelakar dan memalukan.

      Kelmarin (jumaat) aku menghabiskan masa di sebuah bank, dari lepas solat jumaat sehinggalah ke matahatri terbenam atas urusan, aku perhatikan seorang ibu yang keletihan melayan kerenah anak lelakinya yang ganas dan tak reti duduk diam. Aku cuma perhatikan dari jauh, dalam hati aku tersenyum melihat budak lelaki tersebut.

      Aku tengok budak tu nakal yang amat, tergolek sana sini, baring atas meja, baling kasut kat orang, usik mak die sendiri , berlari tanpa segan silu, last sekali melalak sebab terjatuh. .Dah melalak nak pulak cari mak sendiri, kononye nak menagih simpati...Seminit memang tak reti duduk diam, dalam pikiran aku budak ni tak letih ke? Oh memang la tak letih sebab die tak puasa.

      Friday 12 August 2011

      Sehelai sepinggang

      Jumaat yang meletihkan...dari melawati ke ampang terjah ke melaka pula. Yang kelakarnye sehelai sepinggang. Tak bawak baju lebih untuk menginap di motel tercinta milik kami di bukit serindit melaka. Jangan memain sang burung mempunyai motel penginapan....dari sarang burung hinggalah ke bilik pasangan kekasih.

      Gara-gara tak bawak baju kene la shopping emergency kat Melaka ni untuk cari baju tidur malam ni. Shopping punye shopping, ter.shopping sekali la baju raye dan kelengkapan raye yang lain. Plan asal telah dimodify menjadi lebih advance dan mahal...lembu betol la...

      Nak solat pun takde kain pelikat, terpaksa la pakai kain terlekung untuk tutup aurat. Tak kan nak solat pakai seluar pendek, tak sah solat jadinye...haha memang survival malam ni



      Thursday 11 August 2011

      Khamis yang Spontan

      Semakin di kejar dunia, seolah-olah dunia semakin jauh. Kita berlari dan berlari untuk mengejarnya, seperti fatamorgana yang membayangi sang musafir di padang pasir. Itulah nikmat dunia yang Tuhan ciptakan untuk menguji keampuhan iman manusia.



      Ingatlah pesan daripada Lukman Hakim

      "Hai anakku..janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja.

      Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya."


      ~Lukman Hahim~

      Wednesday 10 August 2011

      Rabu Tanpa Berbicara

      Rindu dan sayang tempat ini

      Tuesday 9 August 2011

      Kisah Perut

      Waktu cuti umum pagi ahad kelmarin, aku menghabiskan masa di rumah berehat bersama seisi keluarga.  Wah macam la aku dah berkahwin dan mempunyai anak.  Duduk bersimpul seperti wanita ayu di meja makan tanda protes tak dapat bersahur selama 3 hari berturut-turut.   

      Aku dipaksa menunggu hampir 10 jam lagi untuk berbuka, masa yang lama tu aku gunakan untuk membuka muka buku dan blog Burung menggunakan laptop Dell prosessor intel core 5 dan Window 7 Premium sebagai operating system..ape kejadah plak aku cerita pasal laptop ni. Ni bukan laptop burung pun. Lagipun takde kaitan pun dengan entry ni.

      Cam cilake intro aku...tak sentuh pasal perut pun. Tetibe je pukul 8:39 pagi perut aku yang kecil molek ni  berbunyi menandakan masuknya waktu untuk berbuka melayan karenah gedik dan manjanya. Bile aku buat derk je, mulalah die merajuk  buat konsert live band..tapi sayang konsert percuma untuk semua ni tidak dihadiri oleh sesiapa pun kecuali deretan kerusi tersusun rapi...ni semua gara-gara terlewat bangun sahur...asal bangun je dah pukul 5.50pagi.
       Kunci jam pukul 5;15 pagi waktu Malaysia tapi bunyi pukul 6:15 waktu Indonesia.  Memang dasar jam made in Indonesia. Mana nak sempat teguk  air sarsi kat atas meja mahupun secebis  kurma sebab azan subuh dah nak berkumandang. Jadi apa lagi sambung tidur la. 

      Sunday 7 August 2011

      Terima Kasih

      Aku rase baru sebulan aku aktif berblogging, aku dah dapat perkembangan positif dari semua pihak terutamanya rakan-rakan blogger yang sering terjah-menerjah blog kesayangan aku Diriku Seperti Burung. Terima kasih ye sebab sudi membuat lawatan tapak ke sarang burung ni.

      Walaupun tak seberapa, tapi aku yakin Diriku Seperti Burung  mampu bersinar seperti senior-senior blogger yang ramai aku kenal dalam dunia maya ni. Walaupun tak pernah bersua muka namun aku rasakan korang dekat di hati.

      Dalam masa sebulan ni, pihak Nuffnang telah kembali memberi sokongan padu kepada aku dengan memberi bermacam-macam iklan kat blog Diriku Seperti Burung. Sokongan moral yang tak terhingga juga diberikan daripada senior blogger untuk memberikan keyakinan kepada aku untuk membangunkan sarang burung ni.

      Tuah datang dari burung..walaupun aku tak pernah cerita pasal burung kat blog ni. Namun burung telah memberikan satu harapan dan matlamat di dalam dunia blog ini agar Diriku Seperti Burung mampu melakar kenangan manis di sini.

      Walaupun hanya sebulan, masih banyak yang aku perlu pelajari daripada korang untuk menjadikan diri ini semakin matang dan dewasa. Terima kasih sekali lagi..

      En Goggle punya burung

      Saturday 6 August 2011

      Nasi Kerabu Cik Kiah

      Korang pernah makan tak nasi kebaru kerabu, bukan nasi keselasa dan kekhamis..Sumpah sedap nasi ni..time-time puasa cam ni la baru senang mencari nasi kerabu ni kat bazar ramadhan..bersepah-sepah jual nasi kerabu, cuma yang menentukan adalah kesedapan dan kemahalan nasi tersebut. Al maklumlah, aku bukan orang kelantan yang pandai masak nasi kerabu ni, jadi bazar ramadhan la pilihan yang tepat mencari nasi kerabu.


      Aku dulu pun tak pandai makan nasi kerabu ni..aku ada member rapat berbangsa kelatan dah lame kawan tapi first time die ajar aku makan nasi kerabu tahun lepas...tu pun mase terdesak...si mamat ni boleh plak belikan nasi kerabu untuk aku makan masa berbuka. Aku punye la menyumpah kat die macam nak bagai, sebab aku tak makan nasi kerabu. Nak taknak kene la makan untuk mengisi perut yang kosong ni. Lepas makan pergh memang kaw-kaw sedap die. Aku makan sampai menjilat jari kaki..Pas tu member aku leh sound direct membalas sumpahan aku kat die.


      Sekarang, dah 5 hari puasa berturut-turut aku makan nasi kerabu...kalau dah sebulan, maunye aku pandai cakap kelantan...dah hari-hari bercakap umpama ayam dan itik dengan mak cik kiah bazar ramadhan..Nanti kalau korang pegi bazar ramadhan, try la nasi kerabu ni memang the best from kelantan.
      Ni bukan nasi kerabu  cik kiah tapi En Goggle punye.

      Friday 5 August 2011

      Dah tak cool

      Rasenye baru bulan lepas cerita pasal cool bila bawak motor. Semalam dah jadi tak cool...bukan aku eksiden bile bawak motor tapi eksiden masa bawak kete. Cam haram...

      Lokasi kejadian  :di hadapan rumah
      Masa: 10 pagi hari ke 4 puasa

      Baru naek tak sampai seminit dah eksiden..tu la kecelakan yang paling cepat aku alami seumur hidup aku...
       Nasib baik takde kemalangan jiwa sebab tidak melibatkan orang, kucing mahupun burung.Korang nak tau aku langgar ape?
      Ni die mangkuk yang aku langgar...sekali tengok macam mangkuk jamban tapi bukan...rupa-rupanye tempat tong sampah hak milik jiran sebelah. Tapi tak de tong sampah kan...pelik aku dengan jiran sebelah...kalau die letak tong sampah memang aku tak langgar sebab aku nampak..dalam hal ni jiran sebelah perlu dipersalahkan...malam ni aku ada operasi sulit iaitu memecahkan mangkuk ni supaya tidak lagi ada kereta kami merempuh mangguk ni tanpa sebarang pengetahuna jiran sebelah.
      Korang tengok lokasi kereta....macam mane aku tak langgar memang tak nampak....keluar dari rumah terus masuk kereta tanpa memerhatikan keadaan sekeliling...Start enjin masuk gear terus ke depan dan boom...Dalam hal ni aku tak 100% salahkan jiran sebelah..sebab aku cuai tak tengok depan dan belakang...kalau kat depan tu ada kucing atau burung yang tengah landing...conform kene lenyek dengan bulldozer ni.Masa pelanggaran kereta tu kata ''don't touch'' pas tu menggila bunyi alarm yang mampu mengegarkan jiran tetangga..
      Ni la kesan lepas perlanggartan...terkopak bumper..nasib baik aku bawak kereta berkuasa gajah, kalau bawak kereta berkuasa kuda atau burung memang pecah tayar depan. Ni aku tak bawak laju dalam 15km/j sahaja...Kalau laju lagi aku rase mangkuk tu boleh pecah dan kepala aku pecah dihempap airbag...Lepas perlanggaran abis aku kene bebel 40 hari 40 malam tanpa henti..lepas ni kene pekakkan telinga la jawabnye


      Ok la aku dah ada 1st experience langgar batu..Oleh itu, lepas ni aku dan juga korang kene ambil iktibar kejadian ini...Sebelum masuk kereta perhatikan depan, belakang, atas, bawah, kiri dan kanan kereta, supaya tak dilanggar dan melanggar pula.

      Thursday 4 August 2011

      Aku terkene lagi

      Baru je terkene mase first puasa, puasa hari ke tiga terkena lagi...bukan kena lastik  oleh geng blogger lain, tapi kena tipu dengan peniaga di bazar Ramadhan, ham haram perangai. Nama je berpuasa di bulan Ramadhan, namun sifat keji dan terkutuk tak pernah nak ditinggalkan.

      Aku dah terkena 2 kali, lepas ni jangan harap aku nak menghabiskan duit kat peniaga-peniaga macam ni...tipu pembeli. Baik aku sedekahkan kat masjid atau anak yatim, lagi ada peadahnye.

       Ceritanya macam ni, semalam aku teringin nak beli murtabak burung, lepas tu aku jumpa la murtabak ni dan beli 20 biji...gile banyak aku makan.. Jalan punya jalan ditengah-tengah kesesakan orang ramai berpusu-pusu mencari juadah melantak bergesel-gesel sana sini, oh tidak aku nampak kuih kegemaran aku iaitu popiah...sedap wei popiah ni...gile kentang punye sedap. 


      Aku pun membeli lah popiah ni dekakt 20 biji...memang bernafsu tahap dewa nak makan benda alah ni....kalau aku kat kampung, memang mak aku buat bermangkuk-mangkuk untuk aku makan. Aku boleh makan popiah tanpa makan nasi kalau berbuka, febrete la katakan. 
       Mane yang tak kenal popiah ni,...ni gambarannya...memang terliur di bulan puasa ni

      Dah tiba masa nak berbuka, aku siaplah makanan untuk bebuka....tup-tup tengok si peniaga ni tak sediakan sos untuk makan popiah...dalam hati aku dah kutuk abis mamat ni...kalau makan popiah tanpa sos ibarat badan tanpa pusat,...cacat wei..

      Dah berbuka, aku sumbat popiah dalam mulut, tetiba aku rase pelik, aku cek balik popiah tu, ingatkan inti die sayur, sekali tengok macam cacing yang tengah bergerak-gerak, oh bukan...tapi meehun..aku terus memuntahkan kembali popiah dari mulut aku...cam cilake...adakah patut popiah berintikan meehun...kepale hotak die...merosakkan makanan melayu..terus buang kat dalam cik tong. Aku tak jadi makan...minum air je tanpa berkata apa... 


      Sepanjang malam aku memaki mamat peniaga tu...ari ni memang aku nak terjah balik kedai die maki sendiri depan die...menipu aku. Sebelum tu aku dah tanye ape inti die....dengan bangangnye die cakap sayur...tu yang aku beli...kalau nak menipu tu agak-agak la wei...puasa ni dan dah membazirkan duit aku je.

      Wednesday 3 August 2011

      Wordless Wednesday #2

      KERIANGAN DI ALAM PERSEKOLAHAN
       Dimanakah En Burung?  
       

      Tuesday 2 August 2011

      Kenapa mereka bersemangat

      Kalau diperhatikan. kanak-kanak lagi berasa gembira dan lebih excited daripada orang dewasa sendiri untuk berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadhan. Korang perasaan tak?

      Lagi bersemangat bagi kanak-kanak yang first time puasa, betol tak? Atau korang nak gambaran, refresh back korang punye zaman childhood, mesti korang lah hero masa tu apabila dapat tahan puasa sampai ke petang. Aku pun same gak, dulu-dulu bangga je cakap kat member sepermainan longkang tepi rumah orang puasa tak boleh main dengan orang yang tak puasa.

      Selepas aku analisa kembali kenapa mereka berasa seronok apabila berpuasa, ni la alasannye:
      •  mak bapak upah sehari puasa dapat gaji RM10, gile banyak...mentang-mentang la sekarang semua senang, anak yang berumur 5 tahun lebih pun boleh berkerja dan dapat gaji yang lumayan. Lepas tu kalau abis sebulan puasa dapat bonus tambahan lagi. Mane taknye budak-budak sekarang boleh beli Xbox dengan duit sendiri.
      • Bile berbuka si mama akan memasak makanan kegemaran anak kesayangan ini seperti ayam kentaki, burung masak lemak dan nasi goreng cina..mane tak semangat si anak ni untuk berpuasa bile berbuka boleh perhambat sampai senak perut makan. Bertambah manja anak-anak kesayangan ini
      • Atapun mereka kecil-kecil lagi dah terima hidayah untuk dibukakan hati untuk berpuasa, sejuk perut mak mengandungkan korang.
      Tapi kite tak boleh nak salahkan mak bapak gak....sebab mase kecik-kecik macam ni la anak-anak kene dilatih untuk berpuasa...orang melayu cakap kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti kalau tak dididik, dah besar nak jadi ape?Nak jadi burung pun tak boleh...


        Monday 1 August 2011

        Bangun Sahur

        Hari ni hari pertama sahur di bulan Ramadhan. Ada yang tak bangun ke? Mesti ada yang terlajak ke subuh. Entah-entah ada yang terlepas sampai ke waktu syuruk...Pas bangun menyesal tak dapat makan hamburger yang disimpan malam tadi untuk sahur. Bak kata pepatah Ramadhan '' terlajak perahu boleh diundur, terlajak sahur perut kebulur''.

        Kalau yang tak sahur tu jangan nak jadikan alasan untuk makan nasi di tengah hari ni. Tu semua dugaan yang harus dihadapi sendirian ok. Orang lain termasuk mak bapak korang  tak boleh dipersalahkan.

         Biasanye sebelum dan selepas sahur apa yang sering dilakukan? Aku katogerikan jawapan kepada 2 jenis manusia yang wujud di Malaysia ni iaitu orang yang untung dan orang yang rugi.

                ORANG YANG UNTUNG
        • Bangun seawal mungkin  lebih kurang pukul 4 pagi untuk mempersiapkan diri seperti mandi pagi dan gosok gigi selepas bangun tidur
        • Sebelum bersahur, ambil masa untuk solat sunat seperti solat taubat, solat tahajud dan solat hajat bagi memohon keampuan dan keberkatan di bulan Ramadhan.
        • Makan dan minum sekadar mengalas perut untuk berpuasa di pagi hari.
        • Masa yang tinggal sebelum azan subuh digunakan untuk membaca al-quran
        • Solat subuh di masjid berdekatan atau  berjemaah dengan keluarga.
                ORANG YANG RUGI
        • Mak korang kejut bangun sahur sampai simbah air panas kat muka masih lagi tak bangun. Lepas tu kalau tak sempat sahur salahkan mak korang tak kejut bangun sahur. Kalau yang sempat tu mesti makan di waktu kecemasan imsak
        • Makan dan minum dengan gelojoh sampai tercekik kepala ikan gara-gara nak cepat sebelum azan subuh berkumandang
        • Mandi pagi dan gosok gigi pun tak sempat, lagikan nak baca doa makan..Makan dengan air liur basi di  mulut dan tahi mata bersepah kat keliling mata.
        • Selesai makan, terus sambung balik tidur buat-buat terlupa solat subuh. 
        • Terlewat bangun  lewat pegi kerja

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...