Alhamdulilah, kita dah berpuasa sehingga ke 10 malam terakhir Ramadhan. Kebiasaannya dalam 10 malam terakhir ni, orang ramai sering memperkatakan mengenai sebuah malam yang dikenali sebagai lailatul qadar yang lebih berharga daripada 1000 bulan. Cuma ramai sahaja yang memperkatakan tidak mencari malam tersebut dengan bangun awal malam untuk sujud dan bertawaduk kepada Allah.
Kat sini aku nak ceritakan mengenai seseorng hamba Allah yang telah mendapat nur di malam lailatulqadar. Terkejut aku baru mengetahui bahawa orang tersebut telah menghadap Illahi sejak 2 tahun yang lalu. Teringat aku masa sekolah agama dulu, orang tersebut yang dikenali sebagai ustazah Rozita amat tegas dan garang di sekolah tersebut.
Dengan aku aku sendiri pernh kene pukul dengan die sebab tak solat subuh dulu. Piap kene rotan kat tangan...pedih, namun dengan rotanan tersebut menjadikan aku seorang yang tidak lagi mengabaikan solat. Terima kasih ustazah. Namun di dalam ketegasan beliau, tanpa disangka-sangka beliau menghidap penyakit barah otak..
Arwah Cikgu Rozita tersebut sangat beruntung dan bertuah kerana telah menemui malam lailatulqadar. Aku tak tahu kisah ni namun diceritakan oleh adik aku sendiri...Ya Allah bertuahnya hambamu ini. Adik aku ceritakan ada satu malam di akhir-akhir bulan Ramadhan, arwah tersebut bangkit untuk qiam di awal pagi.
Setelah selelsai solat sunat, arwah tidak terus sambung tidur tapi menyambung kerja membuat kuih raya sebelum menunggu waktu sahur. Masa tengah sibuk sibuk buat kuih raya, arwah terdengarkan orang memberi salam di puntu rumahnya " Assalamualikum". Arwah pun bergegas untuk membuka pintu rumah, namun setelah pintu rumah dibuka tiada siapa kelihatan.
Yang hanya dilihatnya hanyalah pokok-pokok di sekitar rumahnya rukuk menghadap kiblat. Tidak pernah kita semua lihat tetiba pokok yang besar rukuk menyembah pencipa-Nya..subhanallah. Besar sungguh kebesaran Allah.
Sesungguhnya cerita ini bukanlah khayalan dan dongengan, namun realiti yang terjadi untuk kita semua menjadikannya iktibar dan panduan dalam mencari keberkatan malam lailatulqadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Al-fatihah untuk arwah ustazah Rozita.
14 comments:
Al - Fatihah... Terima kasih sudi share cerita ni...
Thanks sharee
seronoknya beliau dapat malam lailatul qadr..
Beliau antara seorang yg beruntung :)
untung beliau dapat malam lailatul qadar. indah dlm hidup beliau. mge kita peroleh juga. InsyaAllah.
Burung, meremang bulu roma saya baca kisah sini, sebab kawan saya pernah cerita pasal ayah kawan dia yang pernah tengok pokok semua sujud....
Allahuakbar,sesungguhnya ustazah itu salah seorang yang dipilih utk melihat kebesaranNya..al fatihah untuk arwah..sayu pulak baca entry nie.
beruntunglah mereka yg dipertemukan dgn lailatulqadar ..:)
Al-fatihah.. beruntung nye ustazah tu..
pengalaman dan malam yang sangat bermakna bagi arwah ustazah rozita..
sama2 kita beramal untuk mendapatkan yang terbaik..salam ramadhan dari arisha :)
al-fatihah buat arwah ustazah rozita.
beruntungnye..al fatehah..
untungnya beliau.
ummph
Alfatihah..
al-fatihah ,.. arwah adalah seorang yg amat brtuah dan mnjadi insan trpilih ...
alhamdulillah rezeki dia bro..rezeki.rezeki datang tak dijangka2 :) hmm Al Fatihah juga untuk arwah
Post a Comment