Saturday 31 March 2012

Tidak seperti dulu lagi

Entry kali ni yang aku cuba nak sampaikan
agak touching sikit
pasal sahabat di sekililing kita
....

Macam aku sendiri pun kadang-kadang
ada juga konflik dengan kawan,
tetapi selalu kita tak dapat trace 
apa puncanya
....

Selalu ianya berkaitan dengan salah paham 
yang kecil je.
Jadi, bagi nak menyelesaikan masalah
dengan kawan, 
kenalah bawak berbincang.
Jangan nak pendamkan,
nanti kita sendiri yang rasa tertekan
....
Sahabat yang baik bukan bermaksud 
memuji keupayaan dan kebolehan kita
tetapi
sanggup menegur dan membetulkan
kesilapan kita
....

Sebagai contoh,
A ada seorang kawan B yang 
dah lama berkawan dalam 3 tahun yang lalu
tiba-tiba si B menjauhkan diri
daripada A
...

Dapat bayangkan tak
macam mana perasaan A,
sebelum ni kawan punya la baik,
tetiba jadi begini
tak pelik ke si A ni bila
lihat si B tidak seperti dulu.



Tuesday 27 March 2012

Suka Berenang

Akhir-akhir ni acap kali aku pegi berenang
macam ketagih plak renang ni
lepas sehari di ikuti pula dengan hari berikutnya
dan seterusnya...
susah sgt cakap,
hampir setiap hari aku pegi berenang...

tak de la pandai sangat tp intermediate la
tapi bila kat tempat dalam, 
cuak tu semacam je
nafas pun jadi pendek,
jantung berdenyut kencang...
terpaksalah berehat kejap

Walaupun begitu, 
tapi tak serik juga..
terjun lagi kat dalam air
best dan nikmat

Aku rase kalau berenang ni boleh 
mengubah bentuk badan dengan cepat, 
lagi cepat dari pegi gym, jog, mahu pun cycling

Sebab ape??
Sebab aku nampak perubahan kat badan aku
daripada normal ke bentuk lebih sasa dan bidang..

Tu yang best,
boleh membakar lemak dengan cepat
alaupun tak berpeluh 
tapi letih dan haus tetap terasa
bagaikan berlari 1 km

Apa-apa pun, 
kalau korang nak join aku pegi swimming
jom la turun kat
Pusat Akuatik Shah Alam
sebelah tesco tu je

Ni blog pasal suka swimming 
yang aku jump sebentar tadi
Alhamdulilah dengan berkat
bantuan blog seorang insan yang perihatin
boleh la kita belajar slow-slow 
from 0 until
become hero



Monday 26 March 2012

Kursus Perkahwinan

Cuti sabtu ahad lalu aku mengambil krusus kahwin
yang dianjurkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor
pada 24-25/03/2012

Banyak juga input dan ilmu diperoleh semasa krusus tersebut..
Semua berguna untuk persediaan menjadi pasangan suami dan isteri
....

Dalam sedar tak sedar umur aku dah jejak 23 tahun
dah sesuai sangat nak berkahwin berumah tangga
rase macam remaja lagi
....

Dengan tiadanya calon isteri, 
kerjaya belum ada
belajar pun tak abis lagi
property pun masih boleh berkira
agak-agak la bila aku boleh kahwin

Saidina Abbaas r.a ada berkata
''tidak sempurna ibadah seseorang yang 
mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin''
Niat di hati memang dah pasang nak kahwin
orang cakap kahwin ni sunah Rasullah..
Perintah dari Al-Quran pun dah ada sejak 1400 tahun lalu

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian
 (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)  

Jadi sesiapa macam aku ni boleh 
start buat solat sunat tahajud campur sekali sunat istikharah
pada tengah malam.
masa ni la kita bangun minta pertolongan
dari Allah suppaya tunjukkanlah 
bakal isteri...
disamping tu jangan lupa untuk doa sekali
Dan orang-orang yang berkata: 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami 
dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)  

InsyAllah aku target untuk berkahwin
 dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang
kalau dipanjangkan umur.


Firman Allah s.w.t.  di dalam surah al-Rum ayat 21:
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.


Tuesday 20 March 2012

Bukakah mata kamu

Kali ni aku berminat nak kongsikan sebuah vedio yang boleh dikatakan awesome.
Video ni dipopularkan oleh Maher Zain dalam open your eyes

  Kalau kita perhatikan video ni
kita boleh hayati kekuasaan Allah yan diberikan kepada
seluruh pelusuk alam

Ya Allah bertapa kerdilnya kita semua berdiri di bumi ni
siapalah kita jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah..

Katakanlah wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang
 ada di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan,
 yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, 
segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), 
dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), 
tidak akan memberi faedah kepada orang-orang 
yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya 
[10;101]


Masya Allah betapa agungnya ciptaan-Mu Ya Allah
”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi 
dan silih bergantinya malam dan siang terdapat 
tanda-tanda bagi orang yang berakal,
 (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk 
atau dalam keadaan berbaring dan 
mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, 
tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. 
Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.”
[3; 190-191]

Sunday 18 March 2012

Ekspedisi Mendaki Bukit Tabur Taman Melawati

Pemandangan matahari terbit yang mempersonakan 

Pengalaman mendaki bukanlah sesuatu yang mudah
tetapi menguji kesabaran dari segi
mental dan fizikal

"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya
 (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32) 
Pemandangan dari kaki bukit Tabur sahaja, terdapat
 gunung-ganang dan tasik sebagai penyeri kawasan

Malah sebelum mendaki persediaan rapi khusus untuk
mentality diperlukan bagi menyahut challenges yang terdapat 
di bukit terserbut

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang 
yang menetapnya supaya ia
 tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)

Mesti ramai yang berkata
''alah bukit je, bukan gunung''
tapi aku berani mengatakan
terdapat banyak halangan 
yang mengerunkan dan
menguji kekuatan fizikal
tidak seperti mendaki gunung.

Permulaan mendaki bukit dimulakan pada 7 pagi

Kami habiskan masa untuk mendaki dalam 2 jam 30 minit
agak lama sebenarnya...
jika lebih laju lagi 
mungkin dalam 1 jam sahaja
namun kami lama disebabkan
sepanjang pendakian aktiviti
kami diserikan dengan pengisian
tentang kebesaran Allah.

Ini antara kawasan yang mencabar kekuatan fizikal

Jadi bermanfaat juga la 
mendaki bukit dengan pengisian yang 
memberi tarbiah kepada hati sendiri.

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7) 
Kenangan indah bersama-sama sahabat perjuangan

Wednesday 14 March 2012

Allah itu sentiasa bersama kita

Penyakit umat Islam Malaysia

Penyakit kalau tidak diubati akan melarat sampai bila-bila

Tetapi jika diberi ubat yang salah pun tidak membawa kepada kebaikan

Jika diperhati di Malaysia sendiri
orang Islam hanya mempunyai semangat individualistic 
dalam beribadah kepada Allah SWT

namun kita lupa bagaimana dengan mereka yang ingkar dan angkuh
kepada perintah Allah SWT
Jika diperhatikan sekarang banyak sumber dakwah bersepah-sepah 
di merata-rata tempat tidak kira la di masjid, rumah mahupun tempat awam
alhamdulilah sambutan amat mengalakkan

Ramai yang begitu bersemangat mendengar ceramah dan forum itu dan ini
namun adakah kita perasaan bahawa setiap ceramah dan forum 
yang kita dengar sebelum ini
membawa manfaat dan perubahan dalam diri kita sendiri.

Adakah dengan berulang-alik ke masjid, pergi ceramah sana sini
itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah beriman???
Tanpa ada perlaksanaan dan praktikal.

Jika ini berlaku, maka sudah tentunya hati kita bermasalah.
Hati mati maka 
tiadanya perasaan cintakan dan syukur kepada Allah.


Saturday 3 March 2012

Microsoft Certificate Technology Specialist

Sebelum ni aku ada bercerita mengenai MCTS
ingat tak??
Kalau tak ingat cuba tengok kat bawah ni


Ni la di antara penyeri kelas tersebut
kelas tersebut memang heaven sangat
memang relax abis
takde pun tension

Yang paling best sekali belajar 
Microsoft Project ni 

memang terbaik la...
bagi iaku yang tak pernah sentuh pun software ni
software ni memang banyak membantu sebenarnya..

Belajar pas tu exam
dan inilah hasilnya



Semester terakhir di UiTM

Dah dekat 4 tahun aku menuntut di UiTM Shah Alam
sekejap betul masa berlalu
ingat lagi hari pertama register kat UiTM
masih segar lagi di ingatan
dulu sebagai junior manakala
sekarang sebagai senior.


ni la sebenarnya time table study semester 8
banyak masa free kan??
Masa yang free tu
aku spend kat Final Year Project II
yang berharga 4 hour credit 
banyak tu huu!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...