Monday 26 March 2012

Kursus Perkahwinan

Cuti sabtu ahad lalu aku mengambil krusus kahwin
yang dianjurkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor
pada 24-25/03/2012

Banyak juga input dan ilmu diperoleh semasa krusus tersebut..
Semua berguna untuk persediaan menjadi pasangan suami dan isteri
....

Dalam sedar tak sedar umur aku dah jejak 23 tahun
dah sesuai sangat nak berkahwin berumah tangga
rase macam remaja lagi
....

Dengan tiadanya calon isteri, 
kerjaya belum ada
belajar pun tak abis lagi
property pun masih boleh berkira
agak-agak la bila aku boleh kahwin

Saidina Abbaas r.a ada berkata
''tidak sempurna ibadah seseorang yang 
mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin''
Niat di hati memang dah pasang nak kahwin
orang cakap kahwin ni sunah Rasullah..
Perintah dari Al-Quran pun dah ada sejak 1400 tahun lalu

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian
 (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)  

Jadi sesiapa macam aku ni boleh 
start buat solat sunat tahajud campur sekali sunat istikharah
pada tengah malam.
masa ni la kita bangun minta pertolongan
dari Allah suppaya tunjukkanlah 
bakal isteri...
disamping tu jangan lupa untuk doa sekali
Dan orang-orang yang berkata: 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami 
dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)  

InsyAllah aku target untuk berkahwin
 dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang
kalau dipanjangkan umur.


Firman Allah s.w.t.  di dalam surah al-Rum ayat 21:
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.


5 comments:

Unknown said...

bagus la dah pergi kursus kawen dulu even tak kawen lagi..persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinaan. banyak input menarik n info berpengetahuan kan.. harap2 boleh di jadikan ilmu yg berguna dalam rumahtangga nanti :)

1 said...

Salam..bgslah dah kursus kawen..
mg mendapat jodoh yg baik..amiiin..

vendoline said...

23....patut dh cari pasangan.heehe

Unknown said...

takpe bro. lelaki 30lebih pun still steady lagi..banyak lagi masa..

Anonymous said...

hohoho mas baru 22,lex lu..kang takut g,xpsal2 mmber2 n family kata gatai nak kwin..dh smpai jdoh bru g. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...