Tuesday 20 March 2012

Bukakah mata kamu

Kali ni aku berminat nak kongsikan sebuah vedio yang boleh dikatakan awesome.
Video ni dipopularkan oleh Maher Zain dalam open your eyes

  Kalau kita perhatikan video ni
kita boleh hayati kekuasaan Allah yan diberikan kepada
seluruh pelusuk alam

Ya Allah bertapa kerdilnya kita semua berdiri di bumi ni
siapalah kita jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah..

Katakanlah wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang
 ada di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan,
 yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, 
segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), 
dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), 
tidak akan memberi faedah kepada orang-orang 
yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya 
[10;101]


Masya Allah betapa agungnya ciptaan-Mu Ya Allah
”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi 
dan silih bergantinya malam dan siang terdapat 
tanda-tanda bagi orang yang berakal,
 (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk 
atau dalam keadaan berbaring dan 
mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, 
tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. 
Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.”
[3; 190-191]

1 comment:

Unknown said...

memang betul indah apa yang diciptakan Allah ni..tapi disebabkan duit, manusia berebut2 merosakkan segala keindahan ni untuk buat bangunan ni, bangunan tu, rumah ni rumah tu..sedikit terkilan dengan perangai manusia yang merosakkan ni..

aku follow blog ni ye bro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...