Wednesday 26 October 2011

Selamat Pengantin Baru





Di kesempatan ini, saya aka adiknya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mohaniza aka akakku. Semoga kekal bahagia ke anak cucu di samping suami tercinta. 

Ego

Bila perasaan sudah memiliki sifat ego, maka tercetuslah perselisihan dan sengketa. Tapi kebanyakan kita tidak menyedari bahawa sikap ego ini wujud di dalam diri kita. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita mengawal sikap tersebut...apabila sudah merasakan diri adalah yang terbaik dari yang lain, memandang rendah dengan kemampuan orang lain, maka ego lah kita.

Kesan sifat ego sangat merbahaya dan dahsyat....lihat sahajalah sejarah dalam sirah Islam, kisah Firaun, Namrud, dan Hamman yang menderhakai Tuhan kerana sifat egolah ini. Bahkan mereka sanggup mati di dalam kekufuran..
Tanda-tanda sifat eego. Kita sebagai seorang muslim hendaklah dijauhi perkara berikut:


  1.  Bila jawapan yang dikemukakan betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga
  2. Jika tidak dilantik memegang jawatan, merasakan kecewa dan tidak tenang
  3. Jika seorang ketua, selalu bersikap kasar ketika memberi arahan kepada orang lain
  4. Jika menjadi orang bawahan, susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil
  5. Mudah marah bila dinasihati
  6. Emosional dan mudah tersinggung
  7. Memilih kawan yang setaraf dengannya
  8. Menonjolkan diri secara berlebihan
  9. Memperlekehkan orang lain
  10. Suka menyampuk perbualan orang lain
  11. Berburuk sangka terhadap orang lain
  12. Suka meninggikan suara ketika bercakap

Saturday 15 October 2011

Renang dan Gigi

Korang yang kaki swimming tu jom la turun renang kat Kolam Renang UiTM..bukan student je boleh swimming, orang luar pun boleh la...jom la. Kalau nak best lagi, boleh la join aku ikut kelas renang. Best tauu..instructor akan ajar kita teknik renang dengan betul..aku baru je join kelas ni...memang berguna la...tak sia-sia belajar dengan kos pembelajaran yang amat murah....so as a student, amik la advantage yang disediakan untuk kita...Untuk maklumat lanjut boleh la tengok kat sini http://kolamrenanguitm.blogspot.com/



Ni jadual sesi renang kat kolam renang UiTM. Terpaksa kongsi dengan siswi plak. Tapi no hal la, janji dapat lepas gian renang.

Oh ya, kalau ada sape-sape yang berminat untuk wat teeth treatment tak kira la treatment ape pun janji percuma, boleh la hubungi aku kat sini...announcement ni khusus kat student, tapi kalau orang awam nak buat pun boleh je...percuma wei...ape la jom la...Sebenarnya...ianya sebahagian daripada core subject bagi student pergigian kat UiTM ni...jadi sekarang mereka memang tengah cari patient untuk mereka belajar...jangan risau mereka semua dah terlatih dan semasa oeration tu ada doctor gigi yang akan bersama-sama student dentist..

Aku pun sekarang ni tengah jadi patient untuk kawan aku ni...tolong member kan...sama-sama dapat advantage...gigi aku ni memang teruk pun sebenarnya...boleh dikatakan kurang kalsium. so macam-macam problem la...minggu depan siap la aku kene cabut gigi plak...aku harap member aku tu akan buat seriously ok...bukan cubaan.



Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday




Kenangan sewaktu rafting di Sg. Sedim Kedah...Pengalaman yang hebat dan bermakna buat team Meranti

Sunday 2 October 2011

Semangat Yang Hilang

Ke mana ianya menghilang? Ada sesiapa terjumpa tak? Dah dekat sebulan start semester baru, namun semangat belajar belum datang lagi la...ke mananya semangat study aku yang lalu? Mentang-mentang dekat setahun aku meninggalkan buku dan exercise, otak pun dah jadi berkarat dan beku....adoi...cam mane nak buat ni...banyak subject yang dah pecut revise, namun aku tak semppat nak cover lagi ni....

Nak promote sikit text book aku ni, weekend ni
 aku abiskan dengan membelek buku ni je...
belek je tak baca pun, ambil mood katekan.
menarik control ni...memang berbaloi belajar.

Oh ya....minggu ni minggu terakhir pendaftaran tajuk FYP (final year project)...Aku kool lagi ni, belum ada topic lagi yang sesuai nak amik. Kawan-kawan seperjuangan semua dah mentelaaah jurnal dan text book yang dipinjam dari library...aku? Masih lagi beraya dengan ketuk pintu bilik setiap lecturer bertanyakan topic dan adakah sudi menjadi supervisor aku....

Harap-harap minggu ni dapatlah tajuk FYP ni...aku plan nak amik control engineering yang berasaskan control system...advance sikit la daripada material analysis.  Jadi budak elektrik pulak...memang bidang terjun bebas aku ni.

p/s: Sekali lagi aku minta maaf, aku kekangan masa nak bw...namun insyAllah nanti aku akan terjah blog kawan-kawan kesayangan aku kat dunia blogspot ni...minta maaf juga kat Kongsi Blogger punye team, aku tak dapat join korang melepak kat T.S. Niat memang nak jumpa korang yang cantik-cantik dan comel belaka ni, namun apekan daya, akak kesayangan aku datang ziarah adik die yang comel ni kat shah alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...