Sunday, 28 August 2011

Dapat Kad Raya

Aku baru je terima kad raya daripada abang kacak afzal, puas menunggu selama 10 hari perjalanan ke kampung aku di gelang patah ni...dah 2 hari sampai tapi aku baru perasaan semalam.

Mesti si abang posmen gigih menghantar kad raya aku ni dengan melalui jalan bengkang bengkok, lembu melintas di jalan, terpijak taik lembu, merentas denai dan belukar untuk sampai ke kampung tercinta ini...mujurlah abang kacak afzal  dah bagi duit upah tip sebanyak $50 sen.
Ni die kad rayenye 
 Tak pernah tengok tulisan sekacak ni. 


Ayat yang terakhir sekali die kata "Sesenang datang la beraya kat rumah den ya"



Terima kasih abang afzal (tetibe je panggil abang) yang kacak, comel dan menjadi tumpuan para wanita yang masih berstatus anak dara dan andardu...(saje je puji lelebih dengan harapan si abang kacak sudi pula memberi duit raya macam akak Cikkiwi dapat). Cikkiwi mendapat duit raya tersebut bukan untuk memikat kecantikan beliau tapi untuk anak buahnya yang comel gebu aidil (name lelaki tapi sebenarnye perempuan).

Bangga kot aku dapat kad raya ni, khas daripada teman blogger. Member lain pun takdenye baginye kad raya ni...paling ringkas pun ucapan kat facebook, dan yang paling gempak tag name kat gambar mereka berbaju raya dengan senyuman burung...haha

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya kad raya saja,
Duit raya turut lahserta.

Anak burung gagah perkasa,
Amat terkenal di Kampung Sentosa,
Maaf andai terkasar bahasa,
Burung ucapkan Selamat Hari Raya.



10 comments:

reza al-razi said...

pewwitt... dpat kad raya.. haha.. SALAM AIDILFITRI maaf zahir & batin.. :-)

cik kiwi's said...

sama kad raya kita faizal!!.haha. yang paling best sekali masa memula dapat tu. ingatkan kengkawan perempuan yang bagi sebab tulisan afzal lawa gila. macam perempuannya tulisan. tak tipu woooo~

p/s: jgn mara haaa afzal~

Magrib said...

Wah! entry anda sngt cool, suka dan minat nk baca. penulisan yang menarik. Suka dan follow anda ya..

Entry terbaru saya
Emma Watson got pretty legs
(18sx) Ramai suka anime sebab ini lah!
The most happiest women in the world

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

pergh!! penuh ler dinding dgn kad raya.. ;)

yusuflaili said...

Salam;
aku lama dah tak merasa terima kad raya ni...

Syakir Rahman said...

huh!!!best r... selamat ari raya gak...he3...

ZURAINI said...

wahh! dpt kad raye! :D

Azham Vosovic said...

Burung, mcm ne u letak iklahn nuffnang kt tgh2 entry tu?

syrupmasin said...

untunglah..untunglah dpt kad raye :D

BlogS of Hariyanto said...

salam idul fitri :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...