Wednesday 13 July 2011

Cool bile bawak motor

Sape yang tak de lesen memandu tak payah bawak motor. Nanti mak bapak korang gak yang susah.

Gara-gara lama tak merempit dengan skutter, ari ini aku lepaskan gian bawak motor. Paling tak boleh blah sekali memandu membonceng hrmm....kalau bawak motor kite panggil ape ye? entah la, bm aku spm tak dapat credit cuma dapat debit je. Tapi yang penting aku bawak di tengah panas. Naek pitam aku bawak, sampai terhuyung-hayang....bagai orang mabuk memandu.Lenggan pun dah sunburn. Dan banyak juga kereta hon kat aku sebagai protes keganasan di jalan raya. Dalam ati aku berkata "shiitt punya orang, aku tau la aku bawak moto bagi la keistimewaan sikit, kalau tak puas hati langgar je motor aku". Bawak motor memang best, nah amik korang aku sediakan kelebihan naek motor:

• Boleh pakai helmet angkasawan sebagai perlindungan untuk kepala korang. Entah bile la kite semua nak jadi angkasawan, at least kalau naek motor tu merasa gak la feel sebagai angkasawan. Kalau nak lagi best dan nak lagi semangat korang pakai la fully suit aerospace...memang berbaloi siap dengan tabung oksigen lagi.

• Part yang paling nikmat mase bawak motor nak tau ape??? Apa lagi kalau bawak awek korang sendiri...awek sahaja, tidak termasuk nenek, mak, adik perempuan, kakak, serta mak cik. Tapi kalau bawak anak perempuan jiran sebelah rumah conform best. Aku tak penah lagi rase pengalaman ni, kalau nak tau lebih lanjut tanye la blogger lain.

• Kalau bawak superbike lagi best, ramai awek tunggu tepi jalan nak mintak tumpang. Bukan awek je, mak dieorang pun nak tumpang suruh hantar pegi pasar ikan.

• Boleh langgar peraturan jalan raya seperti langgar tiang lampu, langgar kucing dan anjing yang melintas, serta potong kereta di garisan lurus.

• Boleh memandu secara wrong way asalkan tak bertembung dengan kereta dan eksiden.

• Korang boleh lalu kat laluan sempit yang tikus dan kucing sendiri pun tak boleh lalu kecuali burung. Of course la burung boleh lalu sebab die boleh terbang.

• Time jem memang orang bawak motor ni la hero...Ciluk sana-sini pas tu terlanggar side mirror kereta orang seperti. Lagi tak bertanggungjawab bile buat tak tau je. Memang shitt...

• Nature air-cond semasa memandu, jadi tak berpeluh. Kalau nak lagi kuat air-cond boleh bawak lagi laju sampai baju belakang berkibar. (Betol ke berkibar, tak pasti. Nanti korang cek) Macho gile bile awek tengok.

• Kalau korang berani, boleh buat aksi seperti pejam mata, lepas tangan, angkat kaki kat atas seat, serta aksi superman. Dan yang paling berani boleh telefon masa merempit.

• Dah tentunya minyak motor murah, save bajet peberlanjaan. RM10 boleh lepas Kuala Lumpur pegi Kuala Selangor.

• Yang akhir sekali cepat. Jadi boleh bangun lewat untuk pegi keje atau kelas.5 minit sebelum masuk boleh gerak dari rumah. Tak payah risau jem atau lampu isyarat. Redah je semua tu.

• Sebenarnye lagi banyak, tapi buat sekarang ni je aku nampak.

Tujuan entry aku kali ni sebenarnya dengan niat esok jalan tak jem lagi, sebab semua naek motor.(Geram gara-gara jem tak tentu pasal tadi). Tak de kereta pun kat jalan kecuali lori dan traller semestinya lori sampah pun kene ada kat jalan raya. Kalau tak de esok, tak de orang nak angkat tong samaph depan umah ni. Dah bertimbun aku tengok.
Jadi aku tak nak senaraikan keburukan bawak motor sebab takut pulak korang bersara dari bawak motor esok.

2 comments:

Yatt S. said...

dulu-dulu selalu gi kelas bawak motor. kena panggil minah rempit sebab satu-satunya perempuan yang bawak motor. girls yang lain semua naik kereta. rempit pun rempit janji datang awal. cilok sana cilok sini. aummmm!!!

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang

Mohammed Faizal said...

hehe...care paling efektif mase belajar dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...