Ehsan daripada Goggle
Kali ni aku nak kongsi tip persediaan kita semua termasuk aku sekali untuk menghadapi Ramadhan...Aku tak tahu kenapa kali ni banyak benar entry aku berkisar mengenai Ramadhan. Daripada aku dok buat entry yang tak berpaedah, baik aku bagi tip kat korang semua supaya kita boleh amik manfaat di bulan Ramadhan ini...Kepada yang belum baca entry aku sebelum ni, kalau rajin korang baca dulu Burung jom aku nak kongsi tip persediaan menghadapi Ramadhan:
- First sekali korang kene clearkan dulu hutang puasa yang lalu tak kira la korang bayar fidiyah atau ganti puasa. Nanti baru la tak ada bebanan pada puasa kali ni.Mana yang dah clear tu, ambil manfaat puasa sunat di bulan Syabaan ni. Tak kira la korang nak puasa separuh hari, sepanjang hari atau 2 hari bertutut-turut ikut kemampuan korang.
- Kepada yang kaki-kaki gossip tu...kurangkan mengumpat orang lain..Tak elok ok. Ni asal jumpe member je, mesti nak bergosip. Nak elakkan bergosip, bile jumpa member tu kurangkan bercakap. Atau pun wat selambe je bila member korang tu panggil
- Nanti pas balik rumah, korang kene cari semula kitab Al-Quran yang dah berhabuk kat atass almari. Sebagai persiapan nak khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ni.
- Yang penting sekali korang kene surf blog-blog yang berkaitan dengan resepi bulan Ramadhan seperti Dapur Tanpa Sempadan untuk mendapatkan idea juadah berbuka...Pada yang tak de masa nak masak kat rumah macam akku, carilah lokasi bazaar ramadhan yang berhampiran dengan rumah.
- Dan semestinye korang dah start kene review waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan tempat tinggal korang. Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur boleh review kat sini Abg Terror
- Semestinye bulan Ramadhan ni korang kene berjimat cermat dengan penuh hemah. Sebab apa?? Bila dah membazir tu amalan syaitan kan. Bila membeli juadah berbuka, beli yang patut je, jangan melampaui batas mengikut nasfu makan. Yang penting, bulan Ramadhan ni la korang kene ikat perut sebaik-baiknye supaya bolehlah kurangkan berat badan dan stanby duit raya untuk anak-anak buah.
- Korang kene cek balik cara bacaan niat berpuasa tak kira la niat untuk sebulan atau niat setiap hari. Juga bacaan doa untuk berbuka puasa. Ni penting, dan aku yakin ada ramai di antara kita terlupa kan. Ye la puasa kan setahun sekali, mana nak ingat an
- Rajin-rajin la pegi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan, termasuk aku sekali ok, bukan kat korang je. Kita kena ambil kesempatan ni untuk kenal-kenalan dengan ahli kariah masjid. So nanti tak de la kekok sangat time puasa.
Buat masa ni, ini sahaja yang aku boleh fikirkan. Kalau ada apa-apa yang korang nak tambah boleh la komen aku...nanti aku edit balik entry ini
2 comments:
hehehehehe...betul tuh!aiman sokong....satu lagi,knew praktikkan puasa sebelum ramadhan menjengah.....!^^
thanks aiman...aiman memang tak kesah
Post a Comment