Sunday, 10 July 2011

Sunday Day

Pengalaman dengan kuda


Ari ni hari sunday yang juga bersamaan dengan ahad kalau bahasa jawanya...
Di pagi yang hening, sang mentari telah bangun lebih awal dari aku...Dem ari ni lewat lagi bangun subuh...Subuh dinausor la jawabnye. Burung-burung pun mula berkicauan di luar mula mengejutkan aku dari tidur. Celaka punya burung pagi - pagi dah memekak kat luar. Siap ko jap lagi...Aku tembak sekor-sekor biar mampus pas tu leh wat sup burung tengah hari nanti.

Entah macam mana ari ni...aku dengan semangat waja telah bersiap untuk berjogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Rajin beb....antu mane telah masuk badan aku. Mungkin antu seorang atlit sukan negara yang macho yang masuk menyelinap dalam badan aku. Almaklumlah aku ni dekat berbelas-bulan tak berjogging, abis kembung perut sebab menampung lemak lebihan sepanjang cuti semester ini.

Bangga kot aku boleh berjogging tawaf satu tasik titiwangsa tu. Boleh katekan aku ni masih gagah seperti zaman kanak-kanak. Tapi korang tak tau dekat dah nak abis tawaf aku memperlahankan gerakan kakiku kerana macam terpijak tahi kuda dekat kandang kuda. Homaigot...Siot punye kuda adakah ko boleh sesuka hati berak sana sini. Tengok aku juga jadi mangsa tahi ko yang busuk tu. Abis melekat sampai ke stokin. Pas ni boleh la aku report kat dbkl, jadi siap ko pas ni ko akan disula...biar tak boleh berak lagi kat punggung.

Ni la nasib malangku di hari ahad...aku terus balik umah masuk bilik....frust, dem punye kuda. Malu je abis aweks ketawakan aku....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...