Monday, 16 July 2012

Solat yang sukar

Dah memang menjadi kewajipan umat Islam untuk solat 5 waktu sehari semalam...teringat pula lagu Sepohon Kayu...memang kene lagu tu dengan orang yang sering mengabaikan solat...pada yang dah menjaga solat tu, syukur alhamdulilah, tapi manfaatkan solat tu dengan berjemaah baru diyakini dan afdal.


Korang rase tak kalau solat sendirian macam tak kyusyuk, terbit pula dalam hati cukup ke rakaat yang aku buat tadi? tadi sujud sekali ke dua kali? Macam dah tertinggal je tahiyat awal?? Dah timbul banyak persoalan dan mainan minda...paling tak boleh bla, aku dah solat ke belum? dan ada amik wudhu tak sebelum solat?? 

Macam-macam kan permainan syaitan dengan tanda tanya. Kali ni nak kongsi pengalaman yang tak cukup
asing bagi semua iaitu menunaikan solat subuh...mesti banyak pengalaman kan??? Solat subuh merupakan solat
yang paling sukar di laksanakan  leh umat Islam termasuk aku sendiri...

Paling liat dan paling malas nak buat tapi kene buat juga sebab ia wajib...kalau solat subuh hukumnya sunat, conform
ramai tak buat umpama puasa sunat yang jarang-jarang oorang buat termasuk aku ni. Even klu penat sangat bangun
kul 12 tengah hari kene buat juga solat subuh.

Korang pernah  dengar tak jika hendak menilai kekuatan umat Islam nilailah dengan solat subuh jemaah di masjid dan
surau. Jika hari ni korang pergi masjid and surau kat mane-mana di Malaysia ni nampak tak bape saf je yang online.
Paling teruk pun ada la imam dengan sorang makmum...yang lain syahid lagi di atas katil. Itu lah kelemahan kita yang
sering mengabaikan solat subuh jemaah.

Kita memang tak baik tapi kita kene cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Kalau nakk zaujah yang baik
kita kene la jadi baik dulu. Baru syok rumah tangga kan...

1 comment:

Edy Fee said...

kalau yag rajin solat subuh berjmaah kat masjid tu.kompom org tu rajin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...