Tuesday, 26 July 2011

Evolusi Blog Burung

 Mase tengah bosan, aku buka dashboard  profile blog ni. Dan aku jumpa ni.?

Terkejut burung aku tengok bahawa blog ni dah diwartakan (perkataan baru aku jumpa dekat Dewan Bahasa  Pustaka tadi ) dekat dua tahun...otak burung lame gile. Memang dah taraf otai blogger la katakan macam Cikgu gila merangkap mastermind aku,  padahal baru nak berjinak-jinak dengan dunia yang tak seberapa maya ni.

Setelah aku pikir balik, baru aku teringat kenapa aku buat blog, sebab terpaksa. Korang buat blog semua dengan niat dan hati yang tulus suci. Aku pulak dulu kene paksa dengan lecture. Kalau tak kene pakse memang sampai sekarang aku takde niat nak buat blog.

Lecturer beb pakse aku dan classmate  yang lain buat blog. Aku ingat lagi ayat ugutan die " kamu semua kalau nak lulus dalam subject ni, kamu kene buat blog, ceritakan mengenai subject ni kat blog kamu semua. Kalau kamu berdegil juga, kita jumpa lagi semester hadapan". Aku pun ape lagi  balik terus bukak laptop connect wifi search macam mana nak buat blog...Hampir dua hari pening-pening lalat dengan blog, baru la blog aku ni direncanakan ( ni satu lagi perkataan).


Dulu name blog ni bukan macam sekarang, sekarang dah alami revolusi kemajuan. Ni die senarai nama blog aku. Tapi sayang aku tak ada history mengenainya termasuk entry-entry lama.
  •  Diriku Seorang Pelajar (July 2009-2010)
masa ni entry aku hanya berkaitan dengan subject berkenaan, dan yang review blog ni hanyalah lecture aku. Bayangkan kotak shoutmix dan follower pun takde. Tak reti punya pasal. Memang niat nak bagi lecture baca sorang je dan nak lulus subject berkenaan
  •  Diriku Seorang Musaffir (2010- Julai 2011)
mase ni aku dah lulus subject berkenaan, jadi blog pun entah ke mana, terpaksa buat kan, tu la jadi macam hutan belukar.  Entry-entry lama banyak aku buat buang lagi-lagi berkaitan dengan subject berkenaan. Tinggal sikit-sikit je kalau korang perasaan. Bukak blog pun jarang yang amat sebab aku tak nampak apa fungsi blog ni bagi aku
  • Diriku Seperti Burung (Julai 2011 - sekarang )
 Sekarang aku dah nampak kehebatan blog ni. Sebelum aku bergiat aktif, aku suka baca blog-blog orang lepas tu terus jatuh cinta dengan blog kesayangan ni. Mula la aku menulis dan menaip karya entry-entry setiap hari yang dihasilkan melalui pengalaman aku.

Kalau korang perasaan ada satu benda je yang dikekalkan dari dulu sampai sekarang iatu perkataan Diriku. Saje je aku bold perkataan tu bagi korang semua nampak. Kenapa aku kekalkan? Sebab nak bagi sign kat pembaca yang menulis di entry ni adalah manusia biasa atau orang. Bukan mahluk halus atau burung.

Menurut kamus Dewan Bahasa -  Diriku merujuk kepada kata ganti ketiga bagi seseorang bukan seekor dan sebuah. (Poyo betol aku ni.haha).

Aku terjumpe blog aunty india sebelah rumah dengan tajuk blog berbahasa tamil, setelah aku terjemahkan kat bahasa melayu ni tajuk blog die - "Aku Wanita India". Macam mane aku tahu tu blog die? Sebab aku perasaan gambar die pakai sari tengah cangkung basuh baju pakai tangan depan rumah die. Tu memang aktiviti die setiap hari depan rumah sambil mulut membebel-bebel sorang-sorang. Aduh lari tajuk pulak..sorry ea.





13 comments:

Sadun said...

boleh tahan lama la tu..hehe

Mohammed Faizal said...

lama-lame sangat, tapi apakan daya baru nak berjinak-jinak

Unknown said...

happy bw,hehe

aiman said...

ada jugak eh lecturer suruh buat blog eh.. terbaiklah..

Mohammed Faizal said...

amir:terima kasih sebab bagi semangat
aiman: ye tol tak tipu lecturer aku memang paksa wat blog.

Vidic said...

skrg femes blog nie... credit to your lecturer arhh..hihiihi.. kan bru nampak kebaikan lecturer tu...

Mohammed Faizal said...

mane ad femes..biase je. Tu la dulu suke maki lecturer sekaran baru nampak lecturer tu mulia sangat-sangat

Unknown said...

hebat,,hehhe..taraf2 otai dah ni...nasib baik lect suruh kan.kalau tak,mesti tak tau smpai sekarang mcm mana nak buat blog..hehehe

ILA HonEyBuNNy said...

sama macam my lec la...suruh buat blog...huwawawwa

Mohammed Faizal said...

Zoul: tu la kalau aku mula dari dulu memang dah otai, tapi malang tu tak berlaku

ila: ye ke same? Entah-entah kite ni dulu classmate yang sama haha

Zulfadli said...

perg.. boleh jumpe jiran punye mmg gempak tui

Mohammed Faizal said...

cam kenal je zul ni: ceh member aku ni, ye aku jumpe jiran sebelah rumah punye blog

Unknown said...

sERIOUS ke mak cik tu ada blog?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...