Friday, 22 July 2011

Serius Perangai Macam Shit

Ikhsan En Goggle
Hari     : Jumaat 22/07/2011
Lokasi : Di hadapan Supreme Creation Sdn Bhd, Taman Industri Bolton
Masa    : 10.20 pagi


Ceritanya macam ni, aku ke supreme nak mengambil khazanah yang disuruh fotostat semalam, tapi hampeh tak siap lagi. Macam haram, buku yang tak setebal mane pun tak boleh disiapkan. Awek kedai tu cakap petang sikit baru siap.Nasib baik awek kalau tak memang kene maki je dengan aku. Nasib baik la mesin fotostat kat office ni dah jahanam...kalau tidak aku boleh buat sendiri sambil  pejam mata.


Aku pun balik ke office dengan penuh hampa....di pertenggahan jalan tak sampai office lagi, aku rasekan duit yang aku bawak MYR100 tinggal MYR50 je.Conform aku kene seluk ke tadi, tak munggin sebab aku tak bawak wallet dan aku tak rase kene raba pun. Aku ni memang jenis cuai sikit kalau tak pakai wallet...


Aku pernah hilang banyak gak la sebelum ni, tapi nak cari pun tak gunalah kan...mesti dah dikebas mahluk kat luar tu. Aku pasrah je dulu. Tapi kali ni tidak, aku rase duit aku tak sampai 10 saat tercicir kat depan kedai. 


Aku patah balik, alhamdulilah aku nampak duit aku kat lantai, tapi aku rase bukan aku sorang je yang nampak. Ramai orang nampak termasuk lah kucing pun nampak umpama emas yang tercecir di jalanan. . Homaigot aku terlambat, sampai kat situ ada sorang mamat tengah cover line tengok sekeliling dan selipar die jijak duit itu....dan die berjaya mengambil duit tersebut...aku nampak mamat tu aku cam die, umur di lingkungan 30-an dan pendek macam orang kerdil tapi of course melayu dan beragama Islam.


Aku sempat sampai kat tempat kejadian sebelum mamat tu berambus..Aku tegur die dulu.
Aku : maaf encik duit yang encik ambil tu duit saya tercicir tadi
Lelaki kerdil: eh mana ada ni duit saya, saya tak de ambil atau kutip mana-mana.
Aku naik marah dan aku cakap
Aku: encik jangan la nak tipu, ari ni jumaat, encik nampak tak penumbuk tangan saya ni. Saya nampak dengan mata saya sendiri

Die pun campak duit tu terus bla. Buat muke toye die je.
Kalau die berkata sepatah pun tadi memang kene penumbuk indon aku ni. 
 
Tak payah la nak mencurik. Tak setimpal dengan apa yang kite dapat kat akhirat kelak setakat 50 je. Kalau nak beli makanan pun dah jadi benda haram....wat apa-apa pun haram. Kalau guna gak duit tu memang haram jadah. Aku pun penah jumpe duit sebelum ni, tapi aku tak pakai aku sedekahkan kat masjid atau surau berdekatan dengan niat orang yang tercicir duit ni dapatkan keberkatan duit yang aku sedekahkan ni. Wah bajet baik aku kan, Tapi ni kisah benar aku tak tipu.

2 comments:

m!zz Adwin said...

ishh..kesian nye awk..dugaan hari jumaat nie ad hikmah nye.. :)

Mohammed Faizal said...

dugaan di pagi jumaat...apa nak buat, nasib baik daapt balik duit. Kalau tak dapat makan penumbuk mamat tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...