Sunday 31 July 2011

Sehari Sebelum Ibadah

Diam tak diam, celik tak celik, sedar tak sedar dan burung tak burung  tinggal beberapa jam lagi kita akan menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu  berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau berpuasa di bulan syabaan dan syawal tu  tak kira sebab tu bukan rukan Islam.

Biasanya kita sebagai orang Melayu beragama Islam dan menetap di Malaysia tak kira di Sabah dan Sarawak, sehari sebelum puasa begitu diambil berat untuk melakukan aktiviti yang masih boleh dilakukan sebelum Ramadhan menjelma. Nanti kalau dah Ramadhan dah tak digalakkan untuk melakukan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi di siang hari. Orang cakap makruh mahupun boleh membatalkan puasa, abis nanti kene ganti puasa. Antara aktiviti tersebut ialah:
  • Tidur secara lebih-lebihan di hari Ahad ni, mentang-mentang hari ni cuti, memang ramai yang abiskan masa dengan berselimut di bawah atas katil. Lebih-lebih lagi cuaca di sekitar Kuala Lumpur mendung. Memang syoknye.

  • Mandi banyak kali bagi meningkatkan kesegaran dan tahap kewangian badan sebelum puasa. Ramai gak ambil kesempatan hari ni nak mandi laut dan swimming pool. Nanti dah puasa tak boleh sebab akan tertelan air  dengan banyaknya dan semestinye tak boleh kencing dan kentut dalam air nanti batal puasa.

  • Makan sehingga kembung perut yang dah sedia buncit.. Orang cakap bagi menikmati makanan sebelum berpuasa, nanti dah puasa teringin pulak. Conform hari ni McD, KFC, Pizza Hut dan kedai Cik Kiah akan dibanjiri dengan pelanggan yang luar biasa untuk makan lebih-lebih lagi nasi lemak dan roti canai pagi ni memang laku abis seperti cendawan goreng tumbuh selepas hujan.

  • Menipu dan mengumpat buat kali terakhir hari ini...dah cukup-cukup la menipu dengan mak bapak kita. Esok dan seterusnye dah tak digalakkan untuk menipu dan mengumpat ye. Kurangkan mesyurat tingkap bersama tetangga yang sering mengata keburukan jiran india sebelah rumah.
  • Bagi yang tegar menghisap rokok pula, hari ni memang kene hisap puas puas, sejam satu kotak kene isap ataupun non stop smoking..pergh memang boleh bawak maut punye.  Dah macam kapal api...ini boleh mengurangkan ketagihan di bulan puasa. Ni aku tak tahu, agak-agak je tak pernah feel.

  • Minum sepuas-puasnye, korang minum sepuas-puasnye sebelum berpuasa. Daripada air panas, air tin, air kotak, air manis, air sejuk mahupun air mineral semua kene sedut, bagi mengurangkan rasa keinginan di bulan puasa, tapi jangan sudut gam sudah la..

  • Bagi yang ada awek, hari ni boleh dikatakan untuk date buat  kali terakhir sebelum Ramadhan menjelma. Time ni la korang kene lepaskan rindu dan bermanja-manja dengan awek korang.Kalau benda ni korang buat mase bulan Ramadahan memang conferm akan dipandang songsang serong  oleh masyarakat.
Owh lupe nak bagitau malam ni jangan lupa pegi masjid atau surau berdekatan untuk solat terawih...malam ni juga jangan lupa tengok pengumuman darurat  berpuasa oleh atuk yang dirindui di kaca tv. Esok pukul 5.00 pagi jangan lupa bangun sahur...Dah alang-alang bangun awal pagi tu apa salah buat solat tahajud sikit...Esok jangan buat buat lupa puasa bila tetiba korang minum dan makan serapan sarapan
eh macam mak-mak pulak pesanan ni...

Ok ye jangan lupa pesanan dari burung.

    14 comments:

    aiman mania said...

    heeheeheehee...in short,puasa mendidik kita meninggalkan tabiat buruk kita...^^

    aiman said...

    hahaha.. minum sampai kembung..

    Unknown said...

    Entry yang berguna dan tersangat lawak! hahaha, tahniah...sgt suka baca yg ni...

    Mohammed Faizal said...

    aiman k-pop: setuju sgt, saje je wat entry cam ni, termasuk aku sekali punyai tabiat buruk.

    aiman: hari ni enth ape je tekak kering tol...puas minum air, mcm tau-tau je esok puasa

    azham: lawak ea, aku rae cam biase je, semua aktiviti ni berkaitan dengan aku hari ni

    afzalsukasuki said...

    hehe.ada perkara2 di atas..sebelum atau selepas Ramadhan, tetap berdosa apabila dilakukan :) Jangan buat ye incik burung :)

    wawahida idris said...

    ahahaha. boleh pulak cmtu ea. :P

    Vidic said...

    x tau... nape tanya pula?? slh shoutbox kot...

    ZWAN SABRI said...

    Yeah! hari ni aku nak jadi syaitan puas2 sebelum jadi malaikat selama sebulan.. HEHE

    MySuaraBlog: Asal Usul Kaca Mata Hitam

    aiman mania said...

    masa ni lah nak kikis tabiat buruk tuh....setan gondol pon dah tak dew dah...kalo buat perangai tuh nafsu nafsi semnata2.....

    Mohammed Faizal said...

    afzal: ye...aku ni banyak dosa...masa ramadhan ni la nak perbaiki diri..

    wahida: haha...boleh je kalau dah jadi kebiasaan

    Zwan sabri: hehe, mcm syok je jadi setan, nak join

    aiman k-pop: ye insyAllah boleh

    Iefa Ujang said...

    puasa jmpa pkwe..hahaha...waaaaaaaaaa!!!xnk3.rndu nnti

    Unknown said...

    slamt brpose yea!!!

    Mohammed Faizal said...

    iefa : haha....ajak pegi date kat masjid

    nurul chempaka: selamat berpuasa juga

    Anonymous said...

    selamat2!^^

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...