Thursday, 7 July 2011

Aku kurang berani

Inilah kenangan kami sebelum aktiviti snorkeling di salah sebuah pulau yang terdapat di Malaysia ini.

Post kali ni memang menguji aku sebenarnye..AKU TAKUT AIR LAUT...tapi tidak bermakna aku ni seekor kambing. Ooops...ak bukan seorang haiwan tapi seorang manusia.

Macam ni la aku bercerita, straight to the point, aku dengan member rapat memang selalu pergi ke pulau-pulau di Malaysia ni setiap tahun. Lebih-lebih lagi pada musim selepas bulan ketujuh ( betol ke eje ni), Air laut mase tu memang sesuai untuk mandi, tangkap ikan, snokering , skuba dan bermacam aktiviti yang sewaktu dengannya berkaitan dengan laut.

Kiteorang pun pegi la, punyal la excited, lepas check in chalet kt pulau tersebut, letak barang dan dengan rakusnya bertukar pakaian mandi dan berlari terus ke laut tidak kira la time tu panas terik ke atau awal pagi....Dah memang tebiat orang duduk kt tanah besar, pas tu g pulau so jakun sikit la. Mana yang reti berenang dan yang tak reti berenang semua sama sahaja...2 kali 5. Bukan apa itu sekadar untuk mendapatkan kepuasan dengan air laut apabila dekat setahun tidak mandi air laut.

Nak cerita sikit pengalaman aku dengan laut ini.Aku bukannye reti berenang pun, tp berlagak la mcm pandai berenang. So part nak snorkeling tu memang aku fail. Sekali dah tengok environment kat dasar laut...terus jadi takut, luas yang amat sangat. Macam ada langit yang terbentang luas kat dalam laut. Aku macam takut nak tengok ikan dan terumbu karang yang besar besar. Aku rasekan ikan itu macam raksasa laut yang di sekeling aku yang tunggu masa nak makan aku je. Dan terumbu karang macam makhluk alien yang tunggu masa je nak telan aku hidup -hidup.Pergh...takut siot. Tapi dalam ketakutan tersebut, aku amaati ciptaan Allah yang begitu mengagungkan. Time nak snorkeling je mesti aku mengeletar tangan dan jantung berdenyut laju tambahan pula semput dalam air.

Tapi aku suka dengan snorkeling, namun aku snorkeling tidak lama, cukup sekadar kepuasan semantara sahaja. Aku pn boleh la berenang sikit-sikit dan menyelam. Aku baru belajar ari tu dengan member aku. Senang je sebenarnya yang penting tenangkan diri dan yakin dengan air. Tu sahaja. Bab-bab air masuk hidung dan mulut memang perkara biase je la bagi perenang dan penyelam yang baru belajar.

Klu korang pergi ke pulau -pulau jangan lupa untuk mencuba aktiviti snorkeling ini. Huh mmg best. Klu yang nak cuba skuba lagi best. Tenggelam terus dalam air umpama kapal selam yang berada di dasar laut. InsyAllah munkin satu hari nanti aku nak cuba skuba pulak...

2 comments:

Anonymous said...

haha..best la! maw try nnt

Unknown said...

jarang mandi laut sbb pedih mata dgn air masin hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...