Monday 1 August 2011

Bangun Sahur

Hari ni hari pertama sahur di bulan Ramadhan. Ada yang tak bangun ke? Mesti ada yang terlajak ke subuh. Entah-entah ada yang terlepas sampai ke waktu syuruk...Pas bangun menyesal tak dapat makan hamburger yang disimpan malam tadi untuk sahur. Bak kata pepatah Ramadhan '' terlajak perahu boleh diundur, terlajak sahur perut kebulur''.

Kalau yang tak sahur tu jangan nak jadikan alasan untuk makan nasi di tengah hari ni. Tu semua dugaan yang harus dihadapi sendirian ok. Orang lain termasuk mak bapak korang  tak boleh dipersalahkan.

 Biasanye sebelum dan selepas sahur apa yang sering dilakukan? Aku katogerikan jawapan kepada 2 jenis manusia yang wujud di Malaysia ni iaitu orang yang untung dan orang yang rugi.

        ORANG YANG UNTUNG
  • Bangun seawal mungkin  lebih kurang pukul 4 pagi untuk mempersiapkan diri seperti mandi pagi dan gosok gigi selepas bangun tidur
  • Sebelum bersahur, ambil masa untuk solat sunat seperti solat taubat, solat tahajud dan solat hajat bagi memohon keampuan dan keberkatan di bulan Ramadhan.
  • Makan dan minum sekadar mengalas perut untuk berpuasa di pagi hari.
  • Masa yang tinggal sebelum azan subuh digunakan untuk membaca al-quran
  • Solat subuh di masjid berdekatan atau  berjemaah dengan keluarga.
        ORANG YANG RUGI
  • Mak korang kejut bangun sahur sampai simbah air panas kat muka masih lagi tak bangun. Lepas tu kalau tak sempat sahur salahkan mak korang tak kejut bangun sahur. Kalau yang sempat tu mesti makan di waktu kecemasan imsak
  • Makan dan minum dengan gelojoh sampai tercekik kepala ikan gara-gara nak cepat sebelum azan subuh berkumandang
  • Mandi pagi dan gosok gigi pun tak sempat, lagikan nak baca doa makan..Makan dengan air liur basi di  mulut dan tahi mata bersepah kat keliling mata.
  • Selesai makan, terus sambung balik tidur buat-buat terlupa solat subuh. 
  • Terlewat bangun  lewat pegi kerja

11 comments:

princess violet said...

selamat berpuase...

aiman said...

den bersahur.. alhamdulillah..

Anonymous said...

part yg x untung..mmg lol...hahah

Mohammed Faizal said...

alhamdulilah...sape yang untung...yang tak ok plak esok masih ada lagi

anna said...

ops...xbgn..huhu xlarat..dmm :(
anyway slmt pose en. burung ^_^

Unknown said...

nasib baik lah aku bangun tadi haha..kalau tak kompom2 je basi beger Mekdi + Coke float yang aku simpan..

Unknown said...

Hehe, so pagi tadi burung berada dalam golongan yang mana? hehehe

Unknown said...

selamat berpuasa!

Mohammed Faizal said...

azham: hehe..golongan pertengahan, 2-2 ad...

Anif Abdullah| AA said...

selamat bersahur n berbuka sekali ^^

Unknown said...

hamburger?perh!!mmg sahur trbaik!:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...