Wednesday 28 September 2011

Cabaran

Huh, hidup sebagai seorang pelajar ni memang meletihkan, memang memerlukan jiwa yang kental dan jitu. Kalau tak yakin, memang terkandas di tengah jalan, merepeat paper dan extend pengajian....owh tidak. Karang tak pasal-pasal ada juga yang takk grade on time... 

Aku yang ini dah masuk semester 7....ada 1 semester lagi sebelum aku berumahtangga, eh silap bekerja berjuang untuk agama, ibubapa, bangsa dan pertiwi....owh poyo sungguh kata-kata seorang pelajar yang skema
Macam lecturer aku cakap semester 7 ni merupakan conflict of study...seorang lecturer memang pandai berkata-kata menaikan semangat anak murid yang sedang menghadapi ketegangan belajar...

Semester aku kali ni memang paling mencabar, dan aku risau mampukah aku menghadapi semua dugaan ni....walaupun hanya mempuunyai 2 final paper tapi tu tak menjamin aku cemerlang dalam CGPA kali ni..ok aku nak tunjukkan  aku punye self contribution on subject mechanical engineering, antaranya ialah:
  1. Operation Management 
  2. Control Engineering 
  3. Computational Fluid Dynaic 
  4. Finite Element Method 
  5. Mechanical Engineering Design II 
  6. Final Year Project I 

Semua subject ni memang mempunyai cabaran yang tersendiri, dan yang paling membuat aku serabut sekarang ni pasal Final Year Project dan Mechanical Engineering Design. 

Monday 26 September 2011

Kepenatan membuahkan hasil

Wow...hampir 3/4 hari aku tak terjah blog ni....rindu sangat dengan blog ni dan kawan-kawan blogger lain...Aku bukan menghilang tapi ada banyak aktiiti kan weekend...,memang tak dapat nak elak lebih-lebih lagi dah masuk sesi akedemik kat UiTM ni....really really sorry ok...


Last entry aku pasal rafting kat Sg Sedim, ok tu memang betul....baru lepas semalam aku ber-rafting kat Sg Sedim, Kedah...aku dan kawan-kawan join UiTM Jati Descent Challenge 2011, so ramai la student mewakili kolej masing-masing merebut wang tunai sebanyak RM1000..ada la dekat 16 groups..

Bayangkan ramai ke tak ramai, sehinggakan period untuk rafting pun kene drag sampai sunday...group aku la yang paling last untuk perform, tapi berbekalkan pengalaman sebelum ni, semangat juang berpasukan yang tinggi, stamina yang kuat, dan observation kesemua group sebelum kami, akhirnya, tanpa disangka, group kami berjaya merangkul johan kategori lelaki...

Memang berbaloi la...kami complete the task dalam 19'05 minit group lain semua dalam 20 minit ke atas...
Kami memang push abis-abisan, la ni memang sakit-sakit satu badan, dari bahu, tangan, lengan, punggung, lutut, hinggakan ke kaki...

Yang paling best sekali, kemungkinan besar kumpulan yang menang ni akan mengikuti international challenge dalam masa terdekat ini dekat Acheh, Indonesia..owh baru aku perasaan kaki aku injure teruk sangat ni, effect terlanggar batu yang besar...

Wednesday 21 September 2011

Rafting Sg Sedim Kedah



Can't wait this Saturday
Sg Sedim here we come 
p/s: Banyak aku nak cerita kat blog ni, tapi kekangan masa memaksa aku untuk simpan dulu entry...

Monday 19 September 2011

Situasi Di Kelas

Ha...cam gini la situasi di dalam kelas sewaktu lecturer mengajar...kalau boleh semua nak duduk belakang...bukan ape sebenarnye, cume sikit gementar apabila disoal...Tapi ada kelebihan gak duduk belakang ni, senang nak hibernasi tanpa disedari...

Sunday 18 September 2011

Berharga Juga Sebenarnye...

Sape sangka blog yang tak seberapa nak popular dengan jumlah visitor yang semakin berkurangan setiap hari gara-gara aku jarang online menghadap blog Burung pun mampu membawa nilai yang amat tinggi...aku sendiri pun terkejut...(panjang sangat ayat ni...kalau subject bm memang dah reject)
Kalau korang tak percaya tengok ni...
Kalau korang nak cek nilai blog kesayangan korang boleh la terjah kat sini bizinformation.com...terima kasih kepada Abang harrazdani yang memberi info yang menarik mengenai nilai blog korang

Tapi syukur sangat walaupun baru 3 bulan aku activated semula blog Diriku Seperti Burung, ianya mampu menjana pendapatan yang tak la seberapa nak lumayan, tapi jadilah kan dengan Nuffnang dan Churp Churp. Ada lah daripada tiada kan...

Owh ye, kat sini aku nak bagitau, aku jarang online sebab internet kat shah alam lembab semacam je, aku nak balas kunjungan korang pun, tersemput-semput....tapi aku cuba juga la.
Kat sini aku memohon maaf jika aku tak membalas kunjungan korang....tapi insyallah satu masa lagi aku akan terjah blog korang satu persatu dan memberi komen...

Friday 16 September 2011

Kata Lecturer

Yeah.....hari yang dinanti-nanti dah tiba, nak tau hari ape? Cuti la semperna Hari Malaysia...yang menariknya cuti kali ni jatuh hari jumaat, ape lagi direct sampai ke ahad la holiday. Baru je masuk U seminggu dah cuti semula. Memang terbaik la, cuti yang ditunggu semua orang lebih-lebih lagi student macam aku ni ha...


Sejak sesi akademik Sept 2011 bermula isnin yang lepas, shah alam mengalami kesesakan yang amat teruk, daripada jem kat jalan raya hinggakan ke kepayahan mencari makanan...Huh (mengeluh kejap)...memang tak dinafikan taukeh kedai stationery mendapat untung berlipat kali ganda dan makcik warung makan kat food court tersenyum lebar pabila makanan habis terjual...

Lecturer pun dah mula mengeluh melayan kerenah kebudak-budakan pelajar-pelajar baru mahupun lama...Memang daripada hari pertama, pintu bilik lecturer diketuk pelajar bertubi-tubi yang ingin bertanyakan pelbagai hal...Memang tak senang duduk si lecturer ni...

Aku ada teringat lecturer aku berkata kat kelas ari tu, kalau semua student cuti, mereka memang heaven kat uitm...boleh parking kereta sampai ke depan bangunan FKM. Datang lewat pun tak pe, sebab kurang kesesakan...kini bahana dah menjelma, awal pagi dah kene keluar sebab memang tiap-tiap pagi jem teruk kat dalam UiTM, parking kereta pulak kene berebut dengan student, berhimput-himpit dalam lif dengan student, dan beratur panjang membeli makanan di cafe fakulti...

Thursday 15 September 2011

Khamis yang Ringkas



LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP..
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ????????????
[H]



Dipetik daripada Oh!Islam

Wednesday 14 September 2011

Rabu Tanpa Berbicara


Diriku Seperti Burung

kesian kat burung di dalam sangkar 
yang tak bebas untuk terbang

Monday 12 September 2011

Sesi Akademik UiTM

Hari ini bermulalah hari pertama sesi akademik di UiTM Shah Alam...Bagi aku, hari ini dah start semester 7 di 
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal...mesti ramai blogger kat luar tu yang berstatus pelajar juga start belajar hari ini...dan aku percaya juga ramai blogger bertapak di UiTM Shah Alam ni...

Selamat belajar ye kawan-kawan, 
mari kita gunakan kesempatan di semester ini untuk fokus kepada pelajaran ok...

Saturday 10 September 2011

Dan telah berakhir di sini

Al-Fatihah kepada Al-Marhumah Azizah Bte Syafie (nenda tercinta) yang telah kembali ke rahmatullah pada 6/09/2011 bersamaan 8 Syawal 1432 pada 1:55 pagi



 Semoga roh nenda
 dicucuri rahmat dan ditempatkan
 di kalangan golongan yang beriman
 dan beramal soleh..
~amin~

Saturday 3 September 2011

Buntu lah

Aku buntu, sejak raye ni macam hilang je mood nak berblogging...Takde benda menarik ke nak cite? Hrmmm...ada banyak sangat benda menarik untuk dikongsi bersama, tapi letih la nak mengadap laptop ni ( banyak sangat 'M' kat badan ni...)

Tambahan lagi ramai geng blogger tak online pun, raye ni aku kurang bw sebab sibuk dengan raya la, kalau sempat je buat, tu pun yang revisit back kurang kat blog BURUNG. Mungkin lepas raya ni ok kot mood nak update entry kat blog BURUNG ni...

InsyAllah...

oh ya, sedar tak sedar tinggal lagi seminggu lagi aku nak start semester 7 kat UiTM Shah Alam...(mood tak best la, rase cam sekejap je cuti honeymoon selama 4 bulan) 
Adoiii, malas yer nak balik, duduk kat kampung lagi best

Thursday 1 September 2011

Khamis yang Ringkas

Raya-raya ni ramai gak yang ingin melangsungkan perkahwinan (mentang-mentang cuti keje
lame). Kepada yang nak melangsungkan perkahwinan tu selamat pengantin baru 






“Aku terima nikahnya dgn si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”

Itu adalah tersurat. Apa yg tersirat? Yg tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku” [Q]



Sumber: Oh! Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...