Friday, 16 September 2011

Kata Lecturer

Yeah.....hari yang dinanti-nanti dah tiba, nak tau hari ape? Cuti la semperna Hari Malaysia...yang menariknya cuti kali ni jatuh hari jumaat, ape lagi direct sampai ke ahad la holiday. Baru je masuk U seminggu dah cuti semula. Memang terbaik la, cuti yang ditunggu semua orang lebih-lebih lagi student macam aku ni ha...


Sejak sesi akademik Sept 2011 bermula isnin yang lepas, shah alam mengalami kesesakan yang amat teruk, daripada jem kat jalan raya hinggakan ke kepayahan mencari makanan...Huh (mengeluh kejap)...memang tak dinafikan taukeh kedai stationery mendapat untung berlipat kali ganda dan makcik warung makan kat food court tersenyum lebar pabila makanan habis terjual...

Lecturer pun dah mula mengeluh melayan kerenah kebudak-budakan pelajar-pelajar baru mahupun lama...Memang daripada hari pertama, pintu bilik lecturer diketuk pelajar bertubi-tubi yang ingin bertanyakan pelbagai hal...Memang tak senang duduk si lecturer ni...

Aku ada teringat lecturer aku berkata kat kelas ari tu, kalau semua student cuti, mereka memang heaven kat uitm...boleh parking kereta sampai ke depan bangunan FKM. Datang lewat pun tak pe, sebab kurang kesesakan...kini bahana dah menjelma, awal pagi dah kene keluar sebab memang tiap-tiap pagi jem teruk kat dalam UiTM, parking kereta pulak kene berebut dengan student, berhimput-himpit dalam lif dengan student, dan beratur panjang membeli makanan di cafe fakulti...

6 comments:

ShErA said...

uish... dasyatnya jammed sampai macam tu sekali...

ZWAN SABRI said...

HAHA.. Kesian kat para lecturer.. jadi, kepada lecturer2 tu suma, apa kata anda mohon kat Naib Cancellor untuk bagi cuti yang banyak kat para student nii.. HEHE


MySuaraBlog: Bersin OK, Menguap K.O?

~Nana 귀여운~ said...

kalau cuti banyak, alamat assignment pon belambak kot..huhu

asTaNa iMpiaN said...

hahaha,,itulah life as a student ;)

tp..lectrr pun kene hadapi gk sesak2 ni kn...hehehe..ish3..kesian..

Azham Vosovic said...

aiks, lecyurer pon kena berebut? hayyoooo. pelajar Uitm kena kurangkan bawa kendereaan ke kampus ni hehehehe

afzalsukasuki said...

haha nak taknak kenala terima hakikat wahai lecturer2 sayam ye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...