Monday 23 July 2012

Sila pastikan

Hari ni dah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa....sesape yang jarang-jarang puasa macam aku ni yang setahun sekali je puasa tu pun di bulan ramadhan masih lagi gigih sesuaikan diri dengan keadaan tubuh badan dengan kekurangan tenaga akibat daripada puasa sehari suntuk...


Tapi bagi yang sering zikrullah dengan ingat Allah beribadah sepanjang masa di bulan Ramadhan, insyallah badan akan mendapat tenaga dalaman untuk menempuh hari-hari di bulan Ramadhan ini..

Bagi yang tak tahu macam aku ni, ramadhan diambil dari perkataan ''ramadha'' yang bermaksud sangat panas. Memang tradisi daripada zaman nabi bulan Ramadhan memang terkenal dengan kepanasan yang menyengat jiwa...korang sendiri boleh rasa kan, try la terpacak kat tengah matahari 5 minit dah la jangan lelama nanti pengsan pulak, apemacam rasa cam nak pitam kan...

Umat Islam dulu masa ramadhan berperang menentang musuh. Bagaimana mereka mendapat kekuatan untuk menangani musuh walaupun diri berpuasa?? MasyAllah, dengan kuasa Allah mereka menjadi sangat kuat bahkan kekuatan mereka tidak dapat ditandingi dengan bantuan daripada Allah, tiada yang mustahil.

Umat Islam sekarang, bila mewakili negara ke sukan bertaraf antarabangsa pada bulan Ramadhan mulalah untuk skip puasa dengan alasan banyak latihan preparation untuk bertanding....mengelakan tidak bermaya dan letih, pi lah, kalau macam tu baik tak payah mewakili untuk perkara-perkara berkaitan, baik mewakili diri untuk merebut pahala dan ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni...

Balik pada perkongsian kita, di waktu panas Ramadhan pastikan lah untuk banyak minum air pada waktu berbuka lebih-lebih lagi pada waktu bersahur. Pengalaman aku sendiri, akibat selalu minum air sejuk dan manis waktu berbuka menyebabkan aku sering sakit tekak, jadi kene la minum banyak air masak...jadi untuk prepare untuk hari berikutnye, aku dah standby mineral water berbotol-botol untuk diminum...

3 comments:

bukankosong said...

mind set jugak main peranan

kalau beralah sblm berjuang, mmg rr jd cam nih

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Mula2 memanglah memenatkan..serba serbi tak kena akibat menahan lapar tapi lama kelamaan boleh tahan jugak.

Iefa Ujang said...

lama2 ok la 2 . busy kan diri ckit , insyaAllah rsa cepat je msa brlalu n xpenat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...