Thursday 19 July 2012

Persiapan ramadhan...

Dah dekat nak puasa...Ramadhan menjenguk pintu hati masing-masing. Bagi umat Islam, inilah bulan bonus dalam kalender islam untuk meraih ganjaran berlipat kali ganda daripada biasa. 

Baguslah kalau tengok kat siaran tv banyak sudah berunsurkan Islam lebih-lebih lagi dekat TV9 dan AlHijrah. Tahniah buat stesyen berkenaan, kerana sedikit sebanyak membantu umat Islam di Malaysia meraih penghayatan ilmu di rumah, dengan itu meraih kekuatan Islam di sanubari.

Hari ni dijangka untuk melihat anak bulan Ramadhan samada puasa start hari sabtu atau ahad. Kalau hari sabtu puasa, dah tentunye malam sabtu ni dah start solat terawih....tak sabar rasanya untuk solat terawih.

 Di bulan ramadhan ni juga conform boleh jaga solat sunat dhuha dan tahajud, sebab ape, kan bangun sahur awal pagi, lepas makan boleh la solat sunat dhuha sebentar dan menelaah bacaan Al-Quran sebelum solat subuh di masjid atau surau.

Tak sabar rasanya....menanti ramadhan kali ini. Aku plan nak kerja di bazar ramadhan memandangkan aku still tak dapat kerja lagi kan, sedikit sebanyak boleh menambah duit poket di bulan Ramadhan ni, pikir-pikir balik susah pulak nak solat fardu dan terkejar-kejar untuk solat maghrib dan isya di samping tidak sempat berbuka puasa bersama keluarga... Terpaksalah lupakan niat di hati...

Kalau dipikirkan susah juga mencari kerja bersesuaian dengan tuntutan Islam...ada memang ada tetapi jarang-jarang. Aku lebih suka kalau kerja tetapi ada masa untuk solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan lepas tu sambung balik kerja. 

Apa-ape pun aku tetap berdoa untuk dapat kerja yang bersesuaian dengan diri aku ni. Cume cepat dan lambat je, aku berserah dekat Allah, sebab dengan rahmat-Nya memberi aku puluang pekerjaan untuk memperoleh rezeki.

2 comments:

dee said...

aku?

berdebar tunggu masa.
selamat berpuasa.

Iefa Ujang said...

insyaAllah ade la kerja tu nnti . rezeki ade kat mna2 je :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...