Monday 28 June 2010

Nextec Design Challenge

Aku pulang awal ke UiTM Shah Alam gara-gara untuk membantu ahli kumpulanku untuk mereka bentuk model design yg dijadualkan untuk dihantar kepada urusetia pada 1 Julai. OMG!!! ari ni je dh 28 Jun, xtau la bleh siap ke tidak, dengan kekurangan tenaga kerja serta kepayahan untuk memotong, menampal serta melakar membuatkan kerja lambat untuk selesai, tp ak pnye ketua ni mmg sempoi la, selambur je, padahal ak tau dy pn tengah rungsing dgn model kami, ak mengharapkan kepayahan kami adalah satu kejayaan dlm pertandingan ini. Aku berharap kepada ahli kumpulan yg lain tu cepat-cepat la balik, huhu keje banyak!!!.Nasib baik ak datang awal untuk membantu,serba sikit mengurangkan kerja yg mereka buat seminggu lalu semasa ak di Johor Bahru. Ktorg pnye model mmg mantap laen dari yg lain, ak mmg solute la ketua ak ni Raihan name die, mmg seorang yg berpengalaman dlm mereka bentuk seta mempunyai 1 konsep yg mantap. Opps ak lupe plak kiteorg ni design ap sebenarnya....ok secara jujurnya kami ni sedang mereka bentuk konsep di kawasan rekreasi la, kira mcm nk bangunkan lagi tempat tu untuk kepentingan penduduk kg kt situ, nama tempat tu Tasik Biru Kundang, tasik ni mmg famous la dikalangan kaki pancing serta pemain jet ski... Tasik ni mmg biru dan cantik. Tp development kurang skit sejak pebangkang amik alih kt Selangor ni...ktorg pnye projek ni nti akan dinilai oleh agensi2 kerajaan mungkin seperti JKR serta dinilai sendiri oleh Menteri Pengajiaan Tinggi, Khalid Nordin, best kan..ak berharap la group ak ni menang di kalangan 5 group lain dan menjadi projek rancangan BN. Kan best klu ktorg pnye design diterimapakai oleh pemaju untuk kawasan tu, huh mmgsuperberp la beb, bangga dgn ap yg kami buat selama sebulan lebih..Model tu xboleh tnjuk lg sbb projek ni kira idea mahasiswa universiti takut-takut nti akan dicuri idea srta copy model. Ni la ketua kami, Raihan mmg berpengalaman habis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...