Monday, 12 December 2011

Denggi datang la

Lama tak belek blog burung ni...bukak-bukak tengok ada iklan pasal Hapuskan Aedes daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..(terima kasih kat nuffnang sebab sudi bagi lagi iklan kat blog burung, tak kesah la 20sen ke RM1 ke janji dapat gak aku pulangan walaupun sikit)


Cakap pasal Aedes ni, huh, sape kat kenal sang nyamuk yang berupaya menumbangkan seorang manusia yang gagah.  Kuat gak nyamuk ni...Cakap pasal nyamuk, sekarang aku duduk kat zon panas denggi, memang macam pisang panas ada je pesakit keluar masuk hospital. 


Nak dijadikan cerita, minggu lepas je 2 orang roomate aku kene denggi, pergh memang kecut lutut aku ni dengar, sebab ape aku belum lagi merasa kesakitan yang mereka alami...Aduh ,Ya Allah aku mohon kepadamu agar jauhkan diriku daripada sebarang bala bencana dan penyakit. ~amin~

Sape tak cuak wei, lagi 2 minggu kot nak final exam kat UiTM ni, tak pasal-pasal ada gak yang bercuti panjang gara-gara aedes ni. Lebih-lebih lagi ramai sekarang student bersengkang mata siapkan projek, asignment, dan macam-macam lagi semata-mata nak dapatkan result yang cemerlang semester ni. (termasuk aku gak ok)

Ok...sepanjang kita brada di kawasan yang berkeliaran nyamuk aedes ni, kita kenalah berwaspada dengan setiap kejadian, kalau yang suka rendam baju lame-lame tu, sah-sah la nyamuk bertelur dan membiak kat situ, tak kesah la air sabun ke, air stokin ke semua same je...jadi jangan rendam baju lame-lama ok, basuh cecepat..kalau dah malas tahap cipan tu antar je dobi, tak payah la nyusahkan orang lain...

Kat sini pun kerap ada forging, bagus lah tu sebab cara pencegahan yan berkesan. Biar mampus nyamuk-nyamuk tu ataupun biar mereka berhijrah kat tempat lain, jangan beranak pinak kat sini...

4 comments:

Azham Vosovic said...

masa sy masuk hospital dulu, ada budak sorang tu ada demam denggi...so mlm2 kena tidur dalam kelambu hehehe

Edy Fee said...

susah klau nak tunggu org dt bunuh..baik mencegah dulu

Edy Fee said...

bahaya tau...kawan ko dh sihat belum

c'axoera said...

denggi ni leh bawak maut.....! >_<


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/kelassss-kau-maria-nak-jadi-filem-star.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...