Wednesday, 26 October 2011

Ego

Bila perasaan sudah memiliki sifat ego, maka tercetuslah perselisihan dan sengketa. Tapi kebanyakan kita tidak menyedari bahawa sikap ego ini wujud di dalam diri kita. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita mengawal sikap tersebut...apabila sudah merasakan diri adalah yang terbaik dari yang lain, memandang rendah dengan kemampuan orang lain, maka ego lah kita.

Kesan sifat ego sangat merbahaya dan dahsyat....lihat sahajalah sejarah dalam sirah Islam, kisah Firaun, Namrud, dan Hamman yang menderhakai Tuhan kerana sifat egolah ini. Bahkan mereka sanggup mati di dalam kekufuran..
Tanda-tanda sifat eego. Kita sebagai seorang muslim hendaklah dijauhi perkara berikut:


  1.  Bila jawapan yang dikemukakan betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga
  2. Jika tidak dilantik memegang jawatan, merasakan kecewa dan tidak tenang
  3. Jika seorang ketua, selalu bersikap kasar ketika memberi arahan kepada orang lain
  4. Jika menjadi orang bawahan, susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil
  5. Mudah marah bila dinasihati
  6. Emosional dan mudah tersinggung
  7. Memilih kawan yang setaraf dengannya
  8. Menonjolkan diri secara berlebihan
  9. Memperlekehkan orang lain
  10. Suka menyampuk perbualan orang lain
  11. Berburuk sangka terhadap orang lain
  12. Suka meninggikan suara ketika bercakap

2 comments:

Nurul Ashikin said...

kalau bergaduh akak akan cuba bercakap dengan pihak satu lagi sebelum 3 hari sbb .. takut x dapat redha ALLAH sebab memutuskan sillaturrahim

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
hampir semuanya ada pada diri aku..egokah aku ni.??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...