Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru 2012

Alhamdulilah kita masih lagi menghirup udara segar di tahun 2012...
Hari ni jugalah kita solat subuh pertama di tahun baru 2012..Harap-harap tiada yang terlajak...
Malam tadi macam mana sambutan tahun baru? Korang sambut kat mane? Mesti macam-macam cerita menarik yang hendak dikongsikan...

Malam tadi aku sempat habiskan masa menyambut tahun baru bersama-sama warga Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..Ya Allah ramainya orang...program malam tadi menarik sebab diserikan dengan hero kita Ustaz Azhar Idrus bersam Raja Lawak Zizan...memang gandingan yang mantap dan menarik

Naik pecah perut semua pengunjung di sana dengan lawak selamba Zizan dengan Ustaz Azhar Idrus. Seperti biasa, sembang  bersama Ustaz Azhar Idus disediakan soalan-soalan yang dibacakan oleh Zizan...banyak juga soalan bodoh yang tak masuk di akal..sepertinya berbunyi begini '' suatu hari saya memandu di lebuh LPT dengan kelajuan 180kj/m, tiba-tiba ustaz memotong kereta saya sepantas kilat, soalan saya berapakah meter kereta ustaz ketika memotong saya?'' 

Tu la soalan paling lawak sekali untuk dijawab Ustaz Azhar Idrus sampaikan die pun blur kejap dengan soalan itu.  Macam-macam lagi soalan yang tak masuk akal dijawab UAI ni...tp UAI memang rock sebab malam tadi die main gitar live , pendapat aku UAI ni memang mempengaruhi genarasi muda ke arah Islam dengan membawa budaya sembang agama


Berbalik kepada program malam tadi, turut diserikan dengan persembahan Syahir AF, Akhil Hayy.. memang menari program malam tadi. Yang memabawa kelainan sedikit adalah tiada pun countdown detik tahun baru dengan percikan bunga api tetapi disambut dengan alunan 99 nama-nama Allah...

Bertambah meriah lagi, apabila program kali ni menarik sehingga 70 ribu rakyat Selangor membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ni memang tak tipu, sesak padang tu sebenarnya...Tahniah Selangor dengan Kempen Anti-Zina yang ke-5



8 comments:

org muo said...

terbaik prgm ni...

peRmaTa_ aGamA said...

selamat tahun baru 2012..=)

sm0ga tahun dan hari yg mendatang akan lbih bermakna n dredhai Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

ZWAN SABRI said...

Wah2.. bunyi cam best.. :)


MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..

aiman said...

untung la dapat pergi..

Alisya said...

masyaallah..ramai betul manusia...bagus program2 sebegini menggantikan countdown..

najihatussolehah said...

wah ustaz pandai maen gitar jgk..

Fajar said...

Ustad bergitar...

syafiqakarim said...

selamat tahun baru.
moga hidup bertambah baik dr sebelum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...