Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, 22 August 2011

Cahaya Lailatulqadar

Alhamdulilah, kita dah berpuasa sehingga ke 10 malam terakhir Ramadhan. Kebiasaannya dalam 10 malam terakhir ni, orang ramai sering memperkatakan mengenai sebuah malam yang dikenali sebagai lailatul qadar yang lebih berharga daripada 1000 bulan. Cuma ramai sahaja yang memperkatakan tidak mencari malam tersebut dengan bangun awal malam untuk sujud dan bertawaduk kepada Allah.

Kat sini aku nak ceritakan mengenai seseorng hamba Allah yang telah mendapat nur di malam lailatulqadar. Terkejut aku baru mengetahui bahawa orang tersebut telah menghadap Illahi sejak 2 tahun yang lalu. Teringat aku masa sekolah agama dulu, orang tersebut yang dikenali sebagai ustazah Rozita amat tegas dan garang di sekolah tersebut.

Dengan aku aku sendiri pernh kene pukul dengan die sebab tak solat subuh dulu. Piap kene rotan kat tangan...pedih, namun dengan rotanan tersebut menjadikan aku seorang yang tidak lagi mengabaikan solat. Terima kasih ustazah. Namun di dalam ketegasan beliau, tanpa disangka-sangka beliau menghidap penyakit barah otak..

Arwah Cikgu Rozita tersebut sangat beruntung dan bertuah kerana telah menemui malam lailatulqadar.  Aku tak tahu kisah ni namun diceritakan oleh adik aku sendiri...Ya Allah bertuahnya hambamu ini. Adik aku ceritakan ada satu malam di akhir-akhir bulan Ramadhan, arwah tersebut bangkit untuk qiam di awal pagi.

Setelah selelsai solat sunat, arwah tidak terus sambung tidur tapi menyambung kerja membuat kuih raya sebelum menunggu waktu sahur. Masa tengah sibuk sibuk buat kuih raya, arwah terdengarkan orang memberi salam di puntu rumahnya " Assalamualikum". Arwah pun bergegas untuk membuka pintu rumah, namun setelah pintu rumah dibuka tiada siapa kelihatan.


Yang hanya dilihatnya hanyalah pokok-pokok di sekitar rumahnya rukuk menghadap kiblat. Tidak pernah kita semua lihat tetiba pokok yang besar rukuk menyembah pencipa-Nya..subhanallah. Besar sungguh kebesaran Allah.

Sesungguhnya cerita ini bukanlah khayalan dan dongengan, namun realiti yang terjadi untuk kita semua menjadikannya iktibar dan panduan dalam mencari keberkatan malam lailatulqadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Al-fatihah untuk arwah ustazah Rozita.

Monday, 15 August 2011

Tak malu ke

Sape yang terkena harus jadikan entry kali ini sebagai iktibar...sepanjang 15 hari berpuasa di bulan Ramadhan, dah bape kali korang ponteng puasa atau cuti khas? Aku? Of course la penuh + berjaya puasa penuh setakat ni tanpa sakit sengugut atau muntah darah lagi. Korang pulak? Jeng2x...Tak kesah la dah berapa kali kan, tu korang punye pasal la kan, pandai-pandai la nanti nak ganti balik atau bayar fidyah...


Namun yang aku kesah sekarang adalah kenape mereka ini makan secara terbuka di khalayak DBP ramai..Bukan sekali tapi dah banyak kali aku nampak dengan mata  kasar ini. Setiap hari keluar dari rumah mencari rezeki untuk berbuka, aku nampak la mahluk-mahluk ini makan dan minum secara terbuka..


Aku pun naik pelik, muka nampak macam melayu tapi tak kan kristian pulak kan? Daripada artis, pak guard, model, buruh pembinaan semua dua kali lima je. Selambe je minum dan teguk air di bulan Ramadhan. Tergugat jugak iman aku tengok mereka ni... Paling tak boleh bla sekali, mereka buat muka tak bersalah langsung.


Sunday, 31 July 2011

Sehari Sebelum Ibadah

Diam tak diam, celik tak celik, sedar tak sedar dan burung tak burung  tinggal beberapa jam lagi kita akan menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu  berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau berpuasa di bulan syabaan dan syawal tu  tak kira sebab tu bukan rukan Islam.

Biasanya kita sebagai orang Melayu beragama Islam dan menetap di Malaysia tak kira di Sabah dan Sarawak, sehari sebelum puasa begitu diambil berat untuk melakukan aktiviti yang masih boleh dilakukan sebelum Ramadhan menjelma. Nanti kalau dah Ramadhan dah tak digalakkan untuk melakukan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi di siang hari. Orang cakap makruh mahupun boleh membatalkan puasa, abis nanti kene ganti puasa. Antara aktiviti tersebut ialah:
  • Tidur secara lebih-lebihan di hari Ahad ni, mentang-mentang hari ni cuti, memang ramai yang abiskan masa dengan berselimut di bawah atas katil. Lebih-lebih lagi cuaca di sekitar Kuala Lumpur mendung. Memang syoknye.

  • Mandi banyak kali bagi meningkatkan kesegaran dan tahap kewangian badan sebelum puasa. Ramai gak ambil kesempatan hari ni nak mandi laut dan swimming pool. Nanti dah puasa tak boleh sebab akan tertelan air  dengan banyaknya dan semestinye tak boleh kencing dan kentut dalam air nanti batal puasa.

  • Makan sehingga kembung perut yang dah sedia buncit.. Orang cakap bagi menikmati makanan sebelum berpuasa, nanti dah puasa teringin pulak. Conform hari ni McD, KFC, Pizza Hut dan kedai Cik Kiah akan dibanjiri dengan pelanggan yang luar biasa untuk makan lebih-lebih lagi nasi lemak dan roti canai pagi ni memang laku abis seperti cendawan goreng tumbuh selepas hujan.

  • Menipu dan mengumpat buat kali terakhir hari ini...dah cukup-cukup la menipu dengan mak bapak kita. Esok dan seterusnye dah tak digalakkan untuk menipu dan mengumpat ye. Kurangkan mesyurat tingkap bersama tetangga yang sering mengata keburukan jiran india sebelah rumah.
  • Bagi yang tegar menghisap rokok pula, hari ni memang kene hisap puas puas, sejam satu kotak kene isap ataupun non stop smoking..pergh memang boleh bawak maut punye.  Dah macam kapal api...ini boleh mengurangkan ketagihan di bulan puasa. Ni aku tak tahu, agak-agak je tak pernah feel.

  • Minum sepuas-puasnye, korang minum sepuas-puasnye sebelum berpuasa. Daripada air panas, air tin, air kotak, air manis, air sejuk mahupun air mineral semua kene sedut, bagi mengurangkan rasa keinginan di bulan puasa, tapi jangan sudut gam sudah la..

  • Bagi yang ada awek, hari ni boleh dikatakan untuk date buat  kali terakhir sebelum Ramadhan menjelma. Time ni la korang kene lepaskan rindu dan bermanja-manja dengan awek korang.Kalau benda ni korang buat mase bulan Ramadahan memang conferm akan dipandang songsang serong  oleh masyarakat.
Owh lupe nak bagitau malam ni jangan lupa pegi masjid atau surau berdekatan untuk solat terawih...malam ni juga jangan lupa tengok pengumuman darurat  berpuasa oleh atuk yang dirindui di kaca tv. Esok pukul 5.00 pagi jangan lupa bangun sahur...Dah alang-alang bangun awal pagi tu apa salah buat solat tahajud sikit...Esok jangan buat buat lupa puasa bila tetiba korang minum dan makan serapan sarapan
eh macam mak-mak pulak pesanan ni...

Ok ye jangan lupa pesanan dari burung.

    Friday, 29 July 2011

    Jumaat terakhir

     
    Ehsan En Goggle
    Ermm..Gambar ni takde kaitan dengan entry kali ni...cume sedikit kekecewaan malam tadi.

    Hari ini jumaat terakhir di bulan Syaaban bersamaan dengan 28 Syabaan. Lepas ni jumaat di bulan Ramadhan, dah tentunye puasa wajib yang kita semua akan lalui bagi yang beragama Islam. Lepas ni jumaat akan datang pasti akan dimeriahkan lagi dengan kenikmatan berpuasa dan termasuk keletihan sekali..


    Macam tak percaya minggu depan dah mula berpuasa. Dan hari ahad ini dah start solat terawih kat masjid-masjid dan surau berdekatan dengan rumah korang. Hari isnin awal pagi kita semua akan bangun pagi untuk mengambil keberkatan dan kelebihan bersahur. Dan semestinya maghrib di hari Isnin kita semua akan menikmati saat-saat berbuka puasa dengan membasahkan tekak yang kering tanpa air untuk sehari suntuk.

    Selamat Datang Ramadan....Ahlan Ya Ramadhan

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...