Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Friday, 19 August 2011

Insiden Jumaat

Aduh...jumaat ni terjadi lagi. Terjadi ape? Seliper kene rembat kat masjid atau air wuduk terpercik basah baju. Haha....semua salah. Ala korang yang lelaki mesti tau punye. Yang perempuan pun agak-agaknye tau gak kot. Aku rase korang pun buat gak mase dengar kuthbah, betul tak?

Ape terjadi? Hipotesisnye adalah semakin lame duduk bersila menunggu solat jumaat, semakin sayup-sayup bunyi suara pak khatib membaca khutbah jumaat. Mesti korang dah agak ape die kan.  Conform la tertidur dengan tak sengaja di dalam masjid. Ha, perkara ni la terjadi kat aku selalunye time solat jumaat. Aku tengok kiri tengok kanan semua dah terlentuk-lentuk menghayati alunan mimpi. Akku pun terjangkit la virus yang merosakkan pahala di jumaat hari. 


Lebih memalukan jika pak bilal dah qamat nak solat jumaat korang tak bangun lagi. Memang nak kene lepuk dengan jemaah masjid ataupun bapak korang sendiri. Dah cukup, lepas ni time solat jumaat aku kene tampal soletip kat mata ni tak payah bagi tutup lagi mase dengar khutbah jumaat ni. 

 Rembat dari En Goggle


 

Friday, 29 July 2011

Jumaat terakhir

 
Ehsan En Goggle
Ermm..Gambar ni takde kaitan dengan entry kali ni...cume sedikit kekecewaan malam tadi.

Hari ini jumaat terakhir di bulan Syaaban bersamaan dengan 28 Syabaan. Lepas ni jumaat di bulan Ramadhan, dah tentunye puasa wajib yang kita semua akan lalui bagi yang beragama Islam. Lepas ni jumaat akan datang pasti akan dimeriahkan lagi dengan kenikmatan berpuasa dan termasuk keletihan sekali..


Macam tak percaya minggu depan dah mula berpuasa. Dan hari ahad ini dah start solat terawih kat masjid-masjid dan surau berdekatan dengan rumah korang. Hari isnin awal pagi kita semua akan bangun pagi untuk mengambil keberkatan dan kelebihan bersahur. Dan semestinya maghrib di hari Isnin kita semua akan menikmati saat-saat berbuka puasa dengan membasahkan tekak yang kering tanpa air untuk sehari suntuk.

Selamat Datang Ramadan....Ahlan Ya Ramadhan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...