Ehsan En Goggle
Ermm..Gambar ni takde kaitan dengan entry kali ni...cume sedikit kekecewaan malam tadi.
Hari ini jumaat terakhir di bulan Syaaban bersamaan dengan 28 Syabaan. Lepas ni jumaat di bulan Ramadhan, dah tentunye puasa wajib yang kita semua akan lalui bagi yang beragama Islam. Lepas ni jumaat akan datang pasti akan dimeriahkan lagi dengan kenikmatan berpuasa dan termasuk keletihan sekali..
Macam tak percaya minggu depan dah mula berpuasa. Dan hari ahad ini dah start solat terawih kat masjid-masjid dan surau berdekatan dengan rumah korang. Hari isnin awal pagi kita semua akan bangun pagi untuk mengambil keberkatan dan kelebihan bersahur. Dan semestinya maghrib di hari Isnin kita semua akan menikmati saat-saat berbuka puasa dengan membasahkan tekak yang kering tanpa air untuk sehari suntuk.
Selamat Datang Ramadan....Ahlan Ya Ramadhan
