Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

Aku terkene lagi

Baru je terkene mase first puasa, puasa hari ke tiga terkena lagi...bukan kena lastik  oleh geng blogger lain, tapi kena tipu dengan peniaga di bazar Ramadhan, ham haram perangai. Nama je berpuasa di bulan Ramadhan, namun sifat keji dan terkutuk tak pernah nak ditinggalkan.

Aku dah terkena 2 kali, lepas ni jangan harap aku nak menghabiskan duit kat peniaga-peniaga macam ni...tipu pembeli. Baik aku sedekahkan kat masjid atau anak yatim, lagi ada peadahnye.

 Ceritanya macam ni, semalam aku teringin nak beli murtabak burung, lepas tu aku jumpa la murtabak ni dan beli 20 biji...gile banyak aku makan.. Jalan punya jalan ditengah-tengah kesesakan orang ramai berpusu-pusu mencari juadah melantak bergesel-gesel sana sini, oh tidak aku nampak kuih kegemaran aku iaitu popiah...sedap wei popiah ni...gile kentang punye sedap. 


Aku pun membeli lah popiah ni dekakt 20 biji...memang bernafsu tahap dewa nak makan benda alah ni....kalau aku kat kampung, memang mak aku buat bermangkuk-mangkuk untuk aku makan. Aku boleh makan popiah tanpa makan nasi kalau berbuka, febrete la katakan. 
 Mane yang tak kenal popiah ni,...ni gambarannya...memang terliur di bulan puasa ni

Dah tiba masa nak berbuka, aku siaplah makanan untuk bebuka....tup-tup tengok si peniaga ni tak sediakan sos untuk makan popiah...dalam hati aku dah kutuk abis mamat ni...kalau makan popiah tanpa sos ibarat badan tanpa pusat,...cacat wei..

Dah berbuka, aku sumbat popiah dalam mulut, tetiba aku rase pelik, aku cek balik popiah tu, ingatkan inti die sayur, sekali tengok macam cacing yang tengah bergerak-gerak, oh bukan...tapi meehun..aku terus memuntahkan kembali popiah dari mulut aku...cam cilake...adakah patut popiah berintikan meehun...kepale hotak die...merosakkan makanan melayu..terus buang kat dalam cik tong. Aku tak jadi makan...minum air je tanpa berkata apa... 


Sepanjang malam aku memaki mamat peniaga tu...ari ni memang aku nak terjah balik kedai die maki sendiri depan die...menipu aku. Sebelum tu aku dah tanye ape inti die....dengan bangangnye die cakap sayur...tu yang aku beli...kalau nak menipu tu agak-agak la wei...puasa ni dan dah membazirkan duit aku je.

Tuesday, 2 August 2011

Kenapa mereka bersemangat

Kalau diperhatikan. kanak-kanak lagi berasa gembira dan lebih excited daripada orang dewasa sendiri untuk berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadhan. Korang perasaan tak?

Lagi bersemangat bagi kanak-kanak yang first time puasa, betol tak? Atau korang nak gambaran, refresh back korang punye zaman childhood, mesti korang lah hero masa tu apabila dapat tahan puasa sampai ke petang. Aku pun same gak, dulu-dulu bangga je cakap kat member sepermainan longkang tepi rumah orang puasa tak boleh main dengan orang yang tak puasa.

Selepas aku analisa kembali kenapa mereka berasa seronok apabila berpuasa, ni la alasannye:
  •  mak bapak upah sehari puasa dapat gaji RM10, gile banyak...mentang-mentang la sekarang semua senang, anak yang berumur 5 tahun lebih pun boleh berkerja dan dapat gaji yang lumayan. Lepas tu kalau abis sebulan puasa dapat bonus tambahan lagi. Mane taknye budak-budak sekarang boleh beli Xbox dengan duit sendiri.
  • Bile berbuka si mama akan memasak makanan kegemaran anak kesayangan ini seperti ayam kentaki, burung masak lemak dan nasi goreng cina..mane tak semangat si anak ni untuk berpuasa bile berbuka boleh perhambat sampai senak perut makan. Bertambah manja anak-anak kesayangan ini
  • Atapun mereka kecil-kecil lagi dah terima hidayah untuk dibukakan hati untuk berpuasa, sejuk perut mak mengandungkan korang.
Tapi kite tak boleh nak salahkan mak bapak gak....sebab mase kecik-kecik macam ni la anak-anak kene dilatih untuk berpuasa...orang melayu cakap kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti kalau tak dididik, dah besar nak jadi ape?Nak jadi burung pun tak boleh...


    Wednesday, 20 July 2011

    Tips Menghadapi Ramadhan

    Ehsan daripada Goggle

    Kali ni aku nak kongsi tip persediaan kita semua termasuk aku sekali untuk menghadapi Ramadhan...Aku tak tahu kenapa kali ni banyak benar entry aku berkisar mengenai Ramadhan. Daripada aku dok buat entry yang tak berpaedah, baik aku bagi tip kat korang semua supaya kita boleh amik manfaat di bulan Ramadhan ini...Kepada yang belum baca entry aku sebelum ni,  kalau rajin korang baca dulu Burung jom aku nak kongsi tip persediaan menghadapi Ramadhan:

    • First sekali korang kene clearkan dulu hutang puasa yang lalu tak kira la korang bayar fidiyah atau ganti puasa. Nanti baru la tak ada bebanan pada puasa kali ni.Mana yang dah clear tu, ambil manfaat puasa sunat di bulan Syabaan ni. Tak kira la korang nak puasa separuh hari, sepanjang hari atau 2  hari bertutut-turut ikut kemampuan korang.

    •  Kepada yang kaki-kaki gossip tu...kurangkan mengumpat orang lain..Tak elok ok. Ni asal jumpe member je, mesti nak bergosip. Nak elakkan bergosip, bile jumpa member tu kurangkan bercakap. Atau pun wat selambe je bila member korang tu panggil

    •  Nanti pas balik rumah, korang kene cari semula kitab  Al-Quran yang dah berhabuk kat atass almari. Sebagai persiapan nak khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ni.

    • Yang penting sekali korang kene surf blog-blog yang berkaitan dengan resepi bulan Ramadhan  seperti Dapur Tanpa Sempadan  untuk mendapatkan idea juadah berbuka...Pada yang tak de masa nak masak kat rumah macam akku, carilah lokasi bazaar ramadhan yang berhampiran dengan rumah.

    •  Dan semestinye korang dah start kene review waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan tempat tinggal korang. Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur boleh review  kat sini Abg Terror

    • Semestinye bulan Ramadhan ni korang kene berjimat cermat dengan penuh hemah. Sebab apa?? Bila dah membazir tu amalan syaitan kan.  Bila membeli juadah berbuka, beli yang patut je, jangan melampaui batas mengikut nasfu makan. Yang penting, bulan Ramadhan ni la korang kene ikat perut  sebaik-baiknye supaya bolehlah kurangkan berat badan dan stanby duit raya untuk anak-anak buah.

    • Korang kene cek balik cara bacaan niat berpuasa tak kira la niat untuk sebulan atau niat setiap hari. Juga bacaan doa untuk berbuka puasa. Ni penting, dan aku yakin ada ramai di antara kita terlupa kan. Ye la puasa kan setahun sekali, mana nak ingat an

    • Rajin-rajin la pegi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan, termasuk aku sekali ok, bukan kat korang je. Kita kena ambil kesempatan ni untuk kenal-kenalan dengan ahli kariah masjid. So nanti tak de la kekok sangat time puasa.

    Buat masa ni, ini sahaja yang aku boleh fikirkan. Kalau ada apa-apa yang korang nak tambah boleh la komen aku...nanti aku edit balik entry ini

    Sunday, 17 July 2011

    Tanda Ramadhan menerjah hidup kita




    Diam tak diam, mahu atau tak mahu ramadhan datang lagi megetuk pintu hati kita. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk kite buat persiapan raya menyambut Ramadhan bulan yang dirahmati

    Ada antara kita riang gembira menyambut kedatangan ramadhan ni tak kurang pula yang tidak berapa suka kedatangannya. Antaranya kanak-kanak yang baru nak belajar puasa. Haha, macam-macam alasan dieorang tak nak puasa seperti sakit perut,demam,muntah darah,selsema, sakit kepala, sakit kaki mahupun luka di tangan. Tapi jangan terkejut alasan sebegini juga sering digunakan oleh orang dewasa khasnya lelaki untuk mengelak daripada puasa. Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi



    Terdapat beberapa tanda yang Ramadhan semakin hampir tiba antaranya ialah:
    • Orang yang bernama Ramadhan, Shahramadhan, Nur Ramadhan dan seumpamanya yang paling eksited sekali bile orang mula menyebut-nyebut nama mereka.

    • Semakin ramai orang yang mula untuk berpuasa sunat dengan niat ganti puasa yang tak abis tahun lepas dan berlatih berpuasa untuk menghadapi Ramadhan supaya perut nanti tidak terkejut bila tak makan selama 12jam.


    • Orang yang goyang kaki dah tak senang duduk. Korang tau sape orang yang goyang kaki? Dah tentulah orang yang menjahit tempahan baju. Of course la mereka yang paling sibuk di bulan Ramadhan ini untuk selesaikan semua tepahan baju ini

    • Kalau diperhatikan ada di antara jalan-jalan yang telah dikotak-kotakkan bukan untuk konfiuskan orang ramai tapi untuk tapak bazar Ramadhan.


    • Tidak kurang juga ramai orang beratur panjang di pejabat Majlis Perbandaran untuk dapatkan tapak bazar Ramadhan tidak kira yang pernah berniaga ataupun tidak semua ingin mencuba nasib. Tidak kira jual apa sahaja, semua nak cari duit Raya.

    • Komplek membeli belah dah mula naikan lampu kelip-kelip dan dah banyak kedai yang jual kelengkapan baju Raja seperti songkok,kerongsang, sampan dan of couse la tudung.

    • Kalau minum air, nikmat kesedapan dan kemanisan air semakin dirasai. Sampaikan tidak perlu makan nasi, kenyang makan air.

    • Cuaca semakin panas di tengah hari untuk menguji tahap kehausan kite. Bila buat keje sikit-sikit nak minum air.

    • Bagi sesetengah orang mulalah teringin nak makan macam-macam sebelum bulan Ramadhan menjelma. Kalau boleh semua benda nak makan, kalau tak makan nanti kempunan di bulan Ramadhan. Nafsu makan tahap babeng je yang buat macam ni.

    • Iklan-iklan buah kurma semakin banyak diperkatakan lagi-lagi Yusuf Taiob . Buah kurma dah bersepah kat supermarket senang nak beli

    • Kalau yang rajin pegi surau atau masjid dah tentunye banyak ceramah agama mengenai persiapan menghadapi Ramadhan

    • Bagi ibubapa, saat kepeningan akan mula melanda untuk bekerja keras mencari rezeki tambahan untuk persiapan raya.

    • Bagi yang terlebih eksited, dah start solat terawih dan bangun sahur untuk melatih diri di bulan Ramadhan.

    • Ramai orang berkira-kira bajet bagi bayaran zakat di setiap negeri.

    • Tidak kurang juga, hotel-hotel dah bentang banner diskaun potongan berbuka puasa di hotel

    • Kuih-kuih raya dan serunding daging dah mula dijual di pasaran.

    • Suri rumah dah mula buat timetable hidangan masakan istimewa berbuka puasa bersama keluarga

    • Orang ramai dah mula tengok kalender hijrah tengok waktu berbukan dan waktu bersahur serta tidak ketinggalan waktu imsak bagi yang selalu terbabas bersahur.

    Thursday, 24 June 2010

    Puasa Khamis

    Huh dah hari khamis..aku masih lagi megira detik-detik  untuk pulang ke shah alam...macam malas la plak nak balik...ikut planing nak balik weekend ni sebab ada program kat shah alam, seperti biasa pagiku sama macam sblm ni, cume ari ni ari khamis...khamis? Pose sunat la. Kite memang digalakkan untuk pose sunat pada hari isnin dan khamis tambahan pula bulan ni bulan rejab..bulan Allah S.W.T.

    Ari ini ak dgn akak ak pose kt umah ni...yg laen x sbb penat keje n sekolah. Xpe la 2org pn xpe. Klu ikut planing isnin depan smua kt umah ni nk pose tp apakah daya ak dh blik s alam xdpt sama-sama pose. Xpe ramadhan ad nti leh la g solat teraweh sama-sama. Ari ni ak kene tlg mak ak memasak utk juadah berbuka. dy kate nti dy balik keje br sy masak, pas asar cm tu la. Ak ni mane la nk pndai masak, mkn pandai la...xtau la ak ak leh tlg mak ak.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...