Lagi bersemangat bagi kanak-kanak yang first time puasa, betol tak? Atau korang nak gambaran, refresh back korang punye zaman childhood, mesti korang lah hero masa tu apabila dapat tahan puasa sampai ke petang. Aku pun same gak, dulu-dulu bangga je cakap kat member sepermainan longkang tepi rumah orang puasa tak boleh main dengan orang yang tak puasa.
Selepas aku analisa kembali kenapa mereka berasa seronok apabila berpuasa, ni la alasannye:
- mak bapak upah sehari puasa dapat gaji RM10, gile banyak...mentang-mentang la sekarang semua senang, anak yang berumur 5 tahun lebih pun boleh berkerja dan dapat gaji yang lumayan. Lepas tu kalau abis sebulan puasa dapat bonus tambahan lagi. Mane taknye budak-budak sekarang boleh beli Xbox dengan duit sendiri.
- Bile berbuka si mama akan memasak makanan kegemaran anak kesayangan ini seperti ayam kentaki, burung masak lemak dan nasi goreng cina..mane tak semangat si anak ni untuk berpuasa bile berbuka boleh perhambat sampai senak perut makan. Bertambah manja anak-anak kesayangan ini
- Atapun mereka kecil-kecil lagi dah terima hidayah untuk dibukakan hati untuk berpuasa, sejuk perut mak mengandungkan korang.