Showing posts with label langgar. Show all posts
Showing posts with label langgar. Show all posts

Friday, 5 August 2011

Dah tak cool

Rasenye baru bulan lepas cerita pasal cool bila bawak motor. Semalam dah jadi tak cool...bukan aku eksiden bile bawak motor tapi eksiden masa bawak kete. Cam haram...

Lokasi kejadian  :di hadapan rumah
Masa: 10 pagi hari ke 4 puasa

Baru naek tak sampai seminit dah eksiden..tu la kecelakan yang paling cepat aku alami seumur hidup aku...
 Nasib baik takde kemalangan jiwa sebab tidak melibatkan orang, kucing mahupun burung.Korang nak tau aku langgar ape?
Ni die mangkuk yang aku langgar...sekali tengok macam mangkuk jamban tapi bukan...rupa-rupanye tempat tong sampah hak milik jiran sebelah. Tapi tak de tong sampah kan...pelik aku dengan jiran sebelah...kalau die letak tong sampah memang aku tak langgar sebab aku nampak..dalam hal ni jiran sebelah perlu dipersalahkan...malam ni aku ada operasi sulit iaitu memecahkan mangkuk ni supaya tidak lagi ada kereta kami merempuh mangguk ni tanpa sebarang pengetahuna jiran sebelah.
Korang tengok lokasi kereta....macam mane aku tak langgar memang tak nampak....keluar dari rumah terus masuk kereta tanpa memerhatikan keadaan sekeliling...Start enjin masuk gear terus ke depan dan boom...Dalam hal ni aku tak 100% salahkan jiran sebelah..sebab aku cuai tak tengok depan dan belakang...kalau kat depan tu ada kucing atau burung yang tengah landing...conform kene lenyek dengan bulldozer ni.Masa pelanggaran kereta tu kata ''don't touch'' pas tu menggila bunyi alarm yang mampu mengegarkan jiran tetangga..
Ni la kesan lepas perlanggartan...terkopak bumper..nasib baik aku bawak kereta berkuasa gajah, kalau bawak kereta berkuasa kuda atau burung memang pecah tayar depan. Ni aku tak bawak laju dalam 15km/j sahaja...Kalau laju lagi aku rase mangkuk tu boleh pecah dan kepala aku pecah dihempap airbag...Lepas perlanggaran abis aku kene bebel 40 hari 40 malam tanpa henti..lepas ni kene pekakkan telinga la jawabnye


Ok la aku dah ada 1st experience langgar batu..Oleh itu, lepas ni aku dan juga korang kene ambil iktibar kejadian ini...Sebelum masuk kereta perhatikan depan, belakang, atas, bawah, kiri dan kanan kereta, supaya tak dilanggar dan melanggar pula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...