Saturday, 11 February 2012

Lega dah abis exam


Korang ada ingat tak entry lepas aku pasal 
krusus Project Management
kelas selama 5 hari
cover sampai 15 chapter
1 hari prep/ study hour
1 hari exam selama 2 jam

Mak aii, risau bebenar aku nak exam mase jumaat lalu
bayangkan kalau gagal exam 
tak bermakna aku amik krusus ni
tapi
alhamdulilah
aku lulus exam dengan 80%
minimum untuk lulus 70%
daripada 50 soalan 
aku salah 10 soalan

boleh katekan aku tak tidur malam la
risaukan exam ni
aku study hard punyalah 
bagai naak rak

Jadi sekarang aku dah dapat
certificate Project Management
daripada EC-Council 



Tuesday, 7 February 2012

Terserempak Ustaz Zahzan Mohamed


Semalam aku bersama member melepak kat PWTC
semperna Pesta Buku Antarabangsa.
Well semalam kan last day, jadi ramai pemborong
meletakan harga runtuh bagi memperoleh
profit yang lagi banyak

Ape yang aku beli semalam hanyalah 2 keping CD 
ceramah Ustazah Bahiyah khas untuk akak aku...
aku beli kat booth Telaga Biru.
Ramainya orang macam situasi pasar ikan

Tengah belek-belek buku sambil
melayan promoter Telaga Biru,
ternampak la pulak 
ustaz yang semakin menyinar di arena
ceramah dan forum 
sape lagi tak lain tak bukan
Ustaz Zahzan Mohammed


Saje je nak mintak autograph kat buku member aku
sambil ambil gambar.

Die menegur aku
''Awak nak hafaz Ak-Quran ke?
aku hanya menjawab ''Huh?"
Tak sedar pulak buku tersebut teknik menghafaz Al-Quran.
Aku mebalas lagi, ''InsyAllah satu hari nanti ustaz"
Ustaz membalas
"Bagus awak masih muda lagi"

Monday, 6 February 2012

Andai Rasullah bersama kita


Masih belum terlambat untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
buat seluruh umat Islam di muka bumi ini.
Tiap-tiap tahun kita menyambut kelahiran Nabi Keagungan Allah, 
Nabi Muhammad SAW Ya  Rasululah .

Korang pernah bayangkan tak macam mana kalau  Rasululah  masih hidup bersama-sama kita
di zaman ini..
Ape yang akan dilakukan  Rasululah ?

Dah tentunya akan menegakkan Islam dan bangitkan hukum Allah
di seantero dunia.
Sekarang ini, ada tak kita bermatlamat seperti  Rasululah ,
tak de kan?

Cuba bayangkan jika  Rasululah  masih hidup dan hendak melawat negara kita, Malaysia.
Apa yang kita lakukan?
Mesti ramai akan menyerbu KLIA menyambut 
kehadiran rasul yang agung ini dengan
selawat dan gemaan
tala'a al badru ' alayna
tapi apa gunanya jika kita hanya mencintai  Rasululah  pada zahir sahaja
seperti perarakan,dan majlis besar-besaran 

Mesti  Rasululah  akan menitiskan air mata
melihat kehidupan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita,
dan negara kita yang masih kurang
penerapan Islam. 


Oleh itu, marilah kita semua
menjadikan Rasululah sebagai contoh tauladan
sepanjang zaman bukan sahaja dari segi zahir tetapi
rohani juga dengan amalkan sunah Rasululah 
dan berpegang teguh pada
Al-Quran dan As-Sunnah

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
 keluarga Baginada, Sahabat baginda serta orang yang berjuang di jalan Allah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...