Showing posts with label Rasullah. Show all posts
Showing posts with label Rasullah. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Andai Rasullah bersama kita


Masih belum terlambat untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
buat seluruh umat Islam di muka bumi ini.
Tiap-tiap tahun kita menyambut kelahiran Nabi Keagungan Allah, 
Nabi Muhammad SAW Ya  Rasululah .

Korang pernah bayangkan tak macam mana kalau  Rasululah  masih hidup bersama-sama kita
di zaman ini..
Ape yang akan dilakukan  Rasululah ?

Dah tentunya akan menegakkan Islam dan bangitkan hukum Allah
di seantero dunia.
Sekarang ini, ada tak kita bermatlamat seperti  Rasululah ,
tak de kan?

Cuba bayangkan jika  Rasululah  masih hidup dan hendak melawat negara kita, Malaysia.
Apa yang kita lakukan?
Mesti ramai akan menyerbu KLIA menyambut 
kehadiran rasul yang agung ini dengan
selawat dan gemaan
tala'a al badru ' alayna
tapi apa gunanya jika kita hanya mencintai  Rasululah  pada zahir sahaja
seperti perarakan,dan majlis besar-besaran 

Mesti  Rasululah  akan menitiskan air mata
melihat kehidupan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita,
dan negara kita yang masih kurang
penerapan Islam. 


Oleh itu, marilah kita semua
menjadikan Rasululah sebagai contoh tauladan
sepanjang zaman bukan sahaja dari segi zahir tetapi
rohani juga dengan amalkan sunah Rasululah 
dan berpegang teguh pada
Al-Quran dan As-Sunnah

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
 keluarga Baginada, Sahabat baginda serta orang yang berjuang di jalan Allah


Friday, 3 February 2012

Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. 

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW..

Sumber : one-ummah.net
Dipost Semula Oleh : - Wujud -

Saturday, 14 January 2012

Ya Rasullah

Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut hari bersejarah dalam kalender Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke dunia ini. Walaupun sudah lamanya Rasullah S.A.W menginggalkan kita, namun ajaran dan sunnah Rasullah S.A.W masih kekal sehingga kini diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam.

Rasullah S.A.W masih lagi menjadi role model ikutan umat kini kerana Rasullah S.A.W mempunyai ketinggian akhlak yang tinggi dan mulia. Jika dibandingkan tiada siapa pun mampu menandingi keperbadian Rasullah S.A.W, tetapi kita haruslah mencontohi serba serbi tentang Rasullah S.A.W.

Mulianya Rasullah S.A.W sehingga diangkat Allah S.W.T menjadi manusia teragung sepanjang zaman. Cintanya Rasullah S.A.Wkepada kita tidak ternilai, namun adakah kita sebaliknya??? Tepuk dada tanya iman sendiri.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...