Sunday, 5 February 2012

Jom abiskan boucher RM200

Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada DS Najib
kerana memberi boucher buku 1 Malaysia kepada pelajar IPT.
Sape nak bagi kan RM200. 
Aku sendiri pun tak pernah nak spend duit sebanyak tu membeli buku..
Jadi ape aku buat dengan boucher buku tu?

Sebagai pelajar yang bededikasi macam aku ni
of course la aku membeli buku-buku bermoral 
nak beli komik tak boleh sebab kene sound dengan akak MPH 
''adik komik dan majalah tak boleh beli pakai boucher"

Kalau korang nak spend boucher tu boleh la 
pegi MPH atau Popular berdekatan.
Kalau pegi sekarang pun aku yakin kedai buku tu dah macam
 pasar malam sesak dengan mahasiswa/siswi.

Aku yakin gak memang semua barang kat kedai buku tersebut akan lincin 
memandangkan tarikh luput boucher 31 March ni..
Kalau korang perasaan la kan, mana yang dah spend boucher tu, 
perasaan tak kenaikan harga barang-barang lebih hangat dari biasa.

Paling tak boleh blah sekali, A4 paper yang harganya RM10++ kini menjadi RM15
memang tak patut. Mahal nak mampos..
pandai dieorang cari untung kan
Jadi kita la yang rugi sebenarnya.


Ni antara buku-buku yang aku beli...
semuanya menarik untuk dibaca.
Tapi buku yang kat tengah bawah sekali tu bukan untuk aku
special buat akak aku yang baru je mengandung.

Selain buku, ada gak aku beli alat tulis..
banyak gak aku amik, semua jenama PILOT.
Pencil case aku baru hilang,
so apa salahnya aku beli baru kan.

Tu je yang aku nak kongsi dengan korang,
owh ya, aku ada lg boucher RM50
mungkin aku nak beli mouse wireless atau 
buku lain khas buat mak dan abang ipar aku.

Bagi yang belum mengunakan llagi boucher tu
aku ucapkan
SELAMAT MEMBELI BELAH

Friday, 3 February 2012

krusus Project Management


kalau korang nak tau aku amik Project Management class untuk 3 minggu ni
rase cam menyesal plak amik, student lain semua tgh heppi kat rumah 
aku kat sini dok membelek buku tebal belajar terkial-kial
almaklum lah aku ni bidang engine, 
so kalau bidang management ni kira bidang terjun la
sakit gak belajar theory ni...
tapi banyak manfaatnye bile dah berkerjaya
boleh jadi Project Engineer


Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. 

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW..

Sumber : one-ummah.net
Dipost Semula Oleh : - Wujud -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...