Showing posts with label renang. Show all posts
Showing posts with label renang. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

Suka Berenang

Akhir-akhir ni acap kali aku pegi berenang
macam ketagih plak renang ni
lepas sehari di ikuti pula dengan hari berikutnya
dan seterusnya...
susah sgt cakap,
hampir setiap hari aku pegi berenang...

tak de la pandai sangat tp intermediate la
tapi bila kat tempat dalam, 
cuak tu semacam je
nafas pun jadi pendek,
jantung berdenyut kencang...
terpaksalah berehat kejap

Walaupun begitu, 
tapi tak serik juga..
terjun lagi kat dalam air
best dan nikmat

Aku rase kalau berenang ni boleh 
mengubah bentuk badan dengan cepat, 
lagi cepat dari pegi gym, jog, mahu pun cycling

Sebab ape??
Sebab aku nampak perubahan kat badan aku
daripada normal ke bentuk lebih sasa dan bidang..

Tu yang best,
boleh membakar lemak dengan cepat
alaupun tak berpeluh 
tapi letih dan haus tetap terasa
bagaikan berlari 1 km

Apa-apa pun, 
kalau korang nak join aku pegi swimming
jom la turun kat
Pusat Akuatik Shah Alam
sebelah tesco tu je

Ni blog pasal suka swimming 
yang aku jump sebentar tadi
Alhamdulilah dengan berkat
bantuan blog seorang insan yang perihatin
boleh la kita belajar slow-slow 
from 0 until
become hero



Saturday, 15 October 2011

Renang dan Gigi

Korang yang kaki swimming tu jom la turun renang kat Kolam Renang UiTM..bukan student je boleh swimming, orang luar pun boleh la...jom la. Kalau nak best lagi, boleh la join aku ikut kelas renang. Best tauu..instructor akan ajar kita teknik renang dengan betul..aku baru je join kelas ni...memang berguna la...tak sia-sia belajar dengan kos pembelajaran yang amat murah....so as a student, amik la advantage yang disediakan untuk kita...Untuk maklumat lanjut boleh la tengok kat sini http://kolamrenanguitm.blogspot.com/



Ni jadual sesi renang kat kolam renang UiTM. Terpaksa kongsi dengan siswi plak. Tapi no hal la, janji dapat lepas gian renang.

Oh ya, kalau ada sape-sape yang berminat untuk wat teeth treatment tak kira la treatment ape pun janji percuma, boleh la hubungi aku kat sini...announcement ni khusus kat student, tapi kalau orang awam nak buat pun boleh je...percuma wei...ape la jom la...Sebenarnya...ianya sebahagian daripada core subject bagi student pergigian kat UiTM ni...jadi sekarang mereka memang tengah cari patient untuk mereka belajar...jangan risau mereka semua dah terlatih dan semasa oeration tu ada doctor gigi yang akan bersama-sama student dentist..

Aku pun sekarang ni tengah jadi patient untuk kawan aku ni...tolong member kan...sama-sama dapat advantage...gigi aku ni memang teruk pun sebenarnya...boleh dikatakan kurang kalsium. so macam-macam problem la...minggu depan siap la aku kene cabut gigi plak...aku harap member aku tu akan buat seriously ok...bukan cubaan.



Tuesday, 19 July 2011

Renang satu kelebihan

 Ikhlas dari Goggle

Entry kali ni series aku cakap tak de kaitan dengan aku., cuma ada kaitan dengan korang yang tak pandai berenang. Actually  aku baru je pandai berenang tapi tak pro la bro...nak kene selalu practice  baru boleh jadi profesional. Tapi seriously aku cakap korang kene cuba berenang bagi yang tak pandai. Sangat best dan menyeronokkan. Mana yang dah pandai tu nanti boleh kite berlumba sape berenang paling laju. Conform kalau korang cuba memang nak renang lagi dengan pelbagai gaya termasuk kuak lentang. 

Bukan susah pun...First sekali korang kene buang segala sikap kejantanan takut kepada air. Hello kite bukan kambing ea. Kalau takut sangat kat air tu korang boleh kawan dengan kambing. Same je perangai....sorry sorry aku gurau je.

Renang ni memang satu kelebihan...cuba korang bayangkan tetiba la banjir besar berlaku, so korang macam mane...tak kan nak menjerit je mintak tolong....kalau korang memang pandai berenang so korang pulak boleh tolong orang laen...

Kalau korang nak tahu, kite ni memang boleh berenang dan menyelam....semua ada pengalaman. Tak tahu bile? Mase kite dalam kandungan ibu lagi...lama kite berendam or menyelam dalam air. Jadi bayi yang baru dilahirkan masih lagi mempunyai sifat ketelusan kepada air. Kalau korang tak percaya cube test....campakkan anak korang  yang baru berusia beberapa bulan...kalau korang cuba kat anak korang yang dah berusia 5 tahun...conform die menjerit minta tolong.


Sekarang pun dah femes kaedah ibu bersalin dalam air. Kalau tk percaya boleh baca ni Sihat Selalu, Seri Kasih dan Utusan. Tengok dah dapat informasi berguna. Bagus gak blog aku ni...hehe


Jadi jangan lepaskan peluang melahirkan anak di dalam air..Tapi korang jangan buat time banjir...bahaya, air banjir sangat kotor, nanti boleh terkena jangkitan kuman..lepas korang dah dapat anak jangan lupa untuk ajar anak korang renang dan menyelam. Aku pun nanti nak ajar anak aku berenang.


Ikhlas dari Goggle




    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...