Showing posts with label hero. Show all posts
Showing posts with label hero. Show all posts

Sunday, 14 August 2011

Hero Malaya

Hero Malaya? Adakah rosyam nor atau farid kamil tak kan pula Lisa Surianti? Adakah kite bangga dengan aksi mereka di kaca tv? Mak suka sanggat, kacak banggat...haha . Pada aku mereka hero hanya pada bidang lakonan, tanpa lakonan mereka normal seperti kita semua.

Aku rase hero sebenar adalah kita semua semasa kecil. Betul tak? Kalau tak betul korang boleh tanye mak sendiri nakal tak abang masa kecil dulu? Conform mak korang cakap macam nak tercabut jantung jaga korang masa kecil.

Pantang mak korang leka dan lepa, mesti korang dah kat atas almari atau pokok kelapa belakang rumah. Mak korang mesti dah macam drakula kalau korang nakal sangat. Kalau mak korang tak boleh tahan lagi, memang hinggap la batang penyapu kat kaki. Pas tu sibuk la cakap "ampun mak abang tak buat lagi sambil menangis melalak dan terlolong'. Bile dikenang kembali memang kelakar dan memalukan.

Kelmarin (jumaat) aku menghabiskan masa di sebuah bank, dari lepas solat jumaat sehinggalah ke matahatri terbenam atas urusan, aku perhatikan seorang ibu yang keletihan melayan kerenah anak lelakinya yang ganas dan tak reti duduk diam. Aku cuma perhatikan dari jauh, dalam hati aku tersenyum melihat budak lelaki tersebut.

Aku tengok budak tu nakal yang amat, tergolek sana sini, baring atas meja, baling kasut kat orang, usik mak die sendiri , berlari tanpa segan silu, last sekali melalak sebab terjatuh. .Dah melalak nak pulak cari mak sendiri, kononye nak menagih simpati...Seminit memang tak reti duduk diam, dalam pikiran aku budak ni tak letih ke? Oh memang la tak letih sebab die tak puasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...