Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

Terasa kenaikan

Terasa kenaikan harga...huh (mengeluh sekejap). Dalam hati merungut " beli barang sikit ni je dah dekat RM50". Duit sekarang dah macam air...laju je...padahal bukan beli barang keinginan tapi keperluan...nak tak nak memang kene beli. Korang rase macam tu tak?


Ni lagi-lagi nak raya., hambik kau, semua persiapan raya dah mencecah ke kos yang paling tinggi dalam sejarah hidup korang. Cube korang cek balik, raya tahun ni la kita bedepan dengan kenaikan harga barangan yang paling tinggi. Taun lepas boleh lega lagi...tapi tahun ni dah paras hidung, tercunggap-cunggap. Tak cukup beb.


Aku yakin ramai yang tengah runsing memikirkan tentang persiapan raya lagi-lagi yang dah berkeluarga dan dah beranak pinak..budak-budak kalau raya memang heppi semacam je..nak itu ini semua baru. Yang kesian kat mak bapak la terpaksa melayan karenah anak-anak.




Monday, 25 July 2011

Kenangan Syiling Malaysia

Ikhsan En Goggle dan Bank Negara Malaysia

Aku baru dengar berita ni tadi kat berita.. BNM nak keluarkan edisi terbaru kereta silap duit syiling versi negara Malaysia...kalau korang was-was dengan aku amik ni baca dulu Bank Negara Malaysia. Sekarang korang boleh percaya kan.


Aku ingatkan kereta je ada edisi terbaru, rupa-rupanye duit syiling pun ada gak. Duit syiling yang aku simpan bertabung-tabung kat atas almari ni nak buat ape nanti. Nak buang kat dalam perigi buta kah atau aku nak gune untuk main spirit of coin?. Ape kejadah buat semua tu, aku rase duit syiling ni sesuai aku tukar kat kedai mamak dan beli topap handphone, lagi ada faedahnye.Boleh call awek lame-lame


Korang bayangkan la duit syiling ni dah berabad kite guna. Banyak kenangan duit syiling ni mase kecik seperti:
  • curik duit syiling bapak beli aiskrim
  • buat peluru main tembak-tembak
  • tertelan duit 10sen mase kecil abis tercekik-cekik
  • berebut duit syiling dengan kakak
  • bersepah-sepah bawah katil, time sengkek cari balik
  • sedekah kat pasar malam dan tabung masjid
  • bayar duit tol yang berharga RM2.60 dengan duit syiling sahaja
  • pedajal apek cina kedai handphone beli topap RM30 dengan duit syiling
  • beli gula-gula 10sen 2 bijik
  •  main tekap-tekap duit syiling atas kertas
  • kunyah duit syiling time lapar
  • isi minyak moto dengan duit syiling
  • baling duit syiling kat perigi keramat
  • selalu maki cashier supermarket sebab solap duit  syiling
Aduh, ni je aku ingat...memori zaman dulu dah didelatekan ke recycle bin. Tak ingat dah. Ape-apu pun lepas ni kite kene simpan duit syiling ni untuk tunjuk kat anak cucu cicit nanti. Baru nanti cucu korang rase atok die cool mase muda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...