Showing posts with label burung. Show all posts
Showing posts with label burung. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

Rabu Tanpa Berbicara


Diriku Seperti Burung

kesian kat burung di dalam sangkar 
yang tak bebas untuk terbang

Friday, 26 August 2011

Kenapa Burung

Sejak aku mula aktif berblogging ni, ramai blogger tanye "kenapa burung?", "asal nama burung?", "Ni burung sebenar ke?", "Ni burung ape?"mase aku buat blogwalking. Semua pasal burung, kenape takde pulak tanye  "sape abang kacak ni?", "Sape budak cute ni?" dan "Sape budak hencem ni?" Takde pulak yang tanye cam tu, tak pe la aku tak kesah pun (merendah diri)...memang si Burung lagi menarik perhatian di blog Diriku Seperti Burung. Kalau nak tahu sejarah form 5 pasal blog Burung boleh review kat sini.

Ok kat sini biar aku explain lelebih pasal burung? Kenapa aku ambil name burung...Mai sini, si abang yang tak seberapa hensem ni buat story morry pasal burung. Pada suatu hari, (eh dah macam bed time strory pulak) kite tukar mood la, ada la satu hari yang tak seberapa cerah dan panas terik ni, aku kat rumah termenung memerhatikan halaman rumah yang baru dimesin rumput oleh apek india (apek india ada ke?) sambil merenung masa hadapan...

Lepas die mesin rumput, die kemas dan buang sisa-sisa rumput yang bersepah-sepah di halaman rumah sehingga bersih...huh memang puas hati kerja die tapi cam cilake je mintak upah lebih dekat RM30 hinggit dengan alasan rumput karpet. Padahal luas kawasan halaman tu cume sebesar meja ping pong je. Kalau aku tahu die mahal memang aku tak jemput die mesin rumput. Eh ape yang aku mengarut ni...back to story again

Lepas tu aku perhatikan, aik kenapa ada banyak burung kat halaman rumah ni...ada la dekat 4 ekor kesemuanye...tapi burung ape? Jangan tanye aku, aku  bukan seperti zoologist yang kenal semua spesis haiwan. Burung tu punye la semangat mencari-cari sesuatu kat rumput tu, tak tahu la mereka cari ape? Tak kan cari cacing, ada cacing ke? Lepas aku cek baru aku tahu die makan serangga yang kat tanah tu...

Ok ni bukan dari en goggle, tapi aku yang snap hari tu...
Ada 4 ekor burung masa tu...comel sungguh

Lepas tengok aksi berburung (bukan sekor je tapi ramai) tersebut, aku teralih arah merenung nasib seperti burung ni...lepas makan ni die nak terbang kat mane pulak, bebas ke burung terbang tanpa dilastik oleh budak nakal? Ataupun terbunuh disambar petir ketika terbang? Tu la persoalan yang bermain kat kepala otak aku sehingga kini.

Dari situ la aku mendapat inspirasi untuk pilih nama burung ni. Burung yang memberi maksud seekor haiwan yang boleh terbang tinggi-tinggi bukan otromen je boleh terbang dan juga boleh berak kat cermin kereta atau baju korang... Ok, ada paham? Sudah la, aku tak nak teruskan menulis lagi sebab semakin lame aku tulis semakin skema ayat aku guna...haha..


Sunday, 7 August 2011

Terima Kasih

Aku rase baru sebulan aku aktif berblogging, aku dah dapat perkembangan positif dari semua pihak terutamanya rakan-rakan blogger yang sering terjah-menerjah blog kesayangan aku Diriku Seperti Burung. Terima kasih ye sebab sudi membuat lawatan tapak ke sarang burung ni.

Walaupun tak seberapa, tapi aku yakin Diriku Seperti Burung  mampu bersinar seperti senior-senior blogger yang ramai aku kenal dalam dunia maya ni. Walaupun tak pernah bersua muka namun aku rasakan korang dekat di hati.

Dalam masa sebulan ni, pihak Nuffnang telah kembali memberi sokongan padu kepada aku dengan memberi bermacam-macam iklan kat blog Diriku Seperti Burung. Sokongan moral yang tak terhingga juga diberikan daripada senior blogger untuk memberikan keyakinan kepada aku untuk membangunkan sarang burung ni.

Tuah datang dari burung..walaupun aku tak pernah cerita pasal burung kat blog ni. Namun burung telah memberikan satu harapan dan matlamat di dalam dunia blog ini agar Diriku Seperti Burung mampu melakar kenangan manis di sini.

Walaupun hanya sebulan, masih banyak yang aku perlu pelajari daripada korang untuk menjadikan diri ini semakin matang dan dewasa. Terima kasih sekali lagi..

En Goggle punya burung

Tuesday, 26 July 2011

Evolusi Blog Burung

 Mase tengah bosan, aku buka dashboard  profile blog ni. Dan aku jumpa ni.?

Terkejut burung aku tengok bahawa blog ni dah diwartakan (perkataan baru aku jumpa dekat Dewan Bahasa  Pustaka tadi ) dekat dua tahun...otak burung lame gile. Memang dah taraf otai blogger la katakan macam Cikgu gila merangkap mastermind aku,  padahal baru nak berjinak-jinak dengan dunia yang tak seberapa maya ni.

Setelah aku pikir balik, baru aku teringat kenapa aku buat blog, sebab terpaksa. Korang buat blog semua dengan niat dan hati yang tulus suci. Aku pulak dulu kene paksa dengan lecture. Kalau tak kene pakse memang sampai sekarang aku takde niat nak buat blog.

Lecturer beb pakse aku dan classmate  yang lain buat blog. Aku ingat lagi ayat ugutan die " kamu semua kalau nak lulus dalam subject ni, kamu kene buat blog, ceritakan mengenai subject ni kat blog kamu semua. Kalau kamu berdegil juga, kita jumpa lagi semester hadapan". Aku pun ape lagi  balik terus bukak laptop connect wifi search macam mana nak buat blog...Hampir dua hari pening-pening lalat dengan blog, baru la blog aku ni direncanakan ( ni satu lagi perkataan).


Dulu name blog ni bukan macam sekarang, sekarang dah alami revolusi kemajuan. Ni die senarai nama blog aku. Tapi sayang aku tak ada history mengenainya termasuk entry-entry lama.
  •  Diriku Seorang Pelajar (July 2009-2010)
masa ni entry aku hanya berkaitan dengan subject berkenaan, dan yang review blog ni hanyalah lecture aku. Bayangkan kotak shoutmix dan follower pun takde. Tak reti punya pasal. Memang niat nak bagi lecture baca sorang je dan nak lulus subject berkenaan
  •  Diriku Seorang Musaffir (2010- Julai 2011)
mase ni aku dah lulus subject berkenaan, jadi blog pun entah ke mana, terpaksa buat kan, tu la jadi macam hutan belukar.  Entry-entry lama banyak aku buat buang lagi-lagi berkaitan dengan subject berkenaan. Tinggal sikit-sikit je kalau korang perasaan. Bukak blog pun jarang yang amat sebab aku tak nampak apa fungsi blog ni bagi aku
  • Diriku Seperti Burung (Julai 2011 - sekarang )
 Sekarang aku dah nampak kehebatan blog ni. Sebelum aku bergiat aktif, aku suka baca blog-blog orang lepas tu terus jatuh cinta dengan blog kesayangan ni. Mula la aku menulis dan menaip karya entry-entry setiap hari yang dihasilkan melalui pengalaman aku.

Kalau korang perasaan ada satu benda je yang dikekalkan dari dulu sampai sekarang iatu perkataan Diriku. Saje je aku bold perkataan tu bagi korang semua nampak. Kenapa aku kekalkan? Sebab nak bagi sign kat pembaca yang menulis di entry ni adalah manusia biasa atau orang. Bukan mahluk halus atau burung.

Menurut kamus Dewan Bahasa -  Diriku merujuk kepada kata ganti ketiga bagi seseorang bukan seekor dan sebuah. (Poyo betol aku ni.haha).

Aku terjumpe blog aunty india sebelah rumah dengan tajuk blog berbahasa tamil, setelah aku terjemahkan kat bahasa melayu ni tajuk blog die - "Aku Wanita India". Macam mane aku tahu tu blog die? Sebab aku perasaan gambar die pakai sari tengah cangkung basuh baju pakai tangan depan rumah die. Tu memang aktiviti die setiap hari depan rumah sambil mulut membebel-bebel sorang-sorang. Aduh lari tajuk pulak..sorry ea.





Saturday, 16 July 2011

Aku Baru-ar


Aku dah lama bangunkan blog ni. Dah hampir setahun lamanya. Kalau bayi, setahun tu dah boleh berjalan tapi masih menetek susu lagi.Tapi apakan daya blog aku ni seumpana bayi yang cacat, memerlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang.



Sekarang baru aku tau nikmat berblogger...Aku nampak komuniti yang lagi besar dalam jaringan Oh!Blog, Gengblogger dan innit . Jadi aku ambil peluang untuk menyertai jaringan ini untuk meluahkan hasil seni
penyampaian kata di blog aku Burung

Aku juga jadikan senior-senior blogger seperti ayeem ayam, faiz tapit, shah dan hamzah ian sebagai inspirasi untuk menaiktaraf blog aku seperti mereka.

AKu suka baca blog mereka dan nantikan entry terbaru yang sememangnye lawak tahap cipan. Aku berusaha nak jadikan pembaca blog aku tersenyum sinis bila baca blog aku. Tak payah la nak kelak sampai sakit perut. Tu maharaja blogger je boleh buat seperti ayeem ayam dan afzal. Aku tak mampu lagi.

Jadi aku masih lagi dalam learning process untuk mantapkan blog aku. Aku juga ambil kesempatan kat sini menggunakan En Nuff bak kate orang dulu dulu sambil menyelam minum air...betul ke?? aku pun tak pasti betul ke tak peribahasa ni..bab peribahasa and pepatah melayu aku memang hancur lebur.

Jadi korang bantulah aku untuk mempromosikan Burung di kalangan blogger lain...
Kite saling bantu-membantu. AKu tolong korang, korang tolong aku. Kite kan geng. Terima kasih...
Kata-kata ikhlas dari aku. Dah jangan nak touch-ing plak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...