Penyakit kalau tidak diubati akan melarat sampai bila-bila
Tetapi jika diberi ubat yang salah pun tidak membawa kepada kebaikan
Jika diperhati di Malaysia sendiri
orang Islam hanya mempunyai semangat individualistic
dalam beribadah kepada Allah SWT
namun kita lupa bagaimana dengan mereka yang ingkar dan angkuh
kepada perintah Allah SWT
Jika diperhatikan sekarang banyak sumber dakwah bersepah-sepah
di merata-rata tempat tidak kira la di masjid, rumah mahupun tempat awam
alhamdulilah sambutan amat mengalakkan
Ramai yang begitu bersemangat mendengar ceramah dan forum itu dan ini
namun adakah kita perasaan bahawa setiap ceramah dan forum
yang kita dengar sebelum ini
membawa manfaat dan perubahan dalam diri kita sendiri.
Adakah dengan berulang-alik ke masjid, pergi ceramah sana sini
itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah beriman???
Tanpa ada perlaksanaan dan praktikal.
Jika ini berlaku, maka sudah tentunya hati kita bermasalah.
Hati mati maka
tiadanya perasaan cintakan dan syukur kepada Allah.
1 comment:
nice...terima kasih di atas perkongsian ini
Post a Comment