Sunday, 18 December 2011

Tukar background blog

Sepi-sepi tanpa berita....tu la aku sekarang ni, bapak aku call pun cakap mane menghilang lame tak call die tanya khabar...
Bukan ape bapak, bizi sikit la sekarang ni, dah minggu terakhir belajar dah kat UiTM ni, semua report and assignment nak kene submit minggu ni...memang pecah kepala tak tidur malam siapkan semua bebanan kerja tugas sebagai pelajar ni...
Kalau korang perasaan, aku dah tukar template blog aku ni, saje tukar mood, daripada oren terang kepada putih lembut...
Cantik sikit, walaupun time belajar ni, jarang sangat nak meng'updte' blog. Nanti mase cuti semester aku akan kembali dengan pelbagai cerita menarik untuk tatapan umum...ok nantikan

Monday, 12 December 2011

Denggi datang la

Lama tak belek blog burung ni...bukak-bukak tengok ada iklan pasal Hapuskan Aedes daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..(terima kasih kat nuffnang sebab sudi bagi lagi iklan kat blog burung, tak kesah la 20sen ke RM1 ke janji dapat gak aku pulangan walaupun sikit)


Cakap pasal Aedes ni, huh, sape kat kenal sang nyamuk yang berupaya menumbangkan seorang manusia yang gagah.  Kuat gak nyamuk ni...Cakap pasal nyamuk, sekarang aku duduk kat zon panas denggi, memang macam pisang panas ada je pesakit keluar masuk hospital. 


Nak dijadikan cerita, minggu lepas je 2 orang roomate aku kene denggi, pergh memang kecut lutut aku ni dengar, sebab ape aku belum lagi merasa kesakitan yang mereka alami...Aduh ,Ya Allah aku mohon kepadamu agar jauhkan diriku daripada sebarang bala bencana dan penyakit. ~amin~

Sape tak cuak wei, lagi 2 minggu kot nak final exam kat UiTM ni, tak pasal-pasal ada gak yang bercuti panjang gara-gara aedes ni. Lebih-lebih lagi ramai sekarang student bersengkang mata siapkan projek, asignment, dan macam-macam lagi semata-mata nak dapatkan result yang cemerlang semester ni. (termasuk aku gak ok)

Ok...sepanjang kita brada di kawasan yang berkeliaran nyamuk aedes ni, kita kenalah berwaspada dengan setiap kejadian, kalau yang suka rendam baju lame-lame tu, sah-sah la nyamuk bertelur dan membiak kat situ, tak kesah la air sabun ke, air stokin ke semua same je...jadi jangan rendam baju lame-lama ok, basuh cecepat..kalau dah malas tahap cipan tu antar je dobi, tak payah la nyusahkan orang lain...

Kat sini pun kerap ada forging, bagus lah tu sebab cara pencegahan yan berkesan. Biar mampus nyamuk-nyamuk tu ataupun biar mereka berhijrah kat tempat lain, jangan beranak pinak kat sini...

Sunday, 27 November 2011

Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Tahun 1432 telah meninggalkan kita, buku catatan amalan kita telah ditukar dengan yang baru. Lembaran yang lama penuh dengan titik hitam telah ditutup dan kelak akan dibuka ssemua setibnya kita semua di Mahsyar..


Di tahun yang baru ini marilah kita semua memohon petunjuk daripada Allah untuk mendapat keredhaan-NYa, mendapat rezeki yang halal lagi bermanfaat, menjadi anak yang soleh, menjadi mukmin/mukminin yang sejati dan patuh kepada ajaran-Mu yang disampaikan oleh Rasullulah kesayangan umat Islam Nabi Muhamaad saw. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat baginda. Semoga kelak, akan mendapat syaafaat terus ke syurga..
~amin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...