Friday, 8 July 2011

TerBERSIH siries 2.0


Bersih 2.0 esok jam 2 petang



Cite ni ikhlas dari hati....Sebelum ni memang aku sokong Bersih 2.0 diadakan...Tapi setelah aku pikir baik dan buruk aku senaraikan terdapat banyak keburukan dari kebaikan...Padahal pada awalnye cuma nak buat dalam keadaan aman dan damai...namun korang dapat bayangkan tak bile pihak polis ambiil tindakan sembur pemedih mata...Tak kan lagi korang nak berdemonstrasi secara aman.

Seriously aku katakan, memang niat Bersih aku sokong, tapi kalau dah macam ini, memang orang yang duduk kl ni merana sebenarnya.Orang yang kak kl yang tanggung, korang tak pikir ke macam mane dengan orang yang keje esok atau yang sekolah esk...Mesti terganggu bukan perancangan aktiviti dyorang.

Tadi ada seorang makcik bercerita kat aku tentang kesukaran beliau esok. Mak cik tu kene keje esok, ari-ari keje naek train g tempat keje. Memang tak de transport laen lagi. Dikhabarkan esok memang train tergendala atau tidak berenti di sesetengah lokasi. Kan tengok dah menyusahkan orang ramai.

Lagi- lagi kat mak cik tu, dy bukannye orang yang senang bahkan lagi terpaksa menyara kehidupan anak-anak yang masih bersekolah lagi. Memang pendapatan setiap hari cukup untuk menyara keluarga untuk hari tu sahaja. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang la.

Kesian aku tengok mak cik tu, esok tak tau lla macam mana die esok. Klu dy tak kerja memang tak ada pendapatan laen la mak cik tu. Aku harap esok mak cik tu ambil lah kesempatan demonstrasi esok untuk berniaga air mineral RM 1.00 kat tepi-tepi jalan. Conform boleh kaye mak cik tu.

Aku terajar dan diajar

Kalau korang gi sini tak payah la naek kete baik naek public transport sebab parking kat sini mahal cam lahanat. Ada ke patut leh kene RM20 dari 7 pagi - 5 petang

Korang tau x ape die KPWKM? Klu yang perempuan tu boleh la malu sebab tak tahu benda ni. Ni la agensi kerajaan yang membela nasib wanita- wanita di Malaysia ini.
Tidak lain tidak bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sekarang baru tau ea..

Klu korang nak tau kat kl ni ada banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang bertapak di ibu kota yang haruk piruk ni. Ingatkan semua dah bungkus g putrajaya, rupa-rupanya bukan la. Salah satunye kementerian ini la. Terletak di tengah -tengah ibu kota di wisma sime darby kat jalan raja laut.

2 hari staf company kami berkampung di wisma ini untuk mengajar penjawat awam kat kementerian ini cara-cara pengendalian Microsoft Excel 2007.Ceh, macam aku ni reti sangat je Microsoft Excel...padahal 2 kali 5 gak..haha

Aku suke pengalaman kali ini. Dyorg hormat aku...Dyorang ingat aku pandai sangat ke Excel ni. Tak de pun. So klu pengajar kat depan tu mengajar, aku kene fokus lebih dan pahamkan apa yang die ajar kat depan tu. Then baru la aku tunjuk-tunjuk pandai tentang apa yang die ajar.

Paling bengang bile ada anak murid tanya soalan bukan-bukan yang aku tak tau. Jadi apa yang aku cakap balik kat dyorg "Nanti saya tanya mastermind dulu soalan ini". Padahal tak tanye pun...wat derk je. Nanti dyorg lupe la soalan tu. Jadi aku la selamat.

Part yang best skali....bab makan. Memang class tambah lgi sedap. JAdi setiap kali time nak makan aku lah orang pertama tiba di meja makan walaupun tak perlu berebut dan beratur cam anak murid.

Yang aku pelik kt sini, name je kementerian pembangunan wanita, masyarakat dan keluarga tapi penjawat awam ade je lalaki. Aku ingat semua perempuan je. Rupenya salah ler.

Thursday, 7 July 2011

Tak perasaan dah bulan Syabaan

Betol ke dah bulan Syabban? Ye la tak kan tak tau kot
Homaigot, baju raye belom beli lagi....Apa lah aku ni....puase tahun lepas tak terganti lagi ada ati plak nak pepare raye untuk tahun ni.
Name je orang Islam tapi sekadari Islam di IC je. Sebagai seorang muslim kita semua perlulah mengambil kelebihan bulan Syaaban ini untuk maanfaat diri dan bekalan untuk hari akhirat kelak.

Selepas bulan Syaaban, bulan apa? Cuba teka??? Tak kan bulan Ogos mestilah bulan Ramadhan. Dengar je Ramadhan ramai di antara kite mengeluh termasuk yang tukang type ini. Haha...pelik la orang sekarang bulan yang penuh mulia pun ada juga yang mengeluh dan ambil kesempatan. Mengeluh apa? Nak tahu? Tanya lah diri sendiri. Malas nak terangkan. Nanti dok tambah dosa je.

Kat sini, aku ada kemukakan kelebihan bulan Syaaban. Cuba-cuba lah kita semua ambil iktibar dan kesempatan ini untuk memperbaiki kelemahan diri. Dan kite juga kene ingat Syaaban ini merupakan latihan diri untuk berpuasa sebelum Ramadhan menjelang tiba bukan dok seronok nak raye je ok.
Aku plan nak test puase bulan Syabaan ni...boleh ke xboleh..kalau xboleh tengah hari teguk air je la....xpe kan klu kite test puase setengah hari dulu???

Semestinya En setan akan sedih time ramadhan ni nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...