Monday, 23 July 2012

Sila pastikan

Hari ni dah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa....sesape yang jarang-jarang puasa macam aku ni yang setahun sekali je puasa tu pun di bulan ramadhan masih lagi gigih sesuaikan diri dengan keadaan tubuh badan dengan kekurangan tenaga akibat daripada puasa sehari suntuk...


Tapi bagi yang sering zikrullah dengan ingat Allah beribadah sepanjang masa di bulan Ramadhan, insyallah badan akan mendapat tenaga dalaman untuk menempuh hari-hari di bulan Ramadhan ini..

Bagi yang tak tahu macam aku ni, ramadhan diambil dari perkataan ''ramadha'' yang bermaksud sangat panas. Memang tradisi daripada zaman nabi bulan Ramadhan memang terkenal dengan kepanasan yang menyengat jiwa...korang sendiri boleh rasa kan, try la terpacak kat tengah matahari 5 minit dah la jangan lelama nanti pengsan pulak, apemacam rasa cam nak pitam kan...

Umat Islam dulu masa ramadhan berperang menentang musuh. Bagaimana mereka mendapat kekuatan untuk menangani musuh walaupun diri berpuasa?? MasyAllah, dengan kuasa Allah mereka menjadi sangat kuat bahkan kekuatan mereka tidak dapat ditandingi dengan bantuan daripada Allah, tiada yang mustahil.

Umat Islam sekarang, bila mewakili negara ke sukan bertaraf antarabangsa pada bulan Ramadhan mulalah untuk skip puasa dengan alasan banyak latihan preparation untuk bertanding....mengelakan tidak bermaya dan letih, pi lah, kalau macam tu baik tak payah mewakili untuk perkara-perkara berkaitan, baik mewakili diri untuk merebut pahala dan ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni...

Balik pada perkongsian kita, di waktu panas Ramadhan pastikan lah untuk banyak minum air pada waktu berbuka lebih-lebih lagi pada waktu bersahur. Pengalaman aku sendiri, akibat selalu minum air sejuk dan manis waktu berbuka menyebabkan aku sering sakit tekak, jadi kene la minum banyak air masak...jadi untuk prepare untuk hari berikutnye, aku dah standby mineral water berbotol-botol untuk diminum...

Saturday, 21 July 2012

Bestnye Ramadhan kali ni

Ari ni dah 1 Ramadhan...perasaan tak Ramadhan kali ni aman dan damai je. Pagi ni pun tak panas seolah-olah seluruh alam meraikan bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.


Tidur awal malam tadi memudahkan aku untuk bangun awal pagi, seawal 4 pagi aku dah segar tak boleh lelap mata dah digunakan untuk bertahajud kepada Allah Yang Maha Esa...lepas tu bersahur pukul 5:00 pagi tadi...memang genting gak la, kan sunah melewat-lewatkan sahur...


Friday, 20 July 2012

Tradisi Solat Jumaat

Antara sunat pada hari jumaat ialah datang awal ke masjid untuk menunaikan solat jumaat...Kat Malaysia ni memang dah cukup bagus ramai di antara kita datang awal untuk merebut pahala jumaat di awal waktu...sesape yang datang lewat susah sikit la nak cari port untuk duduk terpaksalah selit menyelit bersesak-sesak.

Yang bagusnye ramai yang amik kesempatan datang awal untuk berzikir, bertahmid dan  bertasbih...masyAllah banyak ganjaran di sisi Allah. Tapi tak kurang juga yang tekun membuai mata
dilena mimpi ketika sedang duduk...umpama sedang bertafakur.

Paling mengiurkan pabila sedang khatib membaca khutbah, tetiba terdengar dengusan kuat daripada mereka
membenarkan/menidakkan khutbah yang dibacakan kkhatib. Boleh pulak macam tu kan...
Tidur semasa khutbah memang menjadi kebiasaan bagi yang tidak sempat qailulah sebentar sebelum masuk waktu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...