Wednesday 18 April 2012

Adakah kita bersyukur


"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu'' 
[An-Nahl:18]


Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan
"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu;
sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu,tentu siksaanku lebih dahsyat.
 [Ibrahim: 7]


Dalam Al-Quran, Allah telah memberi gambaran kepada kita
tentang konsep syukur.
Allah memberikan dan memenuhi pelbagai tuntutan hidup
 kita selagi masih hidup di dunia ini 
sama ada kita sedar mahupun tidak sedar.


Allah dengan sifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
setiap detik dan ketika Allah memenuhi kehendak 
dan keperluan kita.


Kita lapar, Allah bagi makanan
Kita letih, Allah bagi rehat
Kita nak kahwin, Allah bagi pasangan
Kita nak duit, Allah bagi kerja
Semua yang kita nak,
 semua Allah bagi tanpa sedikit pun bayaran dikenakan


Tapi adakah kita pernah bersyukur???
Bersyukur sepanjang waktu???
Tepuk dada tanya iman
Selama kita hidup sehari 24 jam
berapa lamakah kita mengingati Allah?
Adakah dalam solat sahaja?
Dalam kehidupan seharian ada tak
kita sebut alhamdulilah.


Alhamdulilah wa syukuruilah
bersyukur padamu Ya Allah
dengan segala nikmat yang tak terhingga ini




Tuesday 3 April 2012

Cedera


Ni semua terjadi biladah lama tak berjog
dapat la padahnya...
....

Hampir 1 tahun dah tak berjogging,
ari ahad ari tu pergi la jogging
dok tawaf satu tasik Shah Alam
ala yang dekat dengan Sirim tu
mane yang tak tahu tu boleh
minta tolong kat Mr Google
suh die zoom tempat tu

...
memang cantik tempat tu 
di tambah dengan pelbagai
'pemandangan' indah yang tak biasa dilihat
pada hari-hari biasa.
Korang pepaham sendiri la...

Menambahkan semangat lagi nak berjogging
padalahal kaki sudah bagi amaran suruh stop 
perut dah senaak memulas-mulas
dada dah berat macam ditimpa batu
....
Tapi aku tak tewas dengan
segala tuntutan nafkah anggota badanku
teruskan juga sampai ke final step
....
Huh, puas juga dapat jogging tanpa slowing down..
lama tak rase nikmat macam tu...
walaupun macam dah nak pitam
tapi aku dapat cover supaya
tak collapse depan orang ramai
tak pasal-pasal kene usung dek 
ambulans pulak
...
Feel punya feel, 
dah tiba malam dan keesokannya
aku menjerit kesakitan...
tendon kat kaki strees
bayangkan lah

nak turun dan naik tangga rumah pun
slow-slow macam 
warga emas tu...
gila sakit...

Monday 2 April 2012

Kemudahan ditarik semula


So sorry sangat
sebab tak dapat online dalam masa terdekat ni
sebab apa???

kemudahan wifi percuma dah ditarik balik 
oleh pihak pengurusan kolej kediaman UiTM
masih ada lagi
tapi lembab nak mampus
lagi lembab dari kura-kura berjalan

Jadi aku amik keputusan
nak rest kejap
dari dunia blogg 
...
Jadi aku rehat dalam
2 minggu ni...
miss you all


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...