Friday 23 December 2011

Selamat Tidur

"Selamat Tidur"...Inilah ucapan daripada seorang Prof yang berwarganegara negara seberang mengajar aku subject Finite Element Method. Lame juga aku pikir, kenapa si prof ni memberikan ucapan sedemikian lupe...macam mane die tahu aku tak tidur semalaman siapkan mini projectnya... 

Mungkin die pun student ni memang buat keja last minute...dia gak penah jadi student kan. Memang betul pun minggu ni memang minggu paling buzy bagi setiap yang bergelar student. Sebab ape??? Sebab minggu ni minggu terakhir belajar la sebelum study week minggu depan...semua assignment, mini project, laboratory report kene hantar due date hari ni Jumaat. 

Mane tak gile kan, sebagai seorang student yang berhemah macam aku ni memang last minute tu perkara biase. Bukan aku je kot, tapi ramai macam tu...kerja banyak bertimbun setinggi bangunan 2 tinggkat, cube cerita macam mana nak bahagi masa 24 jam untuk siapkan kesemuanya..memang kerja gila..

~Huh~ mengeluh jap...letih wei siapkan bagai keje sebelum ni....tak tidur malam la katekan. Memang mata lebab tu perkara biase dah bagi student..lagi teruk muka dah macam zombie sebab tak terurus, mandi pun tak sempat... Takpe semua tu, dah settle semua keje, kite enjoy la..

Tu la perkara yang paling best bila semua kerja dah abis, hilang semua stress dan tension. Bagai burung yang terbang bebas di langit...

kat sini aku nak share sikit picture yang menari untuk blogger sekalian...aku amik picture ni kat page Trust Me, I'm an "Engineer"










Sunday 18 December 2011

Tukar background blog

Sepi-sepi tanpa berita....tu la aku sekarang ni, bapak aku call pun cakap mane menghilang lame tak call die tanya khabar...
Bukan ape bapak, bizi sikit la sekarang ni, dah minggu terakhir belajar dah kat UiTM ni, semua report and assignment nak kene submit minggu ni...memang pecah kepala tak tidur malam siapkan semua bebanan kerja tugas sebagai pelajar ni...
Kalau korang perasaan, aku dah tukar template blog aku ni, saje tukar mood, daripada oren terang kepada putih lembut...
Cantik sikit, walaupun time belajar ni, jarang sangat nak meng'updte' blog. Nanti mase cuti semester aku akan kembali dengan pelbagai cerita menarik untuk tatapan umum...ok nantikan

Monday 12 December 2011

Denggi datang la

Lama tak belek blog burung ni...bukak-bukak tengok ada iklan pasal Hapuskan Aedes daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..(terima kasih kat nuffnang sebab sudi bagi lagi iklan kat blog burung, tak kesah la 20sen ke RM1 ke janji dapat gak aku pulangan walaupun sikit)


Cakap pasal Aedes ni, huh, sape kat kenal sang nyamuk yang berupaya menumbangkan seorang manusia yang gagah.  Kuat gak nyamuk ni...Cakap pasal nyamuk, sekarang aku duduk kat zon panas denggi, memang macam pisang panas ada je pesakit keluar masuk hospital. 


Nak dijadikan cerita, minggu lepas je 2 orang roomate aku kene denggi, pergh memang kecut lutut aku ni dengar, sebab ape aku belum lagi merasa kesakitan yang mereka alami...Aduh ,Ya Allah aku mohon kepadamu agar jauhkan diriku daripada sebarang bala bencana dan penyakit. ~amin~

Sape tak cuak wei, lagi 2 minggu kot nak final exam kat UiTM ni, tak pasal-pasal ada gak yang bercuti panjang gara-gara aedes ni. Lebih-lebih lagi ramai sekarang student bersengkang mata siapkan projek, asignment, dan macam-macam lagi semata-mata nak dapatkan result yang cemerlang semester ni. (termasuk aku gak ok)

Ok...sepanjang kita brada di kawasan yang berkeliaran nyamuk aedes ni, kita kenalah berwaspada dengan setiap kejadian, kalau yang suka rendam baju lame-lame tu, sah-sah la nyamuk bertelur dan membiak kat situ, tak kesah la air sabun ke, air stokin ke semua same je...jadi jangan rendam baju lame-lama ok, basuh cecepat..kalau dah malas tahap cipan tu antar je dobi, tak payah la nyusahkan orang lain...

Kat sini pun kerap ada forging, bagus lah tu sebab cara pencegahan yan berkesan. Biar mampus nyamuk-nyamuk tu ataupun biar mereka berhijrah kat tempat lain, jangan beranak pinak kat sini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...